Dec 23, 2012

Kaki pau kena buli

detik-detik kaki pau yang cuba memeras ugut pemandu lori untuk menyerahkan segala wang akhirnya membawa padah. Tindakan pemandu lori menghubungi lori-lori berdekatan yang lain menerusi panggilan radio membuatkan kaki pau tersebut berada dalam perangkap sendiri.

Kaki pau tersebut dikepung oleh sekumpulan lori dan lebih malang apabila kereta pemilik kaki pau tersebut diterbalikan oleh sekumpulan pemandu lori.

Sepakat membawa berkat.

Dec 2, 2012

Penawar mujarab kanser ditemui, malangnya tidak mendapat sambutan kerana...

Penawar kanser yang paling mujarab ditemui sekumpulan saintis di Kanada, tetapi malangnya penawar tersebut tidak mendapat sambutan kerana tidak membawa sebarang keuntungan kerana rawatannya terlalu amat murah.

Dari mana ahli farmasi, pakar perubatan dan pusat kesihatan mahu mendapat keuntungan jika penawar tersebut menjadi akan menjadi nadi utama untuk menyembuh penyakit kanser.

Jika sebelum ini mereka perlu membayar dan mendapat rawatan dari pakar dengan menggunakan pelbagai peralatan perubatan yang canggih dan moden, pelbagai jenis ubat, rawatan yang rumit. Sudah tentu kaedah ini secara langsung menawarkan rezeki kepada alhi farmasi, jururawat dan doktor.

Dengan penawar terbaru ini, pesakit tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapat rawatan, malah hanya sedikit prosedur rawatan dan terus sembuh dari kanser tersebut. Jika pesakit hanya dirawat semudah itu, mana mau cari makan ma...

Hmmm mencari keuntungan di atas penderitaan orang lain. Aduh!


Nov 25, 2012

Rakaman diperlahankan 1 trillion kali, boleh nampak partikel cahaya bergerak.

Menakjubkan.

Biasanya kita pernah lihat video sebuah peluru yang dirakam dan diperlahankan sebanyak 2000 kali. Amat jelas kelihatan sebutir peluru yang menembusi objek yang dituju.

Cuba bayangkan sesuatu rakaman diperlahankan sebanyak 1 trillion kali. Nah, susah nak percaya bahawa kita sedang melihat cahaya yang bergerak versi super duper slow.


sumber: http://web.media.mit.edu/~raskar//trillionfps/

Nov 8, 2012

Apple bakal keluarkan gadjet kameranya sendiri


  1. Nampaknya ada sebuah muslihat di sebalik beberapa pelancaran produk terbaru Apple sejak kebelakangan ini.
  2. Terbaru (Nov 2012) pelancaran iPad mini, iPhone 5, iMac, Macbook pro dengan skrin beresolusi tinggi, iPod dan juga rekabentuk terbaru earPods.
  3. Sedarkah sejak kebelakangan ini ada sedikit penekanan pada satu hardware disetiap produk terbaru yang dilancarkan.
  4. Sudah tentu mengenai kamera.
  5. Kamera yang direka khusus dan menjadi kebanggaan oleh jurutera Apple dan dinamakan sebagai iSight.
  6. Memiliki ciri-ciri yang hampir menyamai kualiti sebuah kamera profesional.
  7. Atas pengalaman sendiri menggunakan iSight, ternyata tidak akan menghampakan dan mencetuskan perasaan iri kepada pemilik kamera sebenar. Contoh gambar dari iSight iPad terbaru:-
(gambar ada di bawah sekali)

  1. Sudah tentu perasaan tidak percaya ianya diambil dari kamera sebuah gadget mudahalih.
  2. iSight kamera tersedia dalam dua gadget Apple iaitu iPhone dan iPad (terkini). Muslihat menonjol di sini.
  3. iSight dipasang pada gadget mudahalih.
  4. Hampir pasti iSight akan menjadi sebuah gadgetnya tersendiri iaitu sebuah kamera digital yang memiliki ciri-ciri yang bakal mencetuskan perubahan inovasi setiap kamera seluruh dunia.
  5. Semestinya rekabentuknya dipadankan dengan aluminium dan lebih mobiliti.
  6. Dilengkapi dengan skrin sesentuh beresolusi tinggi (retina display).
  7. Bateri terbina di dalam dan jangka hayat lebih lama. Aplikasi dari inovasi Macbook, iPad, iPod, dan iPhone.
  8. Mempunyai prosessor sendiri yang lebih pantas dan menyokong beberapa fungsi digital yang tidak pernah digunakan pada mana-mana produk kamera sebelum ini.
  9. Aplikasi daripada binaan butang iPod, iPhone, Apple remote control dan iPhone yang ringkas tetapi mampu melakukan pelbagai fungsi akan digunakan pada iSight ini.
  10. Sama seperti Apple TV, iPod, iPad dan iPhone, iSight juga disokong dengan sistem iOS.
  11. Sistem iOS akan membawa produk iSight ini memuat turun beberapa aplikasi foto dari Apple Store, menyokong wifi, iCloud, GPS, gyroscope, dan sebagainya.
  12. Cuba untuk bersaing dengan produk DSLR kerana mempunyai masalah darisegi mudah alih. Namun berkemungkinan tidak akan mampu untuk bersaing darisegi profesional.
  13. Meletakkan target untuk berada di antara kamera kompak biasa dan DSLR. Namun akan mencetuskan fenomena terbaru pada gadget kamera dunia.
  14. Ada banyak lagi kebarangkalian yang hampir pasti Apple akan mengeluarkan sebuah gadget terbaru khusus untuk kamera.
  15. Perkara yang tersangat hampir pasti adalah:-
  • binaan keseluruhan daripada unibody aluminium.
  • skrin sesentuh dan retina display
  • bateri binaan dalam
  • butang yang ringkas tetapi memiliki pelbagai fungsi.
  • berfungsi dengan sistem iOS untuk mengakses wifi, Apple Store, iCloud, GPS dan sebagainya.
  • automatic sleep/wake-up sama seperti pada iPad.
  • memori terbina dalam. 
Jadi, apa mustahil lagi untuk Apple mengeluarkan produk kameranya.
  1. Cuma persoalan sekarang mengenai zoom. Adakah Apple akan mencipta satu lagi anjakan paradigma pada zoom.
  2. Berapa megapixel, paling tinggi setakat sekarang adalah 8MP, sedangkan produk kamera kali hampir melangkau 20MP ke atas. 
  3. Memori terbina dalam sahaja atau akan ditambah dengan slot memori tambahan.
Segalanya hanyalah ramalan. Namun adakah ramalan ini mustahil?

update: nampaknya Samsung terlebih dahulu mengeluarkan gadget kamera pintar. Apple masih dengan sikapnya "lewat tetapi hebat"

Oct 19, 2012

Sejauh mana keberanian kita berbanding dengan lelaki ini?


Gila lah laki ni. Sikit tak gerun, sikit tak takut, sikit tak terkejut.
Kita yang tengok pun terkencing.
Macam mana nak jadi macam dia. Kering hati perut. 
Ini kena menyalak ngan anjing pun da panik.

Oct 12, 2012

Tanpa rasa bersalah, seorang nenek penyebab puluhan lain dalam bahaya.

Selamber rock je nenek ni, tanpa rasa bersalah langsung hingga nyawa orang lain dalam bahaya. Melintas di jalan yang sibuk. Walau bahaya tetapi nenek ni masih dapat melintas dengan selamat. Nak maki orang ada tempatnya. Jadi inilah tempatnya untuk memaki hamun orang tua. Hahaha. Minta maaf.

 

Oct 8, 2012

tragisnya kepala ahli parkour menghempap lantai

Di sini ada dua video kemalangan parkour. Satunya berdasarkan topik post dan satu lagi seorang ahli parkour yang terjerumus (sesuai ka ayat ni) kedalam bangunan ketika melompat ke arah siling yang lembut.

Bagi yang sanggup menyaksikan aksi ini, silakan klik play.




Sep 26, 2012

Ice musical

Jarang sekali nak tengok dan dengar alunan muzik daripada ais. Nah, tidaklah Allah menjadikan sesuatu tu sia-sia.

Gambaran jelas bagaimana bunga api terbuat.

Ya bunga api terbuat, bukan bagaimana ia dibuat.

Gambaran paling jelas dan senang bagaimana bunga api kadang-kadang boleh meletup dan menghasilkan bentuk. Selalunya bentuk 'love', angka meraikan tahun baru '2012' or segala bagai. Macam mana nak buat bagi keluar bentuk mana tu?

Nah, persoalan terjawab! Tontonla video yang tersebut...

Sep 11, 2012

Alat permainan orang kaya.

Orang miskin macam kita ni hanya boleh tengok saja. Nak beli memang tak mampu, nak tumpang syok, malu...

Biarlah mereka hidup dengan cara mereka, Kita hidup dengan cara kita.

Nampak macam mereka seronok. Tapi betulkah mereka seronok. Kadang-kadang orang miskin hidup lebih seronok. Huhuhuh. Ayat pasrah.

Aug 26, 2012

Jangan ada yang silap naik koc wanita di India.

Amat sadis dan memalukan bagi mana-mana lelaki yang yang tersilap atau sengaja tumpang koc keretapi yang khusus untuk wanita.

Amat memilukan juga kalau mereka datang negara lain yang tidak tahu menahu tentang apakah akibat juka mereka tersilap. Cuba bayangkan ayah kita sendiri yang kena.

Aug 3, 2012

Pemandu trak penyebab kerugian berjuta dolar.

Tak perlu untuk didebatkan lagi. Memang sah 100% kesalahan diletakkan di atas muka seorang pemandu trak yang menjadi punca utama kerosakkan berjumlah 25 juta dolar.

Seorang pemandu trak didapati bersalah kerana melalui sebuah jambatan dengan muatan yang melampau 110tan tanah. Jambatan tersebut tidak mampu untuk menampung beban yang dibawa oleh trak tersebut menyebabkan setiap tiang yang menghubung jambatan runtuh di salah sebuah daerah di Beijing, China.

Kalau mak aku sendiri pun tak kasi loro ni lalu depan rumah.



betapa mereka begitu agresif untuk sukan.

Latihan yang agresif sejak kecil.







Jul 4, 2012

cermin pecah kerana bunyi enjin jet

Inilah sebab utama kenapa dulu pesawat concorde diharamkan langsung untuk masuk dalam ruang udara Malaysia. Singapore Airlines pernah menggunakan pesawat concorde seketika dulu dan hanya dapat bertahan sekejap sahaja disebabkan mendapat bantahan hebat Malaysia. Sebab utamanya adalah pencemaran bunyi dan juga hasil letupan supersonik (sonic boom) yang mampu menggegar ruang udara sekitar laluannya. 

Baru-baru ini dalam tahun 2009 tak silap, penduduk sekitar Kuala Terengganu panik seketika apabila dikejutkan dengan satu letupan kuat hingga menggegar bangunan di sekitar bandar berkenaan. Ramai menyangka ia sebuah letupan bom dan juga dari kemalangan di kawasan berkenaan. Sangkaan penduduk semuanya meleset dan tidak disangka letupan kuat tersebut datangnya dari sebuah pesawat supersonik Sukhoi yang membuat latihan untuk persiapan LIMA'09.

Letupan supersonik sebenarnya bukan daripada hasil bunyi enjin yang kuat, tetapi hasil daripada kelajuan melampau iaitu kelajuan objek yang lebih pantas daripada laju bunyi.


untuk lebih lanjut, cuba google dan youtube 'sonic boom'.

Jun 15, 2012

Jenama yang popular

Ini kisah pasal jenama, jenama barang yang sangat-sangat popular disebutan setiap tutur kata generasi dari dahulu hingga kini. Mungkin akan kekal disebut untuk keseterusnya.

Barang taklah sehebat mana pun, dan tak juga semahal mana pun macam produk-produk elektronik, kereta dsb.

Contoh:

Jet Ski
Jet ski dah jadi sebati dengan benda tu sendiri walhal ia sebuah jenama bagi kenderaan air peribadi.

Ping-Pong
Ping-pong juga asalnya sebuah jenama (1901) bagi tenis meja. Jenama tersebut diambil daripada hasil bunyi bola yang menyentuh meja tenis tersebut. Ping-pong... ping-pong...

Maggi
Walau apa jua jenama mee segera dalam pasaran Malaysia, kita tetap sebut Maggi. Trend ini di Indonesia juga sama, mereka sebut Indomee. Anda kenal Indomee?

Ajinomoto
Orang kita lebih kenal Ajinomoto daripada MSG (Mono Sodium Glutamat). Makcik, monisodium glutamat satu.

Pampers
Pampers adalah satu jenama produk lampin bayi. Malah lampin bagi orang dewasa juga dipanggil pampers.

Milo
Cuba pergi luar negara dan singgah di kedai makan. Mintalah pesanan Milo ais. Konfem pelayan akan angkat kening.

Tupperware
 semua jenis bekas sama dengan penutup kita panggil tupperware. Selalu kita buat isi makanan. Di panggil balang pun sedap gak apa!


Dan lagi...

Kereta terhumban ke dalam perigi sedalam 60m di Arab Saudi








Peluru meriam ditelan pokok

Tak tau lah apa benda sebenarnya. Tapi anggap sajalah peluru meriam.



hahaha, admin pernah buat kat satu pokok kat sekolah dulu guna batu sebab tengok ranting pokok tu tumbuh sambil lilit ranting yang lain. Saja nak buat ekperimen nak tunjuk kat anak cucu dan generasi seterusnya. Tapi sayang, batu tu da pecah. Walau apa pun serpihan batu yang agak besar masih tertinggal dalam pokok dan terbenam dalam lilitan ranting (sekarang dah jadi balak). 

Jun 13, 2012

Mangsa keadaan

Seorang wanita mengalami kecederaan parah di kepala dan mati sejurus dihantar ke hospital apabila satu objek terbang dari lori yang datang dari arah bertentangan dan terkena cermin depan kereta beliau.

Minta simpang jauh dari menjadi mangsa keadaan macam ni.


May 26, 2012

Euw, ini memang betul-betul nyawa dihujung tanduk

Ini baru betul2 trauma!!!

Seorang warga emas hampir menemui titik ajalnya. Kita sendiri pun rasa dah trauma tengok, inkan pula makcik ni!!!

Erggggg

May 21, 2012

Sesuatu yang tak patut berlaku pada PC anda!

Bukan malas atau tak pernah ambil tahu,

Cumanya tak sedar dan sangka pula habuk boleh banyak macam ni sekali.


Nak kena cari air compressor gak la gini.

Mar 20, 2012

the world's longest word vs perkataan terpanjang

cuba semua sebut dengan sepintas lalu:-

Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis

- terdapat 45 huruf dalamnya.
- dicipta pada 1953 oleh Everett M.Smith.
- perkataan yang berkaitan dengan penyakit paru-paru
- jika diBahasakan akan menjadi:-

gangguanpernafasanataupenyakitaparuparuyangdisebabkanolehterhiduhabuksilikadarigunungberapi.

lagi panjang kan!

Pneumono ultra microscopic silico volcano coniosis

Gangguan pernafasan atau penyakit paru-paru   yang disebabkan oleh terhidu habuk silika dari  gunung berapi. 

Mar 7, 2012

Video: Apabila rantai besi kapal yang besar itu putus!

 Rantai besi yang besar dan berat. 
Tidak mungkin boleh ditarik dengan seorang tenaga manusia dewasa (aku pernah tarik, memang tak jalan).

Bayangkan kalau rantai besi sebesar dan seberat ini putus. Efeknya sukar nak digambarkan. 

Setapak tak sempat mengelak, konfem nyawa melayang.

................

Dalam video di bawah, tragedi saat rantai besi putus. 
Tanpa amaran dan tanda-tanda akan putus.
Putusnya serta merta, siapa sedar!

.................

Kerjaya di offshore risiko amat tinggi walau pendapatan besar.

................

Berhati-hati dengan dengan rantai. Tali pun apa kurangnya. Sifat nak putus juga takde amaran dan tanda-tanda. 



nasib dalam video atas tiada nyawa yang terkorban

Feb 15, 2012

Aku terjatuhkan DSLR dari langit!!!

seorang jurufoto telah terjatuhkan sebuah kamera DSLR miliknya dari langit ketika sedang asyik shoot awan dan hampir membunuh seorang wanita.




... aku mengharapkan ketulan emas jatuh di halaman rumah aku ...




Jaket ape ni?

boleh sumbat dimana mana





Feb 14, 2012

Pemangsa menjadi mangsa

Kejadian yang berlaku di Australia apabila seekor burung Falcon dibelit oleh seekor ular yang ditangkapnya.


Inspirasikan cocktail

Cocktail atau nama lain air campur baur dengan cara penyediaan yang unit. Untuk secawan cocktail sahaja memerlukan masa yang agak lama untuk disediakan: goncang-goncang, ke kiri ke kanan, depan belakang, lambung tinggi-tinggi. Akhirnya masuk ke perut juga.


Sempoi lagi teh tarik kan!

Jan 20, 2012

Sebab kenapa perlu ada dashboard kamera.

Penting sangat ni, sangat-sangat penting. Setiap orang perlu ada benda ni. Dashboard kamera.


jangan teriniaya

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...