Aug 3, 2012

Pemandu trak penyebab kerugian berjuta dolar.

Tak perlu untuk didebatkan lagi. Memang sah 100% kesalahan diletakkan di atas muka seorang pemandu trak yang menjadi punca utama kerosakkan berjumlah 25 juta dolar.

Seorang pemandu trak didapati bersalah kerana melalui sebuah jambatan dengan muatan yang melampau 110tan tanah. Jambatan tersebut tidak mampu untuk menampung beban yang dibawa oleh trak tersebut menyebabkan setiap tiang yang menghubung jambatan runtuh di salah sebuah daerah di Beijing, China.

Kalau mak aku sendiri pun tak kasi loro ni lalu depan rumah.



betapa mereka begitu agresif untuk sukan.

Latihan yang agresif sejak kecil.







Jul 4, 2012

cermin pecah kerana bunyi enjin jet

Inilah sebab utama kenapa dulu pesawat concorde diharamkan langsung untuk masuk dalam ruang udara Malaysia. Singapore Airlines pernah menggunakan pesawat concorde seketika dulu dan hanya dapat bertahan sekejap sahaja disebabkan mendapat bantahan hebat Malaysia. Sebab utamanya adalah pencemaran bunyi dan juga hasil letupan supersonik (sonic boom) yang mampu menggegar ruang udara sekitar laluannya. 

Baru-baru ini dalam tahun 2009 tak silap, penduduk sekitar Kuala Terengganu panik seketika apabila dikejutkan dengan satu letupan kuat hingga menggegar bangunan di sekitar bandar berkenaan. Ramai menyangka ia sebuah letupan bom dan juga dari kemalangan di kawasan berkenaan. Sangkaan penduduk semuanya meleset dan tidak disangka letupan kuat tersebut datangnya dari sebuah pesawat supersonik Sukhoi yang membuat latihan untuk persiapan LIMA'09.

Letupan supersonik sebenarnya bukan daripada hasil bunyi enjin yang kuat, tetapi hasil daripada kelajuan melampau iaitu kelajuan objek yang lebih pantas daripada laju bunyi.


untuk lebih lanjut, cuba google dan youtube 'sonic boom'.

Jun 15, 2012

Jenama yang popular

Ini kisah pasal jenama, jenama barang yang sangat-sangat popular disebutan setiap tutur kata generasi dari dahulu hingga kini. Mungkin akan kekal disebut untuk keseterusnya.

Barang taklah sehebat mana pun, dan tak juga semahal mana pun macam produk-produk elektronik, kereta dsb.

Contoh:

Jet Ski
Jet ski dah jadi sebati dengan benda tu sendiri walhal ia sebuah jenama bagi kenderaan air peribadi.

Ping-Pong
Ping-pong juga asalnya sebuah jenama (1901) bagi tenis meja. Jenama tersebut diambil daripada hasil bunyi bola yang menyentuh meja tenis tersebut. Ping-pong... ping-pong...

Maggi
Walau apa jua jenama mee segera dalam pasaran Malaysia, kita tetap sebut Maggi. Trend ini di Indonesia juga sama, mereka sebut Indomee. Anda kenal Indomee?

Ajinomoto
Orang kita lebih kenal Ajinomoto daripada MSG (Mono Sodium Glutamat). Makcik, monisodium glutamat satu.

Pampers
Pampers adalah satu jenama produk lampin bayi. Malah lampin bagi orang dewasa juga dipanggil pampers.

Milo
Cuba pergi luar negara dan singgah di kedai makan. Mintalah pesanan Milo ais. Konfem pelayan akan angkat kening.

Tupperware
 semