Showing posts with label PUSTAKA ILMIAH. Show all posts
Showing posts with label PUSTAKA ILMIAH. Show all posts

Jul 4, 2012

cermin pecah kerana bunyi enjin jet

Inilah sebab utama kenapa dulu pesawat concorde diharamkan langsung untuk masuk dalam ruang udara Malaysia. Singapore Airlines pernah menggunakan pesawat concorde seketika dulu dan hanya dapat bertahan sekejap sahaja disebabkan mendapat bantahan hebat Malaysia. Sebab utamanya adalah pencemaran bunyi dan juga hasil letupan supersonik (sonic boom) yang mampu menggegar ruang udara sekitar laluannya. 

Baru-baru ini dalam tahun 2009 tak silap, penduduk sekitar Kuala Terengganu panik seketika apabila dikejutkan dengan satu letupan kuat hingga menggegar bangunan di sekitar bandar berkenaan. Ramai menyangka ia sebuah letupan bom dan juga dari kemalangan di kawasan berkenaan. Sangkaan penduduk semuanya meleset dan tidak disangka letupan kuat tersebut datangnya dari sebuah pesawat supersonik Sukhoi yang membuat latihan untuk persiapan LIMA'09.

Letupan supersonik sebenarnya bukan daripada hasil bunyi enjin yang kuat, tetapi hasil daripada kelajuan melampau iaitu kelajuan objek yang lebih pantas daripada laju bunyi.


untuk lebih lanjut, cuba google dan youtube 'sonic boom'.

Jun 15, 2012

Jenama yang popular

Ini kisah pasal jenama, jenama barang yang sangat-sangat popular disebutan setiap tutur kata generasi dari dahulu hingga kini. Mungkin akan kekal disebut untuk keseterusnya.

Barang taklah sehebat mana pun, dan tak juga semahal mana pun macam produk-produk elektronik, kereta dsb.

Contoh:

Jet Ski
Jet ski dah jadi sebati dengan benda tu sendiri walhal ia sebuah jenama bagi kenderaan air peribadi.

Ping-Pong
Ping-pong juga asalnya sebuah jenama (1901) bagi tenis meja. Jenama tersebut diambil daripada hasil bunyi bola yang menyentuh meja tenis tersebut. Ping-pong... ping-pong...

Maggi
Walau apa jua jenama mee segera dalam pasaran Malaysia, kita tetap sebut Maggi. Trend ini di Indonesia juga sama, mereka sebut Indomee. Anda kenal Indomee?

Ajinomoto
Orang kita lebih kenal Ajinomoto daripada MSG (Mono Sodium Glutamat). Makcik, monisodium glutamat satu.

Pampers
Pampers adalah satu jenama produk lampin bayi. Malah lampin bagi orang dewasa juga dipanggil pampers.

Milo
Cuba pergi luar negara dan singgah di kedai makan. Mintalah pesanan Milo ais. Konfem pelayan akan angkat kening.

Tupperware
 semua jenis bekas sama dengan penutup kita panggil tupperware. Selalu kita buat isi makanan. Di panggil balang pun sedap gak apa!


Dan lagi...

Mar 20, 2012

the world's longest word vs perkataan terpanjang

cuba semua sebut dengan sepintas lalu:-

Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis

- terdapat 45 huruf dalamnya.
- dicipta pada 1953 oleh Everett M.Smith.
- perkataan yang berkaitan dengan penyakit paru-paru
- jika diBahasakan akan menjadi:-

gangguanpernafasanataupenyakitaparuparuyangdisebabkanolehterhiduhabuksilikadarigunungberapi.

lagi panjang kan!

Pneumono ultra microscopic silico volcano coniosis

Gangguan pernafasan atau penyakit paru-paru   yang disebabkan oleh terhidu habuk silika dari  gunung berapi. 

Mar 8, 2011

Projek Mega Singapura: Stor Simpanan Minyak Bawah Laut.

