Jan 3, 2011

Penipuan dalam filem.



Green Screen atau layar hijau adalah satu teknik yang digunakan bagi sebuah produser filem untuk meningkatkan lagi mutu dan efek filem yang dibuat, Selalunya digunakan untuk filem-filem aksi. Sudah tentu hasilnya dikatakan mahal kerana melibatkan pergambaran di tempat-tempat yang sukar, efek yang mantap, aksi yang menakjubkan dan sebagainya. Namun kesemua babak tersebut hanya dilakonkan di dalam sebuah studio.

Saksikan video yang dipetik dari Youtube ini. Dan penglibatan BKSEMPOI dalam pembikinan gimik untuk Majlis Anugerah Kelab UMT 2009.






Dan ini sebahagian daripada gimik untuk Majlis Anugerah Kelab UMT MAKEP 2009 yang BKSEMPOI dan beberapa orang team terlibat dalam pembikinan sebuah gimik berbentuk laporan berita. 

Sebenarnya babak disebalik tabir pembikinan gimik ini belum pernah diterbitkan ke mana-mana medium. Untuk sekian kalinya, blog BKSEMPOI menayangkan beberapa disebalik tabir gimik untuk majlis yang paling berprestij untuk kelab-kelab UMT.

Gimik macam gempak, tapi apa sebenarnya berlaku?
(maaf audio tidak berkualiti kerana dibuat di dalam sebuah bilik pada pukul 4 pagi!) hehehe

nampak gempak kan! ada lagi...
Ini masa BKSEMPOI kena jadi wartawan lokasi. 



Ini majlis yang gempak, bukan majlis biasa-biasa. Dirasmikan oleh NC UMT sendiri dan mendapat liputan dari akhbar-akhbar Malaysia.

tanggungjawab pasukan digalas sebaik  mungkin untuk team multimedia.



Teknik green screen digunapakai sepenuhnya.
test power, light masih off. lampu tido jer..hehehe
pemberita dari studio utama, Salman. Masih tenang walau masa ni sudah 4 pagi
Abg wartawan tengah redi tu... Macho beb!!!



rahsia yang tidak perlu dijadikan rahsia lagi.
  • lokasi dibuat di sebuah rumah salah seorang pasukan.
  • peralatan yang digunakan: kamera digital Canon HD recording, meja pemberita adalah meja Jepun, Wartawan lokasi sebenarnya melutut bukannya berdiri seperti yang anda lihat. Layar hijau digantung pada tingkap. 
  • masalah utama, bunyi unggas, cahaya tidak cukup.
  • kos, dua bungkus megi
Setakat itu sahaja kot yang dapat dikongsi bersama. Kredit kepada:
  • idea asal gimik-hadi
  • penyunting-sayalah
  • pereka multimedia-saya juga.. guna adobe after effect dan photoshop je...selain dari gimik sahaja, turut pernah diterbit> link dan facebook saya di bahagian video.
  • montaj- hadi
  • pemberita- Salman
  • wartawan- Saya lagi dan eila.
  • dan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan gimik ini.
HARAP MAAF
Gimik sepenuhnya tidak dapat diupload lagi kerana saiz yang besar. 

2 comments:

CoconutShake said...

jom buat filem plak XD

F_H said...

wat aksi terbang pasni.. gempak...

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...