Nov 11, 2010

Malaysia Airlines new livery: apa pandangan anda?

Melihat pada corak badan pesawat MAS baru ini, apa yang dapat anda rasakan? Katanya kegunaan cat yang minima dapat mengurangkan penggunaan bahan api. Atau dalam erti kata yang lain, warna putih dapat menjimatkan minyak. Agak tidak masuk akal atau memang fakta saintifik! Kepada pembaca yang lebih mengetahui tentang hal ini, bolehlah memberi pandangan dan komen bagaimana warna cat mempengaruhi penggunaan bahan api. Disamping dapat berkongsi ilmu kepada yang lain.

Pemotongan belanjawan MAS kelihatan begitu drastik dan mungkin akan melemahkan prestasi lima bintang MAS itu sendiri. Jika dilihat dengan AirAsia, walaupun perkhidmatan tambang murah tetapi tetap berkembang maju dari semasa ke semasa dengan strategi bisnes yang gila dan berani. Jika MAS bersifat gila tetapi berani seperti AirAsia dalam aspek penajaan contohnya, imej korprat MAS akan terserlah walau pada langkah pertamanya begitu sukar dan besarnya bajet tersebut.


Apa pun bagi pendapat sendiri, corak baru pesawat MAS ini kelihatan murah dan sudah tentu akan membawa imej murah kepada MAS. Status lima bintang mungkin hanya pada perkataan tetapi hilang dalam pengalaman bersama MH. Untuk mengekalkan status lima bintang, pelaburan tersebut mesti lah mahal dan cekap.

Corak freedom of space dan hibiscus begitu gah sekali. Itulah MH sebenar

Gambar MAS A380 dibawah tidak pasti adakah corak sebenar yang akan diguna pada pada pesawat airbus nanti. - sumber Airlines.net



tengok saja pon dah rasa apa itu lima bintang...



Tidak dipastikan adakah corak pesawat yang baru tersebut hanya untuk keluaran itu sahaja atau akan digunakan pada kesemua pesawat yang bakal dikeluarkan.


update: info terbaru yang diperoleh - 

purata berat cat yang diguna untuk mengecat sebuah pesawat boeing 747 adalah seberat 500kg dan bertahan selama 4 tahun.

3 comments:

Nazmi Dzulkefli said...

Livery melambangkan imej sesebuah pesawat, hal ini adalah benar. Lambang keselesaan dan kemegahan bukanlah dilihat dari aspek dalaman sahaja, tetapi juga dari aspek luar, dimana pandangan dari luar ataupun pandangan pertama merupakan perspepsi kepada sesuatu benda. Jika MAS menggunakan livery yang kurang menarik, maka hal ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi imej MAS itu sendiri. Walaupun penggunaan cat yang berlebihan mampu meningkatkan penggunaan jumlah bahan bakar, tetapi pelaburan tersebut berbaloi kerana penggunaan cat tersebut bukanlah memberi kesan yang sangat besar sehingga menjejaskan akaun syarikat yang melampau mahupun pengeluaran wang yang berlebihan. Lihat sahaja seperti Garuda Indonesia ataupun Syarikat- syarikat lain seperti Asiana, Thai Airways, mahupun Biman Bangladesh, mereka telah mengubah livery, imej pesawat mereka kepada yang lebih baik. walaupun bagi pandangan kasar, ia kelihatan membazir, tetapi perubahan drastik tersebut melambangkan perkembangan dan kemajuan syarikat tersebut. Garuda Indonesia contohnya, pada tahun 2010 telah dinobatkan sebagai 4 Star Airlines oleh skytrax, dan telah menerima Most Improve Airlines awards juga oleh skytrax. Lihat sajalah livery barunya yang lebih cantik, berbanding livery lamanya yang menggunakan 96% warna putih sebelum ini. hal ini mampu menjadi perangsang dan memberi perubahan kepada sesuatu syarikat tersebut.

Donghae Noughty said...

cuba cadangkan kat Malaysia Airlines supaya buat semua pesawat Corak freedom of space dan hibiscus...
baru bergaya....
kalu putih banyak sangat jadi nampak boring...
Tenggok AirAsia, warnanya yg terang dan menarik memukau semua org utk naik dgn kadar yg berpatutan....

Anonymous said...

Livery baru ni kalau nk rebranding MAS Kargo sesuailah. Tp untuk status syarikat penerbangan kebangsaan macam MAS memang nampak tak bergaya dan spt 3 star airlines. Tp corak livery "Freedom of Space" dan "Hibiscus" memang ada kelas. Admire betul dengan designer corak livery ni.

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...