Berkongsi pengalaman menelusuri Lebuhraya Utara Selatan bersama bas mewah, Nice Imperial milik Konsortium Transnasional Berhad.
Laluan
Pulau Pinang ke Kuala Lumpur
Jumlah tambang:
RM108.70
(tambang RM103.00 + perlindungan insuran RM0.50 + yuran pengelolaan RM5.20)
Tak kisah buat empat lima kali kerja ka, asal hati ingin nak buat apa yang diimpikan selama ni nak naik bas Nice Imperial. Memandangkan destinasi xda ditempat lain, maka terpaksalah naik bas biasa dulu dari Alor Setar ke Penang.
Terminal
Terminal perlepasan bas Nice Imperial dari Terminal Sungai Nibong, Pulau Pinang (sebelah tapak pesta Penang). Lounge pula ditingkat atas agak sempit. Destinasi KL pilih turun di KL Sentral.
Perlepasan
Bas berlepas pukul 1515hrs, seat pula bebas nak pilih yang mana sebab tak ramai. Jadi, tempat duduk paling hadapan menjadi pilihan dan hanya dua penumpang sahaja yang ada di tingkat atas.
Susun atur kerusi
Susun atur kerusi agak lain sikit, tingkat atas susun atur kerusi 1+1 dan barisan kiri mengiring 45' mengadap cermin. Iringan ini memang tetap dan tidak boleh berpusing mengadap depan. Tingkat bawah pula susun atur kerusi 1+2, dua barisan di sebelah kanan.
Perkhidmatan
Dah tambang pun mahal, perkhidmatan mesti tip top selari dengan harga yang dibayar.
- Ada pramugari/pramugara (seorang). Untungnya bas kali ni dapat pramugari. Jika ada masalah dan perlukan khidmat mereka, hanya perlu tekan button yang terletak di atas kepala masing-masing. Sekali tekan bunyinya dengar satu bas. Hahaha, yang baru naik tu, try la godek2 kalau tak percaya.
- Recline seat jenis gelongsong macam business class kapal terbang atau first class Air Asia. Atau dalam istilah lainnya dipanggil cocoon seat. Hanya perlu tekan botton saja untuk menyandar dan sebaliknya. Tapi xlah boleh recline 180' sampai jadi katil. Sayang la bayar mahal tapi utk tidur.
- Individual entertainment dari BlueIce Infotainment System dengan touch screen 7in. Ada movie, koleksi lagu, permainan, GPS, applikasi2 menarik dan macam-macam lagi. Lagi satu ada webcam untuk skype. Juga boleh layan internet.
- Ada makan minum. Diorang akan serve dua kali, pertama set sajian makanan berat dan kedua selepas berhenti di RNR akan disaji dgn minuman panas (teh/kopi).
- Internet dari YES. Setiap penumpang akan diberi satu kad topup untuk internet. Sayangnya kouta sikit sangat, 30MB nak rasa apa.
- Urutan OGAWA. Satu kelainan dari bas lain, setiap kerusi dalam bas Nice Imperial ni ada dilengkapi mesin urut dari Ogawa. Bukan sahaja urutan malah ada pemanas. Kalau rasa sejuk sangat, boleh la panaskan tempat duduk.
- Reading light. rasanya benda ni da biasa kot dalam semua bas, tapi bas2 lain ada saja reading light tapi tak boleh guna pon.
- Bantal dan selimut. Dua benda ni sangat perlu, bantal untuk tambah keselesaan tulang belakang sebab masa menyandar akan rasa dua benda timbul (pengurut) yg keras dan tidak selesa bila alat pengurut ni dalam mood idle. Pastu penyaman udara tak sama macam bas lain yg kita sendiri boleh ubah haluan angin dan tutup terus lubang, tapi ini lain, pernah naik KTM, monorail Rapid bas. Kalau sejuk ada tiga pilih, pertama panaskan kerusi, kedua suruh driver slowkan dan ketiga ambil selimut gelemuih (ayat org kedah- selimut satu badan dari kepala ke kaki).
skip ke minit 2:00 untuk video.
Kelebihan:
1. Bas dilengkapi Wifi
2. Kerusi urut setiap satu
3. Infotainment system dari BlueIce setiap satu.
Kekurangan:
1. makanan yg disaji simple dan murah, makan roti jer. Cuba bandingkan dengan Aeroline, Transtar..
2. Internet sepatutnya percuma sepanjang perjalanan untuk bas Nice Imperial. Bukannya percuma untuk 30MB sahaja.
TRANSTAR |
NICE IMPERIAL |
Sajian kopi selepas 15minit berhenti rehat. |
Screen yg sangat tinggi reflectionnya. |
Untungnya seat paling depan, ada extra tempat letak barang. |
mentang-mentang paling depan, tiba-tiba nampak awek naik superbike... |
Dalam bas diorg aku bagi satu kad topup internet YES, yang lagi dua tu lounge yang kasi. 30MB jewwww. |