Mar 27, 2011

Produktif: Baik pulih dalam masa enam hari sahaja.

Ini adalah rantaian proses membaik pulih sebuah jalan di Jepun yang rosak teruk akibat gempa bumi pada 11 Mac 2011 yang hanya memakan masa selama 6 hari. 


Apa kurangnya kita: 
Selalunya perkara ini selalu terjadi pada kebanyakkan pelajar universiti. Atas kekangan komitmen lain membuat sesorang pelajar universiti juga mampu menjadi seorang yang produktif. Lihatlah bagaimana sesuatu tugasan kuliah mampu disiapkan dalam masa kurang 24 jam. Itu tidak termasuk bagaimana pembelajaran sepangjang satu semester mampu di rumuskan dalam sehelai kertas kecil kurang satu malam sahaja. Kita asyik melihat kekuatan orang lain dan melemahkan diri sendiri walhal pada hakikatnya kita juga sama hebat. Betul tak?

Mar 14, 2011

Hasil daripada beribu ribu dan ribuan.

Ini adalah sebuah projek yang diberi nama The Big Picture yang dikelola ileh British creative artist Helen Marshall yang berkerjasama dengan pakar daripada PollyTiles to mencipta sebuah karya gergasiyang diiktiraf sebagai gambar mozail terbesar di dunia di Birmingham. 


Idea ini menjadikan ia sebagai album foto terbesar di West Midlands dimana gambar-gambar berjumlah lebih 110, 000 keping tersebut diperoleh daripada penderma dan penyumbang dikalangan orang ramai.

Saiznya merangkumi tiga gelanggan tenis yang dipersembahkan di Millenium Park.




Mar 11, 2011

Facebook photo zoom


Software yang berguna untuk pengguna laman sosial facebook. Facebook photo zoom, sebuah aplikasi yang menjimatkan dan mengurangkan pergerakkan jari anda untuk klik photo pada facebook. Aplikasi ini sama seperi Google image dimana kita hanya perlu lalukan sahaja cursor pada gambar yang ini dilihat, automatik popup akan muncul memaparkan imej tersebut dengan saiz sebenar.  



Aplikasi ini juga boleh diaktifkan dan jika terasa ia amat mengganggu atau tidak privasi, kita boleh menukarnya ke mode tidak aktif seperti gambar dibawah.

Selamat mencuba.


untuk pengguna Chrome:
https://chrome.google.com/extensions/detail/elioihkkcdgakfbahdoddophfngopipi

untuk pengguna Firefox:
https://addons.mozilla.org/en-us/firefox/addon/facebook-photozoom/

Mar 10, 2011

Benua membentuk haiwan.

Ini adalah hasil seni seorang artis yang menggabungkan benua-benua dan daratan di muka bumi membentuk pelbagai janis haiwan. Haiwan yang dibentuk di sini adalah 12 jenis haiwan yang terdapat dalam kalender cina. 

rat

ox

Sistem pengurusan banjir di Jepun

Jika di Malaysia, kita ada terowong Smart. Malah tidak kalah juga di Jepun, mereka lagi hebat cuma kurangnya sistem pengurusan tersebut dibina semata-mata untuk mengawal banjir sahaja. Jika dibandingkan dengan terowong Smart, ianya dua dalam satu, infrastruktur pertama seumpamanya di dunia. 

Terowong yang mempunyai tinggi maksimum 25.4 meter dengan lebar 78 meter ini difahamkan turut dibuka kepada pengunjung dan dijadikan salah satu daya tarikan pelancongan. 

Mar 8, 2011

Projek Mega Singapura: Stor Simpanan Minyak Bawah Laut.

Satu lagi projek mega yang sedang dibangunkan bukannya di atas tetapi di bawah tanah. Proses pembinaan yang dijalankan di bawah sebuah pulau buatan iaitu  Banyan Basin, Pulau Jurong bakal mencatat sejarah sebagai tangki simpanan minyak terbesar. Projek yang mempunyai dua tahap atau fasa yang ketika ini memiliki panjang sejauh 2.1 km pada kedalaman 120m. Kapasiti simpanannya kini mencapai 20 juta meter padu dan bakal menampung 1.32 juta meter padu lagi pada projek dasa ke-2 nanti.






Inilah sebenarnya "SEGALA MACAM MAK NENEK"

Tak tahu la nak bagi nama benda ini apa? Banyak sangat fungsinya. 

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...