Satu lagi projek mega yang sedang dibangunkan bukannya di atas tetapi di bawah tanah. Proses pembinaan yang dijalankan di bawah sebuah pulau buatan iaitu  Banyan Basin, Pulau Jurong bakal mencatat sejarah sebagai tangki simpanan minyak terbesar. Projek yang mempunyai dua tahap atau fasa yang ketika ini memiliki panjang sejauh 2.1 km pada kedalaman 120m. Kapasiti simpanannya kini mencapai 20 juta meter padu dan bakal menampung 1.32 juta meter padu lagi pada projek dasa ke-2 nanti.






Feb 5, 2011

Pejabat yang sempoi




CheBanca Office – Milan, Italy
Bekerja dalam kotak
Etsy Office – Brooklyn, US
 
GOOGLEPLEX  - Mountain View, Santa Clara County, California 
Limousines World Office – Mobile Office 
Mindlab at the Ministry of Economic and Business Affairs – Copenhagen, Denmark 
Nike Office – London, UK

Ogilvy & Mather  Guangzhou, China

Red Bull Office – London, UK

Vitra Office – Birsfelden, Switzerland
Dah macam lobi hotel

Volkswagen Phaeton Plant –  Dresden, Germany



Jan 7, 2011

Surat berbisa Malaysia yang melumpuhkan ekonomi British


Bayangkan sebuah negara kecil mampu membunuh ego negara besar. Fenomena itu telah tercetus antara Malaysia dan Britain. Jika persepsi majoriti rakyat negara jiran mengatakan Malaysia ini adalah anak angkat Britain, Malaysia bangun atas pertolongan Britain dan sebagainya. Namun mereka tidak pernah mengetahui akan satu sejarah hitam telah tercalit dalam ekonomi Britain, yang mencalitnya adalah sebuah negara kerdil Malaysia. Dengan rasa penuh tanggungjawab untuk memberitahu akan hal sebenarnya, Malaysia membangun atas acuan sendiri. Post ini akan membuka persepsi rakyat negara jiran dan meningkat perasaan patriotik dikalangan jiwa rakyat Malaysia.


Dipetik daripada sebuah buku "Surat daripada Dr. Mahathir", karangan Zainuddin Maidin.



  • Setelah menggugat ekonomi British dengan prinsip Buy British Last pada 1981, Dr. Mahathir sekali menggoyah ego ekonomi British pada 1994.
  • Akhbar British membuat tuduhan rasuah ke atas Malaysia untuk mengejutkan rakyat British tetapi digemparkan oleh tindakan balas Malaysia memberhentikan pemberian sebarang kontrak kepada syarikat-syarikat British sebagai pengajaran kebebasan akhbar British untuk berdusta.
  • Pemberhentian kontrak ini menjadikan keadaan sangat cemas oleh syarikat-syarikat gergasi British.
  • Media British menjadi riuh rendah dengan tindakan Malaysia seterusnya membuat laporan berita bukan lagi mengenai cerita politik Malaysia yang menerima rasuah sebaliknya berita mengenai syarikat-syarikat British yang bakal kehilangan berbilion pound sekaligus 25 000 rakyat British hilang pekerjaan sekelip mata.
  • Tindakan ini memberi publisiti percuma kepada Malaysia dengan iklan berjuta pound setelah syarikat-syarikat gergasi British membuat iklan muka penuh di semua akhbar British dengan tajuk besar "We proud to work in Malaysia.
  • Tidak kurang dengan itu, semua stesen televisyen juga turut menjadikan tindakan ini sebagai berita utama hampir setiap hari sekaligus mencetuskan suasana panas di musim sejuk Eropah.
  • Suasana tegang mencetuskan reaksi kecemasan, kejutan, kehinaan dan rasa tidak percaya serta harus berada dalam keadaan tidak berupaya atas tekanan sebuah negara kecil Malaysia yang mampu menggugat ekonomi British.
  • Tindakan ini menjadikan pelajar Malaysia di British terkedu sebentar dan berasa bangga menjadi anak Malaysia serta turut lantang mempertahankan tindakan Malaysia sebagai balasan kebebasan media di British.
  • Semua saham syarikat-syarikat gergasi British seperti Rolls Royces Indutrial Power Group, BICC, dan John Laing jatuh teruk di Pasaran Saham London.
  • Media British mula mencorak semula imej Malaysia ke arah positif dan tidak seperti sebelumnya. Dengan harapan tindakan memulihkan imej Malaysia di mata rakyat British dapat mengembalikan semula kontrak syarikat British yang dibatalkan sebelum ini.
  • Namun, tidak seperti yang diharapkan oleh British setelah Dr. M mengutus sepucuk surat kepada Financial Times London pada 17 Mac 1994.
  • Antara kandungan paling berbisa dalam surat Dr. Mahathir tersebut;


