Jan 16, 2011

Siapa nak bunuh diri?


Tajuk macam c#$%&a jer..

  • Dah la hutang dengan Ah Long, bunga naik tak reti nak turun-turun. hari-hari kena kejar, kena ganggu, kena call dengan Ah Long. Anak bini dalam ancaman, mak bapak kena ugut bunuh. Hidup tak tenteram. Tension beb. Masa tu tak dapat nak fikir lain lah. Bunuh diri adalah jalan terbaik. Hanya iman sahaja dapat menyokong diri. Adakah bunuh diri dapat selesai masalah?

  • Sehidup semati aku cinta padanya, hati ini tidak ada orang lain melainkan dia. Hingga setiap malam bermimpinya. Satu hari tidak bersemuka semacam cacing kepanasan. Hari itu telefon dia tidak angkat, berkali-kali. Dalam hati seperti ada sesuatu yang tidak kena. Rupanya dia sudah sudah tinggalkan aku. Hidup ini sudah kosong sekosong kosongnya. Rasa ingin sangat nak ikut bersama. Bilakah aku akan mati, sebolehnya aku mahu disemadikan bersamanya. Kalau aku mati hari ini juga, dapat aku bersama dengannya. Adakah aku akan berjumpa dengannya di alam kubur?

  • Aku sudah berusaha semaksimum keringat ku. Aku sudah melakukan segala apa yang patut. Aku sudah menanam azam yang cukup kuat untuk mencapai matlamat ini. Akan tetapi aku gagal, aku sudah mnyusahkan ramai orang, aku malu, kemana hendak letak muka ni. Hidup jadi serba salah, segalanya menjadi salah. Aku dipandang hina. Tiada lagi penghormatan, hilangnya segala keistimewaan ku bersama kegagalan. Apalah aku ni. Biarlah aku mati. Supaya aku tidak dipandang hina sebegini. Aku kecewa. Tapi, kenapa aku perlu mencabut nyawa aku sendiri?

  • Adakah bunuh diri selesai segalanya?
    • Masalah tidak akan selesai selagi kita tidak meyelesaikannya
    • Bila dah mati, jalan penyelesaian tu terpampang depan mata. "Menyesal aku bunuh diri, rupanya ini jalan penyelesaiannya. Kenapa bodohnya aku tidak terfikir macam ni. Tolonglah, hidupkan aku semula. Aku menyesal..."
    • Mangsa tidak fikir langsung akan seksanya orang bunuh diri. Kalaulah suara kubur itu dapat didengar.
    • Lari dari gigitan nyamuk masuk dalam mulut harimau.

  • Detik-detik membunuh diri:
    • betulkah apa yang aku buat  ni?
    • aku memang tak layan hidup
    • minta maaf kepada semua. Doakan saya selamat di alam sana ( jangan harap nak selamat)
    • hidup tidak tentu arah kerana detik kematian berada dalam tangan sendiri.
    • bagaimana dia habiskan masa satu minit lagi sebelum kematiannya. Menanti untuk mencabut nyawa sendiri. Anda memang seorang gagal. Tau tak esok tu hari yang paling seronok tau. Mimpi malam ni mimpi yang paling syok dalam hidup yang pernah alami. Daripada ko mati, ko tau kah suasana di alam lain? 

  • Anda sebagai orang yang paling rapat:
    • jangan biarkan dia bersendirian
    • bawalah agama disamping diri kita dan dia
    • tapi tahukah dia nak bunuh diri? sekurangnya kita tahu dia sedang kecewa.
    • hiburkanlah hatinya
    • jangan tambahkan kecewanya lagi.
    • motivasikan

  • Siapa yang melantiknya mencabut nyawa sendiri? 
  • Kenapa perlu dikatakan kita gagal padahal sejak azali lagi kita adalah johan daripada beribu berjuta adik-adik kita lain di alam rahim?
  • Tidak akan ada masalah jika ada jalan penyelesaiannya.
  • Kita ditimpa dengan musibah dan ujian kerana Allah Maha Mengetahui dan Allah sedang menghapuskan dosa-dosa kita dengan musibah supaya dosa tersebut tidak dibawa ke akhirat.
  • Allah tidak akan menimpa sesuatu musibah ke atas hambanya melainkan seseorang itu mampu menanggungnya. Kenapa perlu kita katakan tidak sanggup?
  • Hari ini Allah menjadikan kita kecewa kerana esoknya Allah nak hadiahkan kita sebagai orang yang paling bahagia di muka bumi.
  • Yang mana pilihan anda
    • A: hari ini aku kecewa dan rebah dengan kecewanya hidup ini. Biarlah Allah menyiksa diri ini kerana diri ini tidak layan untuk syurga mu
    • B: bersabar dengan kekecewaan ini kerana yakin bahawa Allah akan hadiahkan sebuah kebahagian yang tidak pernah kecapi selama ini. Selain dosa dapat terhapus.

5 comments:

Anis izyan Abd Rahman said...

wwwwiiiittt???
jgn la mati sebelum mase..

CiPoT CeDoT said...

aku teringat masa kecik2 dulu pernah tengok mayat lelaki sbb bunuh diri..badan dia jadi bengkak2...ngeri oo0o0o....

bksempoi said...

agaknya macammana la dia disiksa sekarang yek?

SnowladieS said...

bksempoi jgn bunuh diri .. =________=" hehe

bksempoi said...

hahaha xde maknanya,,

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...