Selepas giliran kemalangan ke-10, kini kemalangan ke-9 termahal pula.
Kemalangan antara trak, kereta dan jambatan.
Jika dilihat pada gambar di atas, apalah sangat kemalangan yang membabitkan sebuah trak, kereta dan jambatan. Bukankah sama seperti kemalangan jalan raya yang lain. Tapi kos kerugian daripada kemalangan tersebut diiktiraf sebagai kemalangan ke-9 termahal di dunia iaitu membabitkan kos sejumlah $358juta. Apa yang dibawa oleh trak tersebut hingga membabitkan kerugian beratus juta? Trak tersebut hanya sekadar sebuah lori tangki yang membawa muatan bahan api sahaja.
Wiehltal Bridge di German berlaku satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori dimana tercetus satu kebakaran besar dari bahan api yang dibawa oleh lori tangki tersebut. Letupan besar juga tercetus dari 32,000liter bahan api setelah lori tangki itu jatuh dari jambatan setinggi 30 kaki. Kebakaran itu telah mengakibatkan kerosakan besar pada struktur dalaman jambatan tersebut dan melemahkan kekuatan jambatan untuk menampung beban.
Kos pembaikan sementara telah membabitkan sebanyak $40juta dan kos membina semula jambatan tersebut menelan belanja sebanyak $318juta.
Api, apabila kecil kawan. Namun bila besar dia adalah lawan.
No comments:
Post a Comment