Jun 8, 2011

Salah pun kena, betul pun kena bantai!!!

Betulkah, nak tanya ni...
Betulkah kalau di negara Timur Tengah, guru-guru cukup garang. Bukan takat salah, betul pun kena rotan, penampar, bantai, dsb...
Macam video di bawah ni.


Sesiapa yang pernah dan sedang belajar di sana. Adakah perkara ni betul atau hanya ini hanya kes terpencil sahaja.


Jepun, buang air merata tempat.

Tidak asing lagi begitu hebat inovasi warga Jepun yang tiada tandingan negara lain. Bahkan sesuatu inovasi itu terlalu menjangkau batas pemikiran kita. Tapi kadang-kadang inovasi yang dihasilkan oleh mereka berkait dengan sesuatu yang janggal, pelik dan merapu. Sebagai contohnya seperti video di bawah.


Bagi mereka mungkin sebagai suatu keperluan kerana kehidupan mereka adalah kerja, kerja dan kerja. Biar maruah tergadai, asalkan kerja, kerja dan kerja. Menjadi persoalan, adakah semakin maju sesuatu tamadun itu maka semakin hilang nilai etika. Adakah patut buang air begitu.

Kesimpulan, orang kita lebih bertamadun. Dari segi buang air, kerana tidak dibuang merata belukar, dinding, dsb. Dari segi adab dan tatasusila, tepuk dada tanyalah selera.

Jun 5, 2011

Virus Kencing Tikus


  • Nama perubatannya leptospirosis.
  • Disebar oleh virus dikenali sebagai leptospira
  • Ditemui dalam kencing tikus dan mudah tersebar pada musim banjir. Ia boleh bertahan dalam air selama beberapa bulan.
  • Boleh menjangkiti manusia melalui luka, air, dan makanan.
  • Gejala awal seperti demam dengan suhu tinggi, menggigil, sakit kepala, letih, lemah, muntah, mata merah, sakit sendi dan otot.
  • Boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
  • Virus ini boleh dibunuh dengan antibiotik seperti amoksilin, ampisilin, eritromisin, dan tetrasiklin.

May 27, 2011

Masa itu money!!!

"Time is money", suatu peribahasa yang begitu praktikal untuk apa yang digambarkan di bawah. Jika kita mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masa, maka ia akan lebih berharga dari wang. Jika tidak akibatnya seperti ini. 



 Urm... mana nak dapt yek jam ni. nak cari satu!!!

May 14, 2011

Internet laju gila, teknologi fiber-optik.

Pengalaman melayari internet berkelajuan tinggi iaitu melebihi 20Mb/s sangat mengujakan. Proses download dan upload berlipat ganda. Tiada lagi istilah menunggu apabila melayari video-video dalam youtube berdefinisi tinggi 720p. Apatah lagi mendownload file, software, filem dsb.



Ini adalah jaringan internet berkelajuan tinggi aplikasi daripada teknologi gentian optik yang terdapat di kampus kami dan juga di kampus-kampus universiti lain. Dikatakan UTM mempunyai rangkaian jaringan internet terpantas di Malaysia setakat ini iaitu 40Mb/s (maaf kalau silap). Perkara yang sama seperti yang diiklankan oleh Streamyx iaitu Unifi. Tetapi rangkaian Unifi masih belum meluas seperti rangkaian kabel biasa. Nantikan kedatangan Unifi di tempat-tempat anda. Bila? tak tahu...



May 5, 2011

Mereka terpantas di dunia.

Mereka hebat dengan gaya mereka sendiri, 
Mereka hebat dengan diri mereka sendiri,
Mencipta kelainan dari rutin kebiasaan manusia,


Water for Elephants

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...