Seekor ikan membekukan dirinya di dalam lapisan ais iaitu di permukaan tasik yang beku semasa musim sejuk. Bayangkan bagaimana ikan ini mampu bertahan hidup sepanjang musim sejuk yang melanda di negara-negara beriklim sejuk. Ikan ini bertindak membekukan dirinya tanpa makan atau minum dan lebih mengajaibkan lagi bahawa ikan ini mati sementara. Ini adalah fenomena semulajadi yang patut diambil pengajaran dan iktibar untuk manusia sepaya lebih mengingati Maha Pencipta.
Bukan sahaja ikan ini mampu membekukan dirinya sendiri di dalam lapisan ais, malah banyak lagi haiwan yang berkebolehan menandingi kuasa manusia, sebagai contoh; dalam rancangan National Geographic juga pernah mendokumentarikan bagaimana seekor katak bertindak sedemikian rupa dengan membekukan dirinya di dalam lapisan ais. Juga dikatakan bahawa katak tersebut mati seketika selama berada dalam ais dimana semua sistem saraf, jantung dan paru-paru berhenti berfungsi dan kembali berfungsi apabila ais tersebut cair.
Tidak Allah jadikan alam ini sebagai sesuatu yang sia-sia untuk manusia mengenali Maha Pencipta.
No comments:
Post a Comment