Jan 7, 2011

Surat berbisa Malaysia yang melumpuhkan ekonomi British


Bayangkan sebuah negara kecil mampu membunuh ego negara besar. Fenomena itu telah tercetus antara Malaysia dan Britain. Jika persepsi majoriti rakyat negara jiran mengatakan Malaysia ini adalah anak angkat Britain, Malaysia bangun atas pertolongan Britain dan sebagainya. Namun mereka tidak pernah mengetahui akan satu sejarah hitam telah tercalit dalam ekonomi Britain, yang mencalitnya adalah sebuah negara kerdil Malaysia. Dengan rasa penuh tanggungjawab untuk memberitahu akan hal sebenarnya, Malaysia membangun atas acuan sendiri. Post ini akan membuka persepsi rakyat negara jiran dan meningkat perasaan patriotik dikalangan jiwa rakyat Malaysia.


Dipetik daripada sebuah buku "Surat daripada Dr. Mahathir", karangan Zainuddin Maidin.



  • Setelah menggugat ekonomi British dengan prinsip Buy British Last pada 1981, Dr. Mahathir sekali menggoyah ego ekonomi British pada 1994.
  • Akhbar British membuat tuduhan rasuah ke atas Malaysia untuk mengejutkan rakyat British tetapi digemparkan oleh tindakan balas Malaysia memberhentikan pemberian sebarang kontrak kepada syarikat-syarikat British sebagai pengajaran kebebasan akhbar British untuk berdusta.
  • Pemberhentian kontrak ini menjadikan keadaan sangat cemas oleh syarikat-syarikat gergasi British.
  • Media British menjadi riuh rendah dengan tindakan Malaysia seterusnya membuat laporan berita bukan lagi mengenai cerita politik Malaysia yang menerima rasuah sebaliknya berita mengenai syarikat-syarikat British yang bakal kehilangan berbilion pound sekaligus 25 000 rakyat British hilang pekerjaan sekelip mata.
  • Tindakan ini memberi publisiti percuma kepada Malaysia dengan iklan berjuta pound setelah syarikat-syarikat gergasi British membuat iklan muka penuh di semua akhbar British dengan tajuk besar "We proud to work in Malaysia.
  • Tidak kurang dengan itu, semua stesen televisyen juga turut menjadikan tindakan ini sebagai berita utama hampir setiap hari sekaligus mencetuskan suasana panas di musim sejuk Eropah.
  • Suasana tegang mencetuskan reaksi kecemasan, kejutan, kehinaan dan rasa tidak percaya serta harus berada dalam keadaan tidak berupaya atas tekanan sebuah negara kecil Malaysia yang mampu menggugat ekonomi British.
  • Tindakan ini menjadikan pelajar Malaysia di British terkedu sebentar dan berasa bangga menjadi anak Malaysia serta turut lantang mempertahankan tindakan Malaysia sebagai balasan kebebasan media di British.
  • Semua saham syarikat-syarikat gergasi British seperti Rolls Royces Indutrial Power Group, BICC, dan John Laing jatuh teruk di Pasaran Saham London.
  • Media British mula mencorak semula imej Malaysia ke arah positif dan tidak seperti sebelumnya. Dengan harapan tindakan memulihkan imej Malaysia di mata rakyat British dapat mengembalikan semula kontrak syarikat British yang dibatalkan sebelum ini.
  • Namun, tidak seperti yang diharapkan oleh British setelah Dr. M mengutus sepucuk surat kepada Financial Times London pada 17 Mac 1994.
  • Antara kandungan paling berbisa dalam surat Dr. Mahathir tersebut;


    • Nasi sudah jadi bubur. Memberi kontrak kepada Britain seolah-olah mendedahkan Malaysia kepada serangan fitnah. Kenapa harus syarikat Britain memperoleh wang dari Malaysia jika akibatnya terpaksa ditanggung oleh Malaysia? Jika kami henda dicerca, sekurang-kurangnya kami tidak perlu membayar untuk itu.



**********Surat Dr. Mahathir*********

PERDANA MENTERI 
MALAYSIA

16 Mac, 1994

Editor,
The Financial Times,
No1. Southward Bridge,
London Se1 9EL.

Tuan,

Laporan-laporan dan bahasan tentang pengharaman yang dilakukan oleh Malaysia terhadap kontrak firma-firma British mendedahkan tahap kejahilan atau kecuaian yang menyedihkan pihak akhbar British dan juga peribadi-peribadi British.

Pertamanya tiada sesiapa pun yang boleh membezakan antara pinjaman dan pemberian. Pinjaman untuk empangan Pergau sentiasa dirujuk sebagai satu pemberian. Sekiranya itu satu pemberian wang, jumlah yang merangkumi lebih separuh kos projek itu sudah tentunya merupakan satu pemberian yang baik sekali untuk rakyat Malaysia, bertentangan dengan apa yang ditegaskan oleh akhbar British dan sesetengah pegawai British.

Satu pinjaman mestilah dibayar balik dengan bunganya, walau kecil sekalipun. Manfaatnya kepada Malaysia merupakan perkara yang amat kecil sekali. Di sebalik itu, sekiranya ia tidak ditawarkan, projek itu mungkin jatuh ke tangan firma-firma bukan British. Negara Jepun menawarkan pinjaman ringan berasaskan perkiraan tahunan. Negara-negara lain juga menawarkan pemberian wang atau pinjaman apabila memasuki tender untuk setiap projek.

Pinjaman Pergau itu merupakan bantuan untuk membayar sebuah syarikat British yang tentunya akan mendapat keuntungan. Jadi, bantuan itu memanfaatkan syarikat British. Malaysia tidak mendapati apa-apa selain daripada harga yang kurang sedikit sahaja. Bagaimana sesuatu perbuatan tawar-menawar yang keras untuk menjimatkan wang kerajaan Malaysia boleh dianggap sebagai satu rasuah tidaklah kami faham.

Rakyat Malaysia tidak mahu tahu bagaimana orang British menggunakan perkiraan nilai apabila menjual senjata. Senjata adalah senjata tidak kira jika ia diberi sebagai hadiah., ataupun disubsidikan atau diberi dengan bantuan ataupun dijual dangan keuntungan berlibat ganda., tujuannya sama. Jika anda ada perasaan tentang kebenaran, janganlah menjual senjata sama sekali. Tidak ada bidang bisnes lain di Barat yang mempunyai banyak kemunafikan. Apabila senjata dijual, bayaran jangka panjang atau rancangan-rancangan offset atau syarat-syarat istimewa memang ditawarkan oleh sesiapa pun.

Walau bagaimanapun, adalah jelas bahawa pinjaman itu untuk Empangan Pergau. Tidak pernah dibuktikan dengan muktamad bahawa ia untuk pembelian senjata. Cubaan untuk mengaitkannya dengan penjualan senjata adalah bersifat politik dan bertujuan untuk memalukan kerajaan British. Malaysia tidak menghiraukan hal ini dan tidak memberi tindak balas atau komen.

Apabila mereka senang dengan hasil pendedahan mereka itu, akhbar British kemudiannya memindahkan tumpuan mereka kepada Malaysia. Sememangnyalah orang peribumi semuanya memakan rasuah. Ini kerana mereka bukan British dan bukan berkulit putih. Membuat tuduhan bahawa Perdana Menteri Malaysia itu makan rasuah adalah bersifat biasa. Dia semestinya menerima tuduhan ini kerana, sebagai yang dikatakan oleh akhbar Yorkshire Post selepas itu, semua orang politik di Asia korup. Soalnya ialah kenapa pihak British mahu mengorupkan orang yang "korup". Tidakkah mereka rasa bersalah, atau adakah mereka menganggap pemberian rasuah itu bukan korupsi?

Tuduhan terhadap Perdana Menteri Malaysia akhirnya didapati tidak berasas. Syarikat Wimpey telah menafikannya. Editor akhbar Sunday Times pun telah berkata bahawa dia telah tersilap faham. Tidak ada tender untuk loji aluminium. Cuma satu kajian yang dibantu oleh kerajaan British yang berharap untuk mendapatkan projek itu bagi sebuah syarikat British, Wimpey. Kajian itu mendapati bahawa projek itu tidak sesuai.

Menbuat tuduhan yang salah bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah korup mungkin sebahagian daripada kebebasan akhbar British. Tetapi Perdana Menteri Malaysia tidak perlu menerimanya sebagaiman juga Andrew Neil sendiri tidak menerima laporan-laporan tentang hubungannya denga pelacur, Pamela Bordes. Kebebasan akhbar adalah tentang kebenaran, bukannya membuat berita palsu untuk tujuan apa sekalipun. Perasaan tidak hiruakan langsung kepada kecederaan yang dikenakan ke atas orang lain nampaknya direstui oleh kerajaan dan rakyat British. Tidak ada rasa bersalah terhadap pendustaan, yang nampaknya banyak sekali tentang penjualan senjata? Jawapan yang sentiasa diberikan kepada orang Malaysia ialah akhbar British bebas. "Pendustaan, pendustaan jahanam" adalah bebas. Pembetulan kepadanya tidak bebas. Inilah sebenarnya hakikat demokrasi Barat. Kalau ini bukan keruntuhan moral, apakah sebenarnya yang boleh dianggap begitu?

Pemberian kontrak kepada pihak British nampaknya mendedahkan Malaysia kepada serangan dan pendustaan. Kenapa perlu dibenarkan syarikat-syarikat British mendapatkan wang dari Malaysia kalau inilah padahnya? Jika kami akan diserang, sekurang-kurangnya kami tidak perlu dikenakan bayaran untuknya. Jadi itulah sebabnya dibuat keputusan untuk menghentikan pemberian kontrak kepada firma-firma British.

Dan British sepatutnya bergembira. Tiada kontrak maknanya tiada pinjaman mudah, tiada pemberian wang dan tiada perasuahan orang peribumi. Oleh kerana British mengikut kata akhbar-akhbar British, bertanggungjawab menjadikan Malaysia satu daripada 'harimau-harimau ekonomi' di Asia Tenggara, Malaysia kelak akan menyedari kesilapannya. Pada ketika itu akhbar-akhbar bebas akan bertepuk sorak apabila Idi Amin/Hitler/Mahathir datang merangkak kembali dengan tawaran-tawaran kontrak.

Tetapi sebalikya kita dengar lebih banyak lagi ancaman dan pendustaan. Nampaknya kapal-kapak meriam kertas masih banyak. Apa yangboleh Malaysia buat? Alhbar-akhbar bebas adalah bebas untuk pihak British. Mereka tidak bebas untuk orang Malaysia. Semasa akhbar-akhbar British boleh didapati dengan bebas di Malaysia, akhbar-akhbar Malasysia tidak boleh didapati oleh orang British. Dan akhbar-akhbar British tidak pernah menyiarkan pandangan orang Malaysia. Ini adalah satu kesan pengamalan kebebasan akhbar cara Barat.

Untuk Malaysia, acuan telah tersedia. Tidak ada kontrak sebagai pertukaran bagi kebebasan akhbar British untuk berdusta.

Yang benar,

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD




Anda boleh dapatkan buku ini yang terjual di pasaran berharga RM30.00. Buku yang menterjemah selok belok politik dan pentadbiran Malaysia. Apa sebenarnya terjadi? Siapa bersalah? Apa sebenarnya berlaku? Bakal dijawab dalam buku ini.

Buku ini juga memiliki nilai-nilai falsafah dan harus dimiliki bagi mereka yang inginkan motivasi kepimpinan. Apa itu ketegasan? Macam mana kewibawaan? Bagaimana para pemimpin berfikir? Apakah kunci untuk merebahkan musuh? Juga terselit secara tersirat dalam buku ini.


Bab yang paling suka...



11 comments:

Raja Ahmad Zuhairi said...

mantap!!!!
mana beli ini buku???

bksempoi said...

kat kedai buku nampak byk jual. Brother, Popular, etc..

bib2426 said...

yup...sangat kagum dan menghormati beliau.

Raja Ahmad Zuhairi said...

tapi dengar-dengar buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times..banyak penulis condemn pasal Tun. tapi masih tak berpeluang membacanya..

bksempoi said...

aku ada download e-book pasal buku ni. tapi x pernah buka coz lupa password.

Duke of Black Antz said...

kalo ang betul2 tgok buku2 kt library astech, cerita pasal ni ada dlm buku Dasar Luar Dr Mahathir kt library kita huhu aku jumpa masa kemas2 bku2 lama utk dihantaq ke Arkib Negara

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

macam best je buku ni..leh cari. :)

bksempoi said...

serius, buku ni memang best, bahasa yang pengarang guna memang power. Kalau bawa masuk dalam karangan konfem gempak.

anakibu said...

salam nice n3 from u.....raser bangga jap dgn dr mahathir

kerisperak said...

suke entry ni.. menarik untuk dikongsi.. = )

titan said...

em, kena cari ni buku nih..

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...