Hujan batu, bagaimana ia terjadi?
- Hujan batu (hail storm) adalah ketulan ais yang turun bersama hujan.
- Terjadi dari awan kumulonimbus, iaitu awan petir atau awan yang terbentuk meninggi ke langit.
- Prosesnya terjadi apabila wap air terkondensasi di lapisan udara yang sangat sejuk hingga ke paras beku. Lalu terbentuk bebola ais dilapisan udara tersebut. Selalunya ketinggian lapisan udara tersebut melebihi 10,000 kaki.
- Dari sudut pandangan meteorologi; hujan batu terbentuk ketika arus angin yang kuat (updraft) membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Bebola ais terbentuk apabila semakin banyak titisan ais membeku menyebabkan saiznya bertambah. Ini menyebabkan ketulan ais tersebut menjadi berat dan terpengaruh dengan tarikan graviti bumi dan menyebabkan bebola ais tersebut jatuh ke bumi sepantas 90mph. Semakin kuat updraft, maka semakin besar saiz bebola ais akan terbentuk.
- Selepas ini anda bolehlah menentukan samada hujan yang akan turun itu adalah hujan batu atau tidak dengan melihat awan.
- Kadang-kadang hujan batu tidak terjadi walaupun hujan tersebut datang dari awan kumulonimbus. Ini berkemungkinan kerana, bebola ais tersebut tidak sempat terbentuk kerana updraft yang tidak kuat, atau bebola ais telah cair semasa jatuh ke bumi.
No comments:
Post a Comment