    • Nasi sudah jadi bubur. Memberi kontrak kepada Britain seolah-olah mendedahkan Malaysia kepada serangan fitnah. Kenapa harus syarikat Britain memperoleh wang dari Malaysia jika akibatnya terpaksa ditanggung oleh Malaysia? Jika kami henda dicerca, sekurang-kurangnya kami tidak perlu membayar untuk itu.



**********Surat Dr. Mahathir*********

PERDANA MENTERI 
MALAYSIA

16 Mac, 1994

Editor,
The Financial Times,
No1. Southward Bridge,
London Se1 9EL.

Tuan,

Jan 5, 2011

Adakah pelangi muncul di waktu malam?


Pelangi terbentuk cahaya spektrum daripada cahaya matahari yang dipancarkan pada titisan kecil air di udara. Cahaya spektrum itulah yang dipanggil pelangi yang memiliki tujuh warna.

Wujudkah pelangi pada waktu malam?

  • Apa yang kita pelajari, pelangi datang daripada cahaya matahari. Jadi mana mungkin pelangi muncul pada waktu malam!
  • Tidak juga, walaupun pelangi muncul dari cahaya matahari. Perlu diketahui bahawa salah satu fungsi bulan adalah memancar cahaya matahari. 
  • Tidak mustahil pelangi boleh wujud di waktu malam. Fenomena ini terjadi ketika cahaya bulan sangat terang. Namun pelangi tersebut tidaklah seterang pada siang hari. 
  • Akan tetapi pelangi tersebut tidak seperti apa yang kita lihat pada siang hari.
  • Ini disebabkan cahaya bulan tidaklah seterang cahaya matahari. Maka mata kita akan terarah menampakan pelangi tersebut dalam warna hitam putih. Dipanggil "moonbow"

Jan 4, 2011

Moving Petronas Tower to new location.

Selain pernah memecah monopoli Amerika dan membuka persepsi dunia bahawa negara lain juga mampu membina bangunan tertinggi dunia, Menara Petronas juga memiliki keistimewaan tersendiri iaitu memiliki asas bangunan paling dalam di dunia iaitu sedalam 120 meter, jejantas dua tingkat tertinggi di dunia, bangunan konkrit pertama pernah dibina setinggi sedemikian (belum ada teknologi pembinaannya sebelum ini), proses penuangan konkrit paling besar dalam sejarah, latihan kecemasan bangunan paling tinggi di dunia pernah dilakukan dan banyak lagi rekod pernah dilakukan. 

Sekali lagi menara Petronas mencipta sejarah suatu ketika dahulu semasa proses pembinaannya iaitu struktur menara terpaksa dipindah dari tapak asal ke tapak yang baru iaitu di atas tapak yang mempunyai asas bangunan paling dalam di dunia. Proses pemindahannya agak menggila dan mengerikan.

Dec 21, 2010

Siapakah penghuni bumi sebelum manusia?


Persoalan logik untuk dipertanyakan oleh manusia sejagat. Siapakah penghuni bumi sebelum turunnya Nabi Adam dan Hawa ke bumi?

Persoalan ini dikupas hasil ulasan dari sebuah buku berjudul Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia, tulisan Muhammad Isa Dawud.

Anda pasti akan tersentak seketika setelah membaca post ini sepenuhnya yang diambil dari ibnuyaacob.com. Sebuah blog yang lebih berkisah tentang teori konspirasi dan agenda Yahudi serta Dajjal untuk menakluk dunia. Pasti anda tidak akan rugi melawat blog berkenaan kerana segala kupasan dan isu datang darisumber yang kukuh, ilmiah serta mampu menggorak pemikiran berfikir siapakah kita. 

