Feb 16, 2016

Percutian bajet ke Singapore

Separuh hari 
SINGAPORE
kos keseluruhan kurang SGD15


Ini kisah perjalanan ringkas melawat Singapura untuk separuh hari. Kos keseluruhan hanya melibatkan makan, tambang bas dan MRT sahaja kurang SGD15. Berjalan-jalan melihat dan bergambar di negara orang. 

Berjalan di Marina Bay Sand sudah cukup berpuas hati. Tapi boleh sengal kaki sebab nak berjalan kawasan sekitar.

Sesiapa yang dah alang-alang sampai JB, kebetutan passport pun masih aktif. Elok sangat la luangkan masa sehari di Singapura.

1- Khidmat bas Causeway Link dari Gelang Patah Central ke Jurang East = RM5 pergi, balik Jurong East ke Gelang Patah Central SGD4. Jangan lupa isi kad putih.

2- Dari hentian Jurong East banyak pilihan pengangkutan. MRT lebih senang. Boleh terus menuju ke station di sekitar Marina Bay. Peta laluan senang dirujuk. Tak jauh beza dengan LRT, monorail Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di auto mesin dan yang penting sediakan duit kecil.

3- Kemudahan solat di Marina Bay sand bagi yang muslim, sebuah masjid bawah tanah terdapat di sekitar bangunan UOB berdekatan dengan Mc Donald. Signboard kecil saja. 

4- Bab makan tak berapa arif di Marina Bay, kami transit hantar assigment dan makan sekali di Polyteknik Singapore. Harga-harga student walau kami bukan student situ.


Apa yang menarik di sekitar Marina Bay Sand.

gambar setelah selesai solat di masjid bawah tanah aka bawah bangunan belakang tu. Sekitar UOB Plaza.
Juga station MRT pertama kami berhenti UOB Plaza.






Dari sini terus saja untuk ke kawasan Merlion. Jalan kaki lalu bawah jambatan jumpa lah Merlion.


 Gambar di Merlion x ambil sebab rasa macam dah biasa sangat. Kami berjalan sampai ke sini. Nasib la kalau di bawah panas terik dan lagi sadis kalau hujan.



first time sampai ke sini Singapore Flyer. Selalunya tengok dari jauh saja. Sampai tinjau-tinjau dalam kompleks Singapore Flyer



Seberang dari Singapore Flyer terletaknya taman fantasi ni. Kawasan dia memang luas dan cantik. Kami cuma pergi ke sini saja sebab tempat lain xda pokok mcm ni.




dari taman fantasi ni ada jenjantas menyeberang jalan besar dan terus masuk ke bangunan Marina Bay ni. 

Kita akan lintas bangunan  hotel dan keluar semula kemudia masuk ke mall. 
Masuk saja dalam mall kita akan disajikan dengan pemandangan di bawah.


Dalam mall memang boleh cuci mata bagi yang kaya. Di luar tempat orang melepak. Kerusi rehat disediakan FOC. Duduk la sampai nak tidur pun boleh.



Dalam mall pun ada station MRT. 



Mar 2, 2015

Livery 'Freedom of Space' sebenarnya MH17.


Baru tahu yang sebenarnya pesawat MAS dengan special livery bertemakan Freedom of Space didaftarkan dengan callsign 9M-MRD ini adalah MH17.

Tapi, kenapa serpihan MH17 yang ditembak tu jelas menunjukan badan pesawat adalah putih merah dan biru.

Info: setiap cat yang dicorak pada badan pesawat perlu diluntur dan dicat semula setiap 4 tahun (betulkan jika tersilap) sebab kapal-kapal dilaut pun perlu berbuat demikian selama selang beberapa tahun. 

Corak Freedom of Space ini mula menujah awan pada tahun 2005 hingga 2008. 


#doautkMH17

Oct 29, 2013

Pengalaman Menjadi Penumpang Bas Nice Imperial



Berkongsi pengalaman menelusuri Lebuhraya Utara Selatan bersama bas mewah, Nice Imperial milik Konsortium Transnasional Berhad.

Laluan
Pulau Pinang ke Kuala Lumpur

Jumlah tambang:
RM108.70
(tambang RM103.00 + perlindungan insuran RM0.50 + yuran pengelolaan RM5.20)


Plan asal nak naik bas direct dari Alor Setar ke Johor, entah kenapa tiba-tiba nk buang tabiat buat dua tiga kali kerja agak bodoh sikit la naik tiga bas dari Alor Setar ke Johor.

Tak kisah buat empat lima kali kerja ka, asal hati ingin nak buat apa yang diimpikan selama ni nak naik bas Nice Imperial. Memandangkan destinasi xda ditempat lain, maka terpaksalah naik bas biasa dulu dari Alor Setar ke Penang.

Terminal
Terminal perlepasan bas Nice Imperial dari Terminal Sungai Nibong, Pulau Pinang (sebelah tapak pesta Penang). Lounge pula ditingkat atas agak sempit. Destinasi KL pilih turun di KL Sentral.

Perlepasan
Bas berlepas pukul 1515hrs, seat pula bebas nak pilih yang mana sebab tak ramai. Jadi, tempat duduk paling hadapan menjadi pilihan dan hanya dua penumpang sahaja yang ada di tingkat atas.

Susun atur kerusi
Susun atur kerusi agak lain sikit, tingkat atas susun atur kerusi 1+1 dan barisan kiri mengiring 45' mengadap cermin. Iringan ini memang tetap dan tidak boleh berpusing mengadap depan. Tingkat bawah pula susun atur kerusi 1+2, dua barisan di sebelah kanan.



Perkhidmatan
Dah tambang pun mahal, perkhidmatan mesti tip top selari dengan harga yang dibayar.

  1. Ada pramugari/pramugara (seorang). Untungnya bas kali ni dapat pramugari. Jika ada masalah dan perlukan khidmat mereka, hanya perlu tekan button yang terletak di atas kepala masing-masing. Sekali tekan bunyinya dengar satu bas. Hahaha, yang baru naik tu, try la godek2 kalau tak percaya.
  2. Recline seat jenis gelongsong macam business class kapal terbang atau first class Air Asia. Atau dalam istilah lainnya dipanggil cocoon seat. Hanya perlu tekan botton saja untuk menyandar dan sebaliknya. Tapi xlah boleh recline 180' sampai jadi katil. Sayang la bayar mahal tapi utk tidur.
  3. Individual entertainment dari BlueIce Infotainment System dengan touch screen 7in. Ada movie, koleksi lagu, permainan, GPS, applikasi2 menarik dan macam-macam lagi. Lagi satu ada webcam untuk skype. Juga boleh layan internet.
  4. Ada makan minum. Diorang akan serve dua kali, pertama set sajian makanan berat dan kedua selepas berhenti di RNR akan disaji dgn minuman panas (teh/kopi).
  5. Internet dari YES. Setiap penumpang akan diberi satu kad topup untuk internet. Sayangnya kouta sikit sangat, 30MB nak rasa apa. 
  6. Urutan OGAWA. Satu kelainan dari bas lain, setiap kerusi dalam bas Nice Imperial ni ada dilengkapi mesin urut dari Ogawa. Bukan sahaja urutan malah ada pemanas. Kalau rasa sejuk sangat, boleh la panaskan tempat duduk.
  7. Reading light. rasanya benda ni da biasa kot dalam semua bas, tapi bas2 lain ada saja reading light tapi tak boleh guna pon.
  8. Bantal dan selimut.  Dua benda ni sangat perlu, bantal untuk tambah keselesaan tulang belakang sebab masa menyandar akan rasa dua benda timbul (pengurut) yg keras dan tidak selesa bila alat pengurut ni dalam mood idle. Pastu penyaman udara tak sama macam bas lain yg kita sendiri boleh ubah haluan angin dan tutup terus lubang, tapi ini lain, pernah naik KTM, monorail Rapid bas. Kalau sejuk ada tiga pilih, pertama panaskan kerusi, kedua suruh driver slowkan dan ketiga ambil selimut gelemuih (ayat org kedah- selimut satu badan dari kepala ke kaki).

skip ke minit 2:00 untuk video.


Kelebihan:

1. Bas dilengkapi Wifi
2. Kerusi urut setiap satu
3. Infotainment system dari BlueIce setiap satu.

Kekurangan:
1. makanan yg disaji simple dan murah, makan roti jer. Cuba bandingkan dengan Aeroline, Transtar..
2. Internet sepatutnya percuma sepanjang perjalanan untuk bas Nice Imperial. Bukannya percuma untuk 30MB sahaja.
TRANSTAR
 VS
NICE IMPERIAL





nice imperial

nice imperial

nice imperial

nice imperial

nice imperial

nice imperial
Sajian kopi selepas 15minit berhenti rehat.

nice imperial

nice imperial

nice imperial
Screen yg sangat tinggi reflectionnya. 

nice imperial
Untungnya seat paling depan, ada extra tempat letak barang.

nice imperial
mentang-mentang paling depan, tiba-tiba nampak awek naik superbike...

nice imperial
Dalam bas diorg aku bagi satu kad topup internet YES, yang lagi dua tu lounge yang kasi. 30MB jewwww.
 

nice imperial

nice imperial

nice imperial

nice imperial

Oct 13, 2013

Komunikasi jalan raya

Sebuah lori sengaja menghimpit kenderaan yang ingin memotongnya di sebelah kanan untuk memberi amaran akan bahaya di hadapan.

Jul 11, 2013

Coca Cola Malaysia hilangkan 5ml setiap tin.

Ada beberapa koleksi tin minuman Coca Cola dari pelbagai negara. Setelah dibuat perbandingan, isipadu tin minuman dari Malaysia nampaknya kurang 5ml iatu 325ml per 330ml daripada versi-versi dari negara lain. 

Berapa sangatlah kan 5ml tu, tapi jika dipukalkan, berapa banyak untung yang diorg dapat.



Algeria

Vietnam


South Africa


Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...