Oct 26, 2010

Perkara yang buat org marin marah kpd org maritim.

Faktor kecuaian manusia yang sentiasa ingin buat shortcut telah membangkitkan kemarahan dikalangan orang marin, samudera dan pencinta alam dek kerana perbuatan orang maritim.



Gambar di atas adalah sebuah kapal MV Shen Neng 1 yang dilaporkan terkandas di perairan berbatu karang di Great Keppel Island, Australia. Difahamkan faktor kecuaian manusia adalah punca utama kemalangan ini kerana ingin mengambil jalan singkat dan mungkin terlepas pandang akan keadaan dasar lalauan yang ingin dilalui. Difahamkan juga kawasan tersebut adalah kawasan Taman Marin Great Barrier Reef.

Kuning, laluan yang patut dilalui; merah, laluan shortcut

Kejadian tersebut telah memusnahkan salah satu gugusan batu karang terbesar di dunia. Dilaporkan juga pemilik kapal tersebut dikenakan denda sebanyak US$ 1,000,000.00 dan kapten kapal tersebut dikenakan penalti sebanyak US$220,000.00 dan terkini pemilik kapal dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak US$5M dan lebih manakala kapten dipenjara selama tiga tahun.

 

Tumpahan minyak juga berlaku dan dapat dilihat sepanjang tiga kilometer dari kawasan kejadian. 


Apakah yang dapat anda bayangkan dengan keadaan seperti ini.
Kapal tersebut akhirnya dapat ditarik keluar setelah memindah kargonya ke kapal lain. Namun apa yang dapat anda saksikan dengan gambar di atas?

Sebelum (gambar hiasan)

Selepas (gambar sebenar)
sumber: CargoLaw.com

1 comment:

elly said...

sumeye hasil kerje tngan manusia..^^

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...