Dec 13, 2010

Fakta ringkas matahari


  • Jika dinisbahkan saiz matahari bersamaan dengan saiz bola keranjang, nisbah dengan saiz bumi adalah bersamaan tidak lebih dari satu titik berdiameter 2.2 milimeter.
  • Jika anda memandu dengan kadar 80km/jam, anda mengambil masa selama 176 tahun untuk sampai ke matahari dari bumi. Manakala;
  • Cahaya matahari memerlukan masa hanya 8 minit untuk sampai ke bumi.
Walaupun memberi banyak kepentingan kepada kehidupan seharian kita. Akan tetapi;

Nov 28, 2010

Matahari kini milik manusia!

Bunyi agak janggal, tapi hakikatnya matahari sekarang telah didaftar atas nama seorang pemilik.

Nov 25, 2010

Buku yang Sempoi



Hari ini BK Sempoi terjumpa satu buku paling interaktif dalam perpustakaan UMT. Sangat menarik, bukan sahaja untuk membaca, tetapi juga bermain sambil belajar. Buku tersebut sangat terhad, hanya satu sahaja dalam puluhan ribu buah buku di perpustakaan UMT. Buku tersebut sudah lama berada di perpustakaan. Dan juga sudah beberapa kali BK Sempoi selak dan membelek, tapi hari ini ada kesempatan untuk merakam video tentang buku tersebut. Kepada penuntut UMT cari la buku ini, senang sahaja, kedudukan tidak jauh tersorok. Jalan sahaja sudah jumpa (buku yang tidak boleh dipinjam). Tajuk buku tersebut adalah Voyage Through Space. Harganya tidak dimaklumkan dalam buku tersebut. Rasanya tidak mahal sangat. Baik untuk pembelajaran anak-anak. 



note* kenapa susah nak upload video dalam blogspot ni hah! Sesiapa ada tips?



Nov 21, 2010

Info: dipatuk ular: ketahui tindakan yang patut dilakukan.


Jenis-jenis ular yang ada di Malaysia
Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia, tetapi hanya 17 spesis sahaja yang beracun.

Beberapa jenis ular beracun dan berbahaya ialah seperti ular tedung (cobra dan King cobra), ular kapak (Russell's Viper, Malaysian pit viper dan Green tree pit viper) dan ular 'kraits'.

Ular tedung biasanya dijumpai di kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juga di kawasan perumahan di mana mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. Manakala "king Cobra" pula biasanya di jumpai di hutan tebal.

Ular kapak (pit viper) pula mudah dijumpai di kebun getah, ladang, kampung dan hutan. Tempat yang biasa bagi 'Green tree pit viper' pula ialah di atas pokok.

Ular 'Kraits' biasanya didapati di padang, hutan atau di pinggir kawasan perumahan.

Ular laut selalunya berada di pesisiran pantai dan kawasan muara sungai. 

Oleh yang demikian, kes-kes patukan ular sering terjadi kepada mereka yang tinggal atau bekerja dekat dengan kawasan-kawasan tersebut dan semasa aktiviti-aktiviti perkhemahan, berkelah dan riadah di kawasan-kawasan tersebut.


Gejala & tanda-tanda dipatuk ular
Kecedaraan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jenis dan saiz ular, jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan (kesan patukan menjadi teruk jika dipatuk di kepala, leher dan badan) dan saiz mangsa.
Racun ular bertindak melalui 3 cara yang berlainan :
  • Toksin darah (Haemotoxins)
  • Toksin saraf (Neurotoxins)
  • Toksin jantung (Cardiotoxins)

Sesetengah gejala patukan akan dirasai dalam masa yang singkat selepas dipatuk berbanding dengan sesetengah gejala patukan yang lain. Gejala awal:
  • Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan (patukan ular laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit).
  • Gejala am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas dipatuk ialah rasa cemas, lemah, muntah, sakit kepala, pening, berpeluh, sesak nafas, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh dan seterusnya mati.

