Agak-agak bangunan ni berada dimana? 100 tingkat tu berapa meter? Rahsia kah? |
Ramai yang heboh dan kecoh pasal perancangan pembinaan bangunan 100 tingkat ni. Tidak kurang juga pada yang menyokong. Bagi Bksempoi, selagi mana tidak membebankan rakyat, tidak menyusahkan rakyat, bajet universiti tidak di potong-potong, dll selagi itu Bksempoi berada ditengah-tengah. Mengambil pandangan positif dan negatif. Adakah kita seorang yang sangat berilmu untuk berada di sebelah pihak? waimma menyokong atau membangkang!
Ramai yang mengkritik, RM5 billion itu lebih baik bagi kepada rakyat. Bagi Bksempoi jangan bagi duit begitu sahaja kepada rakyat. Tetapi berilah mata kail untuk rakyat sendiri menangkap ikan.
Berita Harian 21 Oktober telah menjelaskan bahawa pembinaan bangunan Warisan Merdeka sebenarnya tidak menggunakan duit kerajaan. Sebenarnya menggunakan dana dari Permodalan Nasional Berhad sendiri dan bukan juga dari wang pelaburan orang ramai.
Kalau begitu, kenapa Perdana Menteri mengumumkan projek itu dalam Pembentangan Bajet 2011? Adakah PM hanya sekadar ingin memberi tahu akan pembangunan itu? Jika begitu, kenapa PM tidak menjelaskan lebih lanjut kerana rakyat? Ramai yang salah anggap. Ini telah menimbulkan pelbagai perspektif yang mengelirukan orang ramai. Orang hanya lebih nampak kesalahan daripada kebaikan. Itu adalah fitrah manusia sekarang. Walau apapun, Bksempoi kena membaca kembali perkara-perkara dalam bajet 2011. Dapatkanlah buku bajet belanjawan negara di mana-mana Pejabat Penerangan Malaysia yang terdekat.
Untuk pembangunan projek ini, diharapkan klien akan menggunakan tenaga tempatan semaksimum mungkin bagi melahirkan sifat patriotik dari dasar bangunan ini. Laburkanlah projek tersebut dalam negara semaksima yang mungkin. Penganggur dari desa dapat bekerja dalam projek ini, peniaga kecil kedai makan mendapat kontrak menyediakan makanan kepada pekerja. Kontraktor-kontraktor kecil mendapat hak dalam pembangunan ini. Dengan cara ini, 5 billion bukan pembaziran selagi mana ianya tidak keluar negara. Secara tidak langsung akan mengayakan rakyat yang lain.
- ok juga la adanya bangunan ni. Sebab memang tidak dapat nak elak dan terimalah hakikat bahawa benarlah apa yang dikatakan oleh nabi Muhammad swt.
- lagipun ada juga backup, sebab rasa tak sedap hatilah lepas tengok Megastructure NG, pasal KLCC. Dia cakap KLCC dbina di sebelah curam batu kapur yang rapuh. Bangunannya ok, tapi asasnya itu.
No comments:
Post a Comment