Tarikan perhatian rakan, tetamu dan pelanggan anda dengan hidangan telur yang menarik dan lain dari yang lain. Teknik pembuatannya mudah dan senang. Hanya perlu sediakan telur yang sudah direbus, kemudian dua gelang getah, sebatang kayu kecil atau penyepit pun boleh, dan satu benda nak cakap apa yek, takkanlah kertas pula kot. Urm... apa-apa sahaja benda yang keras dan boleh dilentur. Tutorialnya senang sahaja, lihat gambar.
Hasilnya sudah pasti pelanggan dan tetamu anda tertanya bagaimana telur rebus boleh dibentuk sedemikian. Apa yang pasti dan termaktub selepas daripada makan telur, awasi jangan melepas dimerata tempat. Walau cantik dipandang, sedap dimakan, bila kentut mau tau la.