Showing posts with label iktibar. Show all posts
Showing posts with label iktibar. Show all posts

Aug 3, 2012

Pemandu trak penyebab kerugian berjuta dolar.

Tak perlu untuk didebatkan lagi. Memang sah 100% kesalahan diletakkan di atas muka seorang pemandu trak yang menjadi punca utama kerosakkan berjumlah 25 juta dolar.

Seorang pemandu trak didapati bersalah kerana melalui sebuah jambatan dengan muatan yang melampau 110tan tanah. Jambatan tersebut tidak mampu untuk menampung beban yang dibawa oleh trak tersebut menyebabkan setiap tiang yang menghubung jambatan runtuh di salah sebuah daerah di Beijing, China.

Kalau mak aku sendiri pun tak kasi loro ni lalu depan rumah.



Jun 13, 2012

Mangsa keadaan

Seorang wanita mengalami kecederaan parah di kepala dan mati sejurus dihantar ke hospital apabila satu objek terbang dari lori yang datang dari arah bertentangan dan terkena cermin depan kereta beliau.

Minta simpang jauh dari menjadi mangsa keadaan macam ni.


May 26, 2012

Euw, ini memang betul-betul nyawa dihujung tanduk

Ini baru betul2 trauma!!!

Seorang warga emas hampir menemui titik ajalnya. Kita sendiri pun rasa dah trauma tengok, inkan pula makcik ni!!!

Erggggg

Jan 20, 2012

Sebab kenapa perlu ada dashboard kamera.

Penting sangat ni, sangat-sangat penting. Setiap orang perlu ada benda ni. Dashboard kamera.


jangan teriniaya

Dec 30, 2011

Kemalangan: undur ke hadapan...

lokasi
Durres, Albana.

pada
14 Jun 2010

sebuah rentetan gambar yang diambil oleh Kapten Oleg Nikitim dari kapal M/V San Gwann. 

"we can't switch from ahead to astern !"
hanya tunggu, pasrah dan lihat apa akan terjadi.





M/V Storman Asia sedang mendekati M/V Ruby

Dec 20, 2011

Kemalangan cantik

Ini satu kisah, yang selalu terjadi tapi jarang berlaku. Sangat jarang berlaku. Mungkin ini buat julung kalinya.

Dilaporkan sebuah treler muatan ink printer terbalik di Peabody, Massachusetts pada awal pagi 9 Mac 2011. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan malah tidak melibatkan kenderaan lain.

Akibatnya permukaan jalan dicetak dengan tiga warna asas (biru, merah, kuning) menjadikan ia sebuah kemalangan yang cantik dalam sejarah kemalangan di dunia

Lebih kurang 16000 gallon ink dari Flint Group digunakan untuk mencetak permukaan jalan tersebut dengan penjadikan treler tersebut sebagai pencetak gergasi.

Cara nak bersihkan dakwat cuma menabur pasir pada permukaan yang tumpah, bagi dia meresap penuh dan sapu. Adakah ini salah satu tip nak cuci ink kalau tumpah ke lantai?


Dec 7, 2011

Macam betul walau lakonan.

Bagi yang lemah semangat jangan risau, segalanya sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat.

Sebuah video yang berkisarkan detik-detik sebuah kemalangan yang melibatkan bas. Walaupun hanya lakonan, tapi memang real la...

Oct 28, 2011

Wanita ini mendapat $100 000 setahun hanya kerana makan di depan kamera.

Seorang wanita dari New Jersey, Donna Simpson mendapat $100 00 setahun hasil daripada langganan penggunjung websitenya yang ingin melihat beliau mencapai hajat menjadi wanita paling obesiti di dunia.
p011_1_4
Untuk melihat perkembangan beliau untuk mengembang dan membesar, pengunjung perlu melanggan $7.95 untuk tiga hari atau $19.95 selama sebulan. Sepanjang tempoh ini, jumlah langganan telah menjangkau seramai 7000 langganan.


nak tau perkembangan wanita ini, bolehlah  langgan  bayar untuk namanya dicatit dan rekod dunia. LINK

Sep 22, 2011

Pengorbanan ibu

post copy and paste


Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Jul 6, 2011

Pakcik nak pesan, tolong beradap sikit.

Jangan beromen di tengah orang ramai. Istilah romen buka untuk yang berat-berat. Yang ringan-ringan pun jangan. Kalau tak jadilah macam ni. Ni la yang pakcik nak pesan kat anak muda sekarang. Hai, mana la mak bapa korang...

Jul 2, 2011

Seekor gajah dilahirkan setelah sepasang gajah mati dilanggar kereta api.

Sepasang gajah dilaporkan mati setelah dilanggar kereta api manakala seekor lagi terpaksa mengalami kecederaan serios dan terpaksa menjalani pembedahan di tempat kejadian untuk melahirkan anak. Anak gajah tersebut selamat dilahirkan oleh kakitangan perhutanan melalui pembedahan dan dihantar ke zoo Guwahati untuk pemeriksaan lanjut. 







Jul 1, 2011

Jun 28, 2011

Penjimatan yang akhirnya membawa kepada 'membunuh'

Tidak semestinya sesuatu yang dibelanjakan itu besar adalah pembaziran. Ya, jimat cermat amalan mulia. Akan tetapi jangan terlalu berjimat atau dalam erti kata kedekut.

Masyarakat kita lebih menjerumus pemikiran ke arah menampakan segala hal itu adalah negatif. Segala yang dibelanjakan itu pembaziran. Walhal pelaburan hari ini akan menjamin masa depan.

Barang mahal mesti berkualiti. Yang murah itu akan menjadi mahal secara tidak langsung dari segi kos penyelenggaraan dan sebagainya. Mudah rosak tidak tahan lama. Perlu diganti walhal perkara tersebut hanya pelu dilaksana hanya sekali.

Berbalik pada video di bawah. Kejadian ini berlaku di Mesir di mana sebuah bangunan tinggal terpaksa dirobohkan. Untuk menjimatkan kos, sudah tentu menggunakan jentera pemecah konkrit amat menjimatkan berlibat kali ganda daripada menggunakan teknik letupan. Teknik letupan walaupun pantas, cepat dan selamat. Namun kos perkhidmatannya terlalu mahal menyebabkan pihak yang terbabit mengambil langkah yang paling jimat. Akibatnya, tidak semena nyawa seorang pekerja melayang. Ia bertambah menjadi mahal. Terpaksa menanggung insuran nyawa dan pampasan kepada keluarga mangsa.

Jun 27, 2011

Menyelamat budak yang terperangkap dalam lubang jamban.

Seringkali kita dengar kebanyakan kes mangsa terperangkap dalam lubang jamban akibat tergelicir. Kebanyakan mangsa gagal mengeluarkan kaki mereka yang tersangkut dan memaksa anggota penyelamat memecah keseluruhan struktur  jamban tersebut bagi mengeluarkan kaki mangsa. 

Bagi kisah di bawah, kejadian ini berlaku di Iran dimana seorang budak kecil tergelincir ke dalam jamban mengakibatkan kakinya tersangkut dalam saluran berkenaan. Tidak ada cara lain selain memecah keseluruhan jamban tersebut untuk mengeluarkan kaki mangsa. Anggota penyelamat terpaksa mengeluar bersama saluran tersebut yang masih terlekat pada kaki mangsa dan terpaksa memotong saluran paip tersebut bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

Bagi anda di luar sana, sentiasa berhati-hati. Sentiasa pastikan lantai tandas tidak licin. Parkit memolek semasa lepas hajat. Apa yang pasti semua tempat adalah bahaya, cuma kita perlu berhati-hati.

Jun 17, 2011

Pesawat lebih muatan yang dipandu oleh pilot yang tidak berpengalaman.

Berikut adalah rakaman amatur memaparkan bagaimana sebuah pesawat ringan yang lebih muatan berlepas. Diberitakan bahawa hanya seorang juruterbang sahaja yang selamat dalam kecelakaan ini manakala yang lain mati ketika sejurus menerima rawatan dihospital. Juruterbang tersebut dikatakan tidak berpengalaman mengendali pesawat ringan jenis demikian dengan hanya berbekalkan 68 jam penerbangan.


Jun 8, 2011

Euw, apa tu!!!

Buka mata, pasang telinga, tutup mulut, simpan dihati.

Tengoklah sendiri...

Salah pun kena, betul pun kena bantai!!!

Betulkah, nak tanya ni...
Betulkah kalau di negara Timur Tengah, guru-guru cukup garang. Bukan takat salah, betul pun kena rotan, penampar, bantai, dsb...
Macam video di bawah ni.


Sesiapa yang pernah dan sedang belajar di sana. Adakah perkara ni betul atau hanya ini hanya kes terpencil sahaja.


Jepun, buang air merata tempat.

Tidak asing lagi begitu hebat inovasi warga Jepun yang tiada tandingan negara lain. Bahkan sesuatu inovasi itu terlalu menjangkau batas pemikiran kita. Tapi kadang-kadang inovasi yang dihasilkan oleh mereka berkait dengan sesuatu yang janggal, pelik dan merapu. Sebagai contohnya seperti video di bawah.


Bagi mereka mungkin sebagai suatu keperluan kerana kehidupan mereka adalah kerja, kerja dan kerja. Biar maruah tergadai, asalkan kerja, kerja dan kerja. Menjadi persoalan, adakah semakin maju sesuatu tamadun itu maka semakin hilang nilai etika. Adakah patut buang air begitu.

Kesimpulan, orang kita lebih bertamadun. Dari segi buang air, kerana tidak dibuang merata belukar, dinding, dsb. Dari segi adab dan tatasusila, tepuk dada tanyalah selera.

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...