Tidak ku sangka gambar yang diambil petang semalam rupanya gambar terakhir baginya di dunia. Petang itu terdetik dihati untuk menangkap gambarnya. Bila ku sedar keesokkannya, ku melihat ia mati terbunuh. Terkubur disitu kerana tertimbus dalam tanah.
Sebelum
Selepas
Ini adalah sebahagian hutan simpan Taman Tanjung Permata terletak bersebelahan dengan rumah kami. Entah kenapa pada petang itu terdetik di hati nak mengambil permandangan alam di sebelah rumah. Tidak terlintas langsung dalam hati bahawa itu adalah gambar yang terakhir kawasan paya hutan simpan itu wujud. Sekarang sudah ditambun untuk pembinaan jalan pintas. Walaupun sedikit sahaja kawasan yang terjejas, namun ia tidak seperti dahulu lagi.
2 comments:
Post a Comment