Gejala yang berlaku agak lambat:
  • Gejala setempat (di tempat patukan): bengkak, bisul, pendarahan dalam kulit dan otot, dan gejala kurang aliran darah ke anggota serta kulit.
  • Gejala am seperti: pening, muntah, sesak nafas, demam, kejutan (shock), gusi berdarah, darah dalam najis, air kencing atau muntah dan lumpuh.
  • Gangguan deria sentuhan, rasa dan bau; rasa mengantuk, rasa lumpuh pada otot muka dan mata; susah untuk menelan dan pendarahan dalam otak.
Kesan atau Komplikasi patukan ular
Walaupun kebanyakan orang yang dipatuk ular beracun akan sembuh, namun patukan ular boleh menjadi serius dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat. Kesan atau komplikasi yang boleh terjadi ialah :
  • Parut dan kesan kosmetik.
  • Luka, jangkitan kulit dan jangkitan tulang di tempat yang dipatuk.
  • Penyakit Tetanus (kancing gigi).
  • Kerosakan buah pinggang.
  • Kerosakan otak akibat perdarahan dalam otak
  • Luka atau parut kekal dalam mata, jika ular menyembur racun ke mata.
Rawatan patukan ular
JANGAN PANIK!
Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk

  • Elakkan dari bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke bahagian badan yang lain.
  • Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati.
  • Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata.
  • Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlalu ketat supaya aliran darah tidak terganggu. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, buat balutan tambahan bagi keseluruhan tangan atau kaki, mulai dari jari tangan atau jari kaki.
  • Elakkan anggota yang dipatuk dari bergerak dengan menggunakan anduh (splint atau sling).
  • Elakkan mangsa dari bergerak sehingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk pertolongan kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa bergerak atau berjalan.
  • Hantar mangsa ke hospital yang berdekatan.

Rawatan di hospital :
  • Mangsa akan diletak di bawah perhatian yang rapi
  • Rawatan termasuk rawatan luka, jagaan anggota dan rawatan sokongan
  • Rawatan sokongan termasuk melegakan kesakitan, rawatan jangkitan , pemindahan faktor pembekuan darah, bantuan pernafasan dan sebagainya mengikut keperluan.
  • Doktor juga akan memberi ubat khas antivenom yang spesifik bergantung kepada tahap keseriusan patukan
  • Jika perlu, suntikan imunisasi atau imunisasi tambahan untuk penyakit tetanus mungkin akan diberi.
Bagaimana mengelak dari dipatuk ular
  • Pakai kasut yang menutup kaki atau seluar panjang semasa berjalan di kawasan semak
  • Hentak kaki atau lakukan gegaran dengan kaki semasa berjalan di tempat gelap atau semak
  • Jangan masukkan tangan ke dalam lubang, rekahan batu atau tanah
  • Jauhi dari ular yang mati kerana ramai orang telah dipatuk 2 atau 3 kali oleh ular yang disangka telah mati.
  • Elakkan pergi ke kawasan ular semasa suasana gelap.
ihsan: infosihat.gov.my

Nov 20, 2010

Info: Khasiat buah-buahan



Oren

  • untuk menjaga kesihatan jantung
  • baik untuk penglihatan
  • bertindak sebagai pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser
  • baik untuk antioksida
  • bagus untuk perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah
Pir
  • antioksida
  • menjaga kesihatan kardiovaskular dan jantung
  • antiradang, menyembuh luka, lebam dan membaiki tisu
  • menjaga kesihatan penglihatan
  • menentang jangkitan
  • menyokong transmisi saraf
  • melawaskan perut
Pisang kaki
  • menjaga kesihatan penglihatan
  • melegakan sembelit, cirit birit dan buasir
  • bertindak sebagai antioksida
Kiwi
  • membantu mengatasi isomnia
  • mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestrol dan trigliserida)
  • membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk alam)
  • mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit
  • menjaga kesihatan penglihatan
  • menjaga kesihatan kolon
  • menjaga kesihatan prostat.

Kosmo!


Nov 19, 2010

Moral: Jangan pandang sekali sahaja!


Awek yang berjalan seorang disatu jalan yang sunyi. Berikut adalah beberapa gambar merakamkan gelagat awek tersebut ketika belaiu tidak sedar bahawa ada orang lain sedang mengekorinya sehingga awek tersebut kantoi. 

Nov 18, 2010

Tiru-tiru tak mau!!!


Musim peperiksaan sekarang ni. tiru dan jawab begitu sinonim sekali dalam peperiksaan. Statement bagi mereka yang tak jujur saje. Tak perlu keluarkan belanja yang besar untuk membeli alat canggih untuk mengesan pergerakkan mereka yang meniru. Gunakan cara yang mudah tapi berkesan. Kejujuran dan keluhuran menjawab peperiksaan amat dihargai. 

Selamat berjuang kepada calon SPM 2010

Nov 17, 2010

Madah: generasi berwawasan.




'Lari dari musuh', kenapa tidak ,'kejar musuh?'
'Lari dari kawan', kenapa tidak, 'dekati kawan?' 
'Lari dari kenyataan', kenapa tidak, 'kejar kenyataan?'
'Lari dari kemiskinan', kenapa tidak, 'nyahkan kemiskinan?'
'Lari dari kekayaan', kenapa tidak, 'kejar kekayaan?'
'Lari dari kepalsuan', kenapa tidak, 'hapuskan kepalsuan?'

Mansor, M. (1994). Kaedah Mokhdar dan Penemuan Selanjutnya: Penerangan Komprehensif. Chapter 1 Berkenalan dengan nombor Mokhdar dan Konsepnya, p 19. Win Publication House.



dahulu kita berkata; "jika kita tidak mahu dijajah, kita mesti hapuskan penjajah!". Tapi hari ini, "jika kita tidak mahu dijajah, kita mesti menjajah penjajah!" -Hilmy (2009)



Nov 12, 2010

Kapal bengkok ketika merempuh ombak

Lihatlah video di bawah adalah keadaan sebenar sebuah kapal yang diperbuat daripada besi itu bengkok ketika merempuh ombak. Seolah-olah berada dalam gerabak kereta api melihat struktur kapal tersebut yang membengkok. Sifat besi yang teguh itu juga mampu dibengkokkan. Maka tidak hairanlah kapal boleh patah seperti Titanic. Tapi ini kes terpencil, kapal patah mungkin disebabkan pengaruh kestabilan kapal tersebut melawan daya graviti dan daya apungan secara tidak sekata.

Nov 11, 2010

Malaysia Airlines new livery: apa pandangan anda?

Melihat pada corak badan pesawat MAS baru ini, apa yang dapat anda rasakan? Katanya kegunaan cat yang minima dapat mengurangkan penggunaan bahan api. Atau dalam erti kata yang lain, warna putih dapat menjimatkan minyak. Agak tidak masuk akal atau memang fakta saintifik! Kepada pembaca yang lebih mengetahui tentang hal ini, bolehlah memberi pandangan dan komen bagaimana warna cat mempengaruhi penggunaan bahan api. Disamping dapat berkongsi ilmu kepada yang lain.

Pemotongan belanjawan MAS kelihatan begitu drastik dan mungkin akan melemahkan prestasi lima bintang MAS itu sendiri. Jika dilihat dengan AirAsia, walaupun perkhidmatan tambang murah tetapi tetap berkembang maju dari semasa ke semasa dengan strategi bisnes yang gila dan berani. Jika MAS bersifat gila tetapi berani seperti AirAsia dalam aspek penajaan contohnya, imej korprat MAS akan terserlah walau pada langkah pertamanya begitu sukar dan besarnya bajet tersebut.

Nov 10, 2010

Kemalangan bangunan di Dubai

Di bawah adalah salah satu tapak projek terletak di Dubai Marina, Dubai. Projek bangunan 80 tingkat ini terletak di tepi laut/lagoon/tasik (tidak pasti). Bagi memulakan projek ini, tapak tersebut harus digali sedalam 20 meter untuk pembinaan asas bangunan. Satu tembok pemisah atau empangan dibina bagi memisahkan antara air dan tanah yang digali. Oleh kerana kegagalan struktur tembok menahan tekanan air, ia telah menunjukkan beberapa amaran seperti retakan dan aliran air bocor dari tembok sebelum tragedi besar berlaku dan dapat menyelamatkan hampir 100 pekerja di situ. Akhirnya tembok tersebut pecah dan membanjiri seluruh kawasan pembinaan dalam masa empat minit.


Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...