Showing posts with label satio. Show all posts
Showing posts with label satio. Show all posts

Dec 6, 2010

HMY-09: Monsoon Cup 2010


  • The yacht race or popular by the name Monsoon Cup is a annual event held in Terengganu, Malaysia from 30 November to 5 December 2010.

Nov 22, 2010

HMY-09: Picture from Satio (2)


Diambil dengan kamera bertelefon Satio. Diedit menggunakan teknik shining effect (baru belajar).
Lokasi: Masjid Al-Bukhary, Kedah
Model: my best friend
Masa: lepas Zohor

Nov 4, 2010

Tak sangka ini gambar terakhir pada hayatnya...

Tidak ku sangka gambar yang diambil petang semalam rupanya gambar terakhir baginya di dunia. Petang itu terdetik dihati untuk menangkap gambarnya. Bila ku sedar keesokkannya, ku melihat ia mati terbunuh. Terkubur disitu kerana tertimbus dalam tanah.

Sebelum

Selepas

Ini adalah sebahagian hutan simpan Taman Tanjung Permata terletak bersebelahan dengan rumah kami. Entah kenapa pada petang itu terdetik di hati nak mengambil permandangan alam di sebelah rumah. Tidak terlintas langsung dalam hati bahawa itu adalah gambar yang terakhir kawasan paya hutan simpan itu wujud. Sekarang sudah ditambun untuk pembinaan jalan pintas. Walaupun sedikit sahaja kawasan yang terjejas, namun ia tidak seperti dahulu lagi.

Alahai, Kereta Sewa!!!

Message kepada penyewa kereta...

Ini adalah suatu keadaan yang biasa terjadi bagi sesiapa yang menyewa kereta.

Minyak isi sepuluh ringgit pun meter tak gerak! 

Kenapa begitu?
Kenapa macam tu? 

Adakah ini trademark sebuah kereta sewa? Macam mana meter minyak boleh rosak? Sedangkan indicator temperature tak pula. Kenapa? kebtulan?! tapi byk kereta jadi macam tu...
Bukan kali pertama, banyak kali dan setiap kali. Kenapa jadi macam tu...

Meter rosak: sudah berapa ramai orang menyewa kereta tersebut. Kenapa tidak dibaiki?
Sengaja dirosakkan: Apa motif. Tak cukupkah duit sewa yang dibayar? Jangan menginiaya pelanggan. Jangan pula yang halal itu mendatangkan haram dengan undangan sendiri.

Oct 27, 2010

Ini adalah kamera bertelefon.

Sony Ericsson Satio

Selalu kita dengar telefon berkamera, tapi bagi Bksempoi, ini adalah kamera bertelefon. Memiliki ciri-ciri tidak kurang dengan kamera digital yang lain cuma tidak mempunyai zoom optikal. Dilengkapi dengan xenon flash, memang tepat lah ianya dikatakan kamera bertelefon. 

(komen dari Bksempoi atas pengalaman sendiri dan tidak merujuk dari mana-mana sumber)

Kekuatan:
  • pixel kamera yang besar. Contoh disini...mengaplikasi pixel kamera yang besar.
  • ada GPS
  • ada WiFi
  • ada xenon flash
  • kualiti screen yang tajam dan menarik
  • speaker yang mantap
  • auto fokus kamera. The best
Kelemahan
  • bateri hari-hari ke charge...rasanya majoriti kamera fully touch screen ada masalah yang sama termasuk iphone (iphone4 tak pasti)
  • tidak dilengkapi keypad. bergantung sepenuhnya pada skrin. sms sentiasa kena tgk skrin (hilang deria rasa)
  • video recording tak dilengkapi dengan teknologi HD.
  • dimanakah trade mark Sony: Cybershot...Satio tak ade Cybershot. Penting tu.
  • katanya tak support flash player. Btul juga, kalau layan website guna Satio, flash player x dapat dimainkan. Mungkin RAM rendah.
  • saiz gedabak besar. Xdapat nak sumbat dicelah helmet dan telinga bila org call masa tengah bawa motor.
  • design tak cantik
Bksempoi pernah guna SE K810i, segalanya prefect! Tidak ada sebarang komen dari Bksempoi sendiri. Dari segi kualiti gambar 3.2mp memang terbaik, design yang cantik, dan saiz juga yang berpatutan.

Sedang mengusha N8 dan iPhone4. 

HMY-09: Picture from Satio.

Gambar yang ditampilkan di sini adalah gambar yang paling menarik diambil dengan menggunakan kamera bertelefon Satio. Setelah diedit maka terhasillah sebuah gambar bermutu DSLR. Pixel yang tinggi bagi kamera adalah penting kerana apabila proses memotong (crop) gambar tidak akan terjejas dari segi kualiti kerana memilik saiz yang besar. Objek yang jauh dapat didekatkan seolah-olah menggunakan zoom optikal walau hakikatnya gambar diambil tidak menggunakan sebarang zoom. Maka peluang 12.1mp Satio digunakan sepenuhnya untuk melahirkan kualiti gambar seakan sama dengan DSLR.

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...