Oct 29, 2010

Langkawi masa hadapan

Hari ini lepak di laman skyscrapercity Malaysia. Laman forum yang menarik untuk sesiapa yang minat akan bangunan dari seluruh dunia dan juga laman perancangan masa depan pembangunan negara.

Sekali sekala nak tengok juga apa perancangan masa depan kampung halaman sendiri, Langkawi. Sedikit sebanyak dapat juga kita tahu suasana masa hadapan kampung halaman kita.

Tengah syok dan layan dengan skyscrapercity, ada satu post beserta imej pembangunan bandar kuah di masa hadapan. Perancangan pembangunan seperti gambar di bawah.
Katanya di pekan Kuah, tapi dimana? Bila diselidik baru perasan ada bentuk bintang di situ, Dah tak ada benda lain dah yang bentuk bintang macam tu di Langkawi melainkan itu adalah Dataran Lang. Jadi, pemandangan waktu senja di Dataran Lang akan berubah selepas pembangunan resort di hadapan burung helang ini. Bila projek akan bermula? Tak tahu!

Teringat zaman dahulu kala. Jalan dari jeti kuah menuju pusat bandar, sepanjang jalan tersebut adalah pantai. Di situlah kami bermandi manda. 

2 comments:

mUTe said...

Cpt la bina... Tp, aku yakin mase dulu2 lagi aman dan syok kan?

bksempoi said...

tu la, teringat masa dulu.aku ada sejarah sendiri kat bongkah batu di tengah2 tasik kat parkir jeti. dulu batu tu tgh laut, bila surut, boleh jalan sampai ke batu cari siput.

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...