Sep 27, 2011

Menunggang motosikal pada kelajuan 299km/h!!!

Hampir 300km/h mungkin sesuatu yang gerun untuk kenderaan darat, apatah lagi sebuah motosikal.


Jadi, janganlah melatah bila polis membeli sebuah kenderaan berkuasa tinggi.

Majlis perkahwinan paling bengap.




dan yang paling gila...

Sep 25, 2011

Pendaratan "ship-helicopter" yang sukar.

mengawal sebuah helikopter lebih sukar daripada sebuah kapal terbang. Inikan pula untuk mengawal sebuah helikopter yang hendak mendarat di atas dek kapal dalam keadaan ombak dan cuaca buruk.

adakah pendaratan ini selamat?

Sep 22, 2011

Pengorbanan ibu

post copy and paste


Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Sep 21, 2011

Model kereta termahal di dunia

lebih mahal dari kereta yang sebenar.


model: Lamborghini Aventador LP 700-4
skala: 1:8
modal: $8.4 juta
harga: $14.9 juta
keistimewaan: dilengkapi dengan batu permata dan emas tulen. Badan kereta diperbuat daripada gentian karbon dan diselaputi bebenang emas. Malah rim dan juga aksesori dalaman diperbuat daripada emas dan platinum.
persoalan: nak beli kereta betul atau model?

tepuklah dada. 


Sep 20, 2011

rahsia tandatangan Obama



tandatangan yang memiliki tiga makna yang berlain dan berbeza sama sekali:

  1. ringkasnya kita boleh nampak angka B dan O dengan jelas yang mewakilkan Barack Obama.
  2. kadang kala boleh juga digambarkan seperti ini.
  3. tetapi agak teruk kalau digambarkan macam ini.

Sep 19, 2011

Adakah penguin seekor binatang yang jinak?

Jinakkah penguin? 

Garangkah?

ataupun seekor binatang yang biasa-biasa saja.

spesis binatang yang memiliki semangat ingin tahu yang tinggi. Namun persoalan antara jinak atau liar bergantung pada keadaan, tapi apa yang penting penguin juga boleh agresif seperti video di bawah. 

adakah ia mampu membunuh?

kombinasi antara realiti dan photoshop

Photoshop In Real Life   awesome 2

Photography Light-ray yang mempersona.



credit to: Rarindra Prakarsa, Indonesian photography.


nampaknya dalam banyak-banyak gambar yang diedit oleh aku mengikut kreativiti sendiri tanpa tunjuk ajar yang lain kali ini terpaksa mengaku yang teknik ini perlu mendapat tunjuk ajar seorang guru. 


dimana nak belajar nak edit teknik macam ni.


does anyone have any information?


Beauties Of Indonesia   arts
Beauties Of Indonesia   arts



Kenapa tidak seperti dulu?

dah lama x update.

alasan utama:
dah ada komitmen dan masa tidak menyebelah pada admin.

untuk tindakan selanjutnya:
sedang mencari admin ke-2 sebagai pengganti untuk meneruskan perjuangan ini. 
kriteria sangat mudah, dia perlukan seseorang yang sempoi.

apapun perjuangan mesti diteruskan walau tidak seagresif seperti dulu.


wrote at: ofis P2B

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...