Dec 13, 2010

Fakta ringkas matahari


  • Jika dinisbahkan saiz matahari bersamaan dengan saiz bola keranjang, nisbah dengan saiz bumi adalah bersamaan tidak lebih dari satu titik berdiameter 2.2 milimeter.
  • Jika anda memandu dengan kadar 80km/jam, anda mengambil masa selama 176 tahun untuk sampai ke matahari dari bumi. Manakala;
  • Cahaya matahari memerlukan masa hanya 8 minit untuk sampai ke bumi.
Walaupun memberi banyak kepentingan kepada kehidupan seharian kita. Akan tetapi;
  • Sistem satelit: komponen-kompenen satelit akan terjejas apabila ia dihentam oleh partikel dari matahari. Komponen satelit akan menerima arus berlebihan dan ini akan menyebabkan kerosakan kepada mikrochip dan sistem elektronik satelit tersebut.
  • Sistem komunikasi dan navigasi: kebanyakan sistem komunikasi menggunakan lapisan ionosfera untuk menghantar signal. Apabila berlaku gangguan oleh aktiviti matahari, ia akan menyebabkan signal tersebut tidak stabil. Ini akan mengganggu komunikasi antara menara kawalan dengan juruterbang, pengemudi kapal dengan daratan dan pengguna radio amatur. Sistem navigasi kapal terbang dan kapal laut menggunakan signal berfrekuensi rendah untuk menentukan kedudukan mereka. Apabila berlakunya hamburan dari pada matahari, sistem navigasi ini akan mendapat maklumat kedudukan yang kurang tepat. Ini akan menyebabkan isyarat Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan sistem navigasi.
  • Sistem janakuasa elektrik: Apabila berlakunya ketidaksemimbangan medan magnet bumi kesan daripada hamburan partikel dari matahari, arus elektrik akan teraruh di dalam konduktor. Sistem janakuasa elektrik akan mengalami arus berlebihan, kemusnahan transformer dan seterusnya bekalan elektrik akan terganggu.
  • Sistem perpaipan: Ketidakseimbangan medan magnet  bumi akan menyebabkan arus teraruh di dalam sistem perpaipan. Ini akan menyebabkan sistem perpaipan tersebut akan mengalami proses pengaratan dengan lebih cepat.
  • Kesan radiasi kepada manusia: Suar dan hamburan matahari akan melepaskan partikel berhalaju tinggi yang beradiasi yang mungkin akan memberi kesan kepada manusia. Bagaimanapun bumi dilindungi oleh edan magnet dan atmosfera yang menghalang daripada radiasi berlebihan berlaku tetapi seorang angkasawan akan mudah terkena radiasi ini. Pendedahan ini akan menyebabkan kemusnahan kromosom dan sel hidup dan berpotensi untuk menyebabkan kanser.
Farahan Kamarudin dan Zahira Mohd. Radzi.
Pengawai Penyelidik, 
Unit Penyelidkan Sains Angkasa,
Agensi Angkasa Negara,
ANGKASA

estidotmy

No comments:

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...