Showing posts with label x da tajuk. Show all posts
Showing posts with label x da tajuk. Show all posts

Jun 15, 2012

Jenama yang popular

Ini kisah pasal jenama, jenama barang yang sangat-sangat popular disebutan setiap tutur kata generasi dari dahulu hingga kini. Mungkin akan kekal disebut untuk keseterusnya.

Barang taklah sehebat mana pun, dan tak juga semahal mana pun macam produk-produk elektronik, kereta dsb.

Contoh:

Jet Ski
Jet ski dah jadi sebati dengan benda tu sendiri walhal ia sebuah jenama bagi kenderaan air peribadi.

Ping-Pong
Ping-pong juga asalnya sebuah jenama (1901) bagi tenis meja. Jenama tersebut diambil daripada hasil bunyi bola yang menyentuh meja tenis tersebut. Ping-pong... ping-pong...

Maggi
Walau apa jua jenama mee segera dalam pasaran Malaysia, kita tetap sebut Maggi. Trend ini di Indonesia juga sama, mereka sebut Indomee. Anda kenal Indomee?

Ajinomoto
Orang kita lebih kenal Ajinomoto daripada MSG (Mono Sodium Glutamat). Makcik, monisodium glutamat satu.

Pampers
Pampers adalah satu jenama produk lampin bayi. Malah lampin bagi orang dewasa juga dipanggil pampers.

Milo
Cuba pergi luar negara dan singgah di kedai makan. Mintalah pesanan Milo ais. Konfem pelayan akan angkat kening.

Tupperware
 semua jenis bekas sama dengan penutup kita panggil tupperware. Selalu kita buat isi makanan. Di panggil balang pun sedap gak apa!


Dan lagi...

Mar 20, 2012

the world's longest word vs perkataan terpanjang

cuba semua sebut dengan sepintas lalu:-

Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis

- terdapat 45 huruf dalamnya.
- dicipta pada 1953 oleh Everett M.Smith.
- perkataan yang berkaitan dengan penyakit paru-paru
- jika diBahasakan akan menjadi:-

gangguanpernafasanataupenyakitaparuparuyangdisebabkanolehterhiduhabuksilikadarigunungberapi.

lagi panjang kan!

Pneumono ultra microscopic silico volcano coniosis

Gangguan pernafasan atau penyakit paru-paru   yang disebabkan oleh terhidu habuk silika dari  gunung berapi. 

Oct 28, 2011

Wanita ini mendapat $100 000 setahun hanya kerana makan di depan kamera.

Seorang wanita dari New Jersey, Donna Simpson mendapat $100 00 setahun hasil daripada langganan penggunjung websitenya yang ingin melihat beliau mencapai hajat menjadi wanita paling obesiti di dunia.
p011_1_4
Untuk melihat perkembangan beliau untuk mengembang dan membesar, pengunjung perlu melanggan $7.95 untuk tiga hari atau $19.95 selama sebulan. Sepanjang tempoh ini, jumlah langganan telah menjangkau seramai 7000 langganan.


nak tau perkembangan wanita ini, bolehlah  langgan  bayar untuk namanya dicatit dan rekod dunia. LINK

Pewarna makanan yang ekstrim


Inovasi terbaru dan agak janggal serta pelik telah tercipta dimana hidangan kita boleh diserikan dengan lapisan berkilat yang memilki pelbagai jenis warna mengikut citarasa yang disukai.

Ia adalah suatu inovasi iaitu penyembur pewarna makanan yang tersangat ekstrim hinggakan rasa jijik untuk dimakan.

tapi jangan risau kerana penyembur ini direka khusus dengan adunan bahan yang tidak berbahaya dan boleh dimakan. 






Oct 11, 2011

15 perkara yang paling meluat bagi pengguna internet.

Rasa serba salah pula nak post entry ni. Sebab blog ni boleh tersenarai dalam kategori yang disenaraikan di bawah. Tapi, tak kira tak kira, nak post juga...

Tanya la sesapa yang berinternet, mesti meluat kalau ada:

  1. Iklan pop-up (34.9%)
  2. Wajib pula nak kena daftar atau login kalau nak layan lebih lanjut webnya (16.7%)
  3. Hampeh juga nak kena install aplikasi tambahan (15.7%)
  4. Nak loading satu webpage lembap gila (9.1%)
  5. Ada je hyperlink, bila click buat penat je tekan mouse. Tapi mengelink pun. (4.7%)
  6. Navigasi yang memeningkan (4.1%)
  7. Informasi yang dah basi dan tak terkini (3.1%)
  8. Tak tersedia informasi untuk berhubung "contact us" (2.6%)
  9. Tiba-tiba ada autoplay background muzik (2.0%)
  10. Browser yang tak boleh diclick "back" (1.7%)
  11. Fasiliti search yang tak membantu pun... (1.6%)
  12. Aplikasi Flash yang melebih lebih (1.5%)
  13. Eh, teks dia bergerak-gerak la (0.9%)
  14. Bila Click kat hyperlink, dia buka window baru pula... huhuhuu tak suke tak suke (0.9%)
  15. Antara muka yang euww... huduh (0.3%)

BKSEMPOI dalam senarai mana yek?


sumber e-Marketer.

Feb 11, 2011

Tambang bas naik, tambang teksi turun.



Suatu perkara yang tidak dapat dielak adalah tambang bas dan teksi.


Tambang bas naik, manakala tambang teksi turun.


Ini adalah hakikat, sentiasa dan setiap masa berlaku. Cuma antara sedar atau tidak, nampak atau tidak ia memang sentiasa berlaku. Kerana dengan hal tersebut sudah terpahat sejak azali lagi. 

Terima kasih kepada salah seorang pakcik yang memberitahu tentang perkara ini. Lantas terus sedar bahawa perkara ini memang sentiasa berlaku cumanya apa yang perlu kita lakukan adalah buat tidak endah sahaja, akan tetapi perlu terlibat dalam hal sebegini.

Sudah tentu tambang teksi dibayar semasa turun manakala sebaliknya pada tambang bas. Jadi apa yang perlu dinafikan lagi. Ini adalah hakikat yang hakiki, fakta bukan mitos, kebenaran dan bukan kepalsuan. Cuma sedar atau tidak.





Nov 28, 2010

Matahari kini milik manusia!

Bunyi agak janggal, tapi hakikatnya matahari sekarang telah didaftar atas nama seorang pemilik.

Sindrom 'hamba komputer'

Apabila internet dan juga komputer sudah menguasai diri. Manusia yang bijak bestari terkulai dan menjadi hamba kepada teknologi komputer. Asyik dengan game, blog, facebook, chating hingga tersungkur produktiviti. Hubungan sosial di luar semakin berkurang. Setiap lima minit merefresh facebook walau kita sudah tahu tidak ada sebarang perubahan. 

Nov 19, 2010

Moral: Jangan pandang sekali sahaja!


Awek yang berjalan seorang disatu jalan yang sunyi. Berikut adalah beberapa gambar merakamkan gelagat awek tersebut ketika belaiu tidak sedar bahawa ada orang lain sedang mengekorinya sehingga awek tersebut kantoi. 

Nov 12, 2010

The making of Coke (Fake)!!!

Tidak dapat dipastikan apakah produk yang mereka sedang hasilkan. Adakah ianya air minuman atau cecair lain yang diisi ke dalam botol Coke


Bagaimana cara pembuatannya, lihat gamabr dibawah. Betul atau tidak, tak pasti- sumber

Jom main dengan kanak-kanak. (21 pics)


Nov 8, 2010

Macam-macam hal: koleksi kemalangan pesawat.

Dialog adalah hiburan semata mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.


Nov 4, 2010

Tangga ke langit: kecut perut...gayat...huh!!!

Cuba bayangkan bahawa anda sendiri berada disini. Bagi yang takut tinggi sudah lama menyerah diri. Bagi yang nak mencabar diri.Elok sangat kita tengok dulu video ini dan jom kita pergi panjat.

Alahai, Kereta Sewa!!!

Message kepada penyewa kereta...

Ini adalah suatu keadaan yang biasa terjadi bagi sesiapa yang menyewa kereta.

Minyak isi sepuluh ringgit pun meter tak gerak! 

Kenapa begitu?
Kenapa macam tu? 

Adakah ini trademark sebuah kereta sewa? Macam mana meter minyak boleh rosak? Sedangkan indicator temperature tak pula. Kenapa? kebtulan?! tapi byk kereta jadi macam tu...
Bukan kali pertama, banyak kali dan setiap kali. Kenapa jadi macam tu...

Meter rosak: sudah berapa ramai orang menyewa kereta tersebut. Kenapa tidak dibaiki?
Sengaja dirosakkan: Apa motif. Tak cukupkah duit sewa yang dibayar? Jangan menginiaya pelanggan. Jangan pula yang halal itu mendatangkan haram dengan undangan sendiri.

Oct 29, 2010

Langkawi masa hadapan

Hari ini lepak di laman skyscrapercity Malaysia. Laman forum yang menarik untuk sesiapa yang minat akan bangunan dari seluruh dunia dan juga laman perancangan masa depan pembangunan negara.

Sekali sekala nak tengok juga apa perancangan masa depan kampung halaman sendiri, Langkawi. Sedikit sebanyak dapat juga kita tahu suasana masa hadapan kampung halaman kita.

Tengah syok dan layan dengan skyscrapercity, ada satu post beserta imej pembangunan bandar kuah di masa hadapan. Perancangan pembangunan seperti gambar di bawah.
Katanya di pekan Kuah, tapi dimana? Bila diselidik baru perasan ada bentuk bintang di situ, Dah tak ada benda lain dah yang bentuk bintang macam tu di Langkawi melainkan itu adalah Dataran Lang. Jadi, pemandangan waktu senja di Dataran Lang akan berubah selepas pembangunan resort di hadapan burung helang ini. Bila projek akan bermula? Tak tahu!

Teringat zaman dahulu kala. Jalan dari jeti kuah menuju pusat bandar, sepanjang jalan tersebut adalah pantai. Di situlah kami bermandi manda. 

Oct 28, 2010

Kawan makan kawan!

Tikam belakang, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, maknanya hampir sama. Tapi bagi kes kawan makan kawan di sini amat berbeza. Bukan perumpamaan lagi. Ular yang racist.



Oct 21, 2010

Bangunan Warisan Merdeka: duit siapa?

Agak-agak bangunan ni berada dimana? 100 tingkat tu berapa meter? Rahsia kah?
Ramai yang heboh dan kecoh pasal perancangan pembinaan bangunan 100 tingkat ni. Tidak kurang juga pada yang menyokong. Bagi Bksempoi, selagi mana tidak membebankan rakyat, tidak menyusahkan rakyat, bajet universiti tidak di potong-potong, dll selagi itu Bksempoi berada ditengah-tengah. Mengambil pandangan positif dan negatif. Adakah kita seorang yang sangat berilmu untuk berada di sebelah pihak? waimma menyokong atau membangkang!

Ramai yang mengkritik, RM5 billion itu lebih baik bagi kepada rakyat. Bagi Bksempoi jangan bagi duit begitu sahaja kepada rakyat. Tetapi berilah mata kail untuk rakyat sendiri menangkap ikan.

Berita Harian 21 Oktober telah menjelaskan bahawa pembinaan bangunan Warisan Merdeka sebenarnya tidak menggunakan duit kerajaan. Sebenarnya menggunakan dana dari Permodalan Nasional Berhad sendiri dan bukan juga dari wang pelaburan orang ramai.

Kalau begitu, kenapa Perdana Menteri mengumumkan projek itu dalam Pembentangan Bajet 2011? Adakah PM hanya sekadar ingin memberi tahu akan pembangunan itu? Jika begitu, kenapa PM tidak menjelaskan lebih lanjut kerana rakyat? Ramai yang salah anggap. Ini telah menimbulkan pelbagai perspektif yang mengelirukan orang ramai. Orang hanya lebih nampak kesalahan daripada kebaikan. Itu adalah fitrah manusia sekarang. Walau apapun, Bksempoi kena membaca kembali perkara-perkara dalam bajet 2011. Dapatkanlah buku bajet belanjawan negara di mana-mana Pejabat Penerangan Malaysia yang terdekat.

Untuk pembangunan projek ini, diharapkan klien akan menggunakan tenaga tempatan semaksimum mungkin bagi melahirkan sifat patriotik dari dasar bangunan ini. Laburkanlah projek tersebut dalam negara semaksima yang mungkin. Penganggur dari desa dapat bekerja dalam projek ini, peniaga kecil kedai makan mendapat kontrak menyediakan makanan kepada pekerja. Kontraktor-kontraktor kecil mendapat hak dalam pembangunan ini. Dengan cara ini, 5 billion bukan pembaziran selagi mana ianya tidak keluar negara. Secara tidak langsung akan mengayakan rakyat yang lain.

  • ok juga la adanya bangunan ni. Sebab memang tidak dapat nak elak dan terimalah hakikat bahawa benarlah apa yang dikatakan oleh nabi Muhammad swt. 
  • lagipun ada juga backup, sebab rasa tak sedap hatilah lepas tengok Megastructure NG, pasal KLCC. Dia cakap KLCC dbina di sebelah curam batu kapur yang rapuh. Bangunannya ok, tapi asasnya itu. 

Oct 19, 2010

Promosi: Air F&N botol besar = RM0.89

Tengoklah iklan ni. Macam mana nak dinafikan lagi. Air F&N botol besar harganya tidak sampai seringgit. Memang murah. Murah masa sekarang la. Masa dulu sebelum inflasi kira munasabah la. Teringat masa kecil, 50 sen cukup bermakna.


mana nak dapat oi.. air botol besar dengan harga tu sekarang. Tisu yang kecil pun dah 20 sen. Hankyu Jaya pun dah tinggal kenangan. Bebudak sekarang pun dah tak kenal Hankyu Jaya.

Trafik menjunam...


Kesibukan sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kepada trafik Bksempoi. Merajuk la kot agaknya. Tuannya tak menjengok. Apa kan dayanya, terpaksa la terima hakikat semakin hari hari trafik semakin berkurang. Tidak ada blog walking, tidak ada blog komen, tidak ada kemaskini. Nampak macam teruk sangat, terpaksa la tinggal sekejap hal lain, kesian kat Bksempoi ni. Nak update apa yek? Update yang ini jelah. Sabar ye Bksempoi, ayah kena kerja luar, seminggu ni ayah sibuk sikit. Jangan nakal-nakal tau. Nanti ayah bawa hadiah BE kat Bksempoi ye. Sayang Bksempoi...hehehe..mengada...

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...