Seringkali kita dengar kebanyakan kes mangsa terperangkap dalam lubang jamban akibat tergelicir. Kebanyakan mangsa gagal mengeluarkan kaki mereka yang tersangkut dan memaksa anggota penyelamat memecah keseluruhan struktur jamban tersebut bagi mengeluarkan kaki mangsa.
Bagi kisah di bawah, kejadian ini berlaku di Iran dimana seorang budak kecil tergelincir ke dalam jamban mengakibatkan kakinya tersangkut dalam saluran berkenaan. Tidak ada cara lain selain memecah keseluruhan jamban tersebut untuk mengeluarkan kaki mangsa. Anggota penyelamat terpaksa mengeluar bersama saluran tersebut yang masih terlekat pada kaki mangsa dan terpaksa memotong saluran paip tersebut bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.
Bagi anda di luar sana, sentiasa berhati-hati. Sentiasa pastikan lantai tandas tidak licin. Parkit memolek semasa lepas hajat. Apa yang pasti semua tempat adalah bahaya, cuma kita perlu berhati-hati.
No comments:
Post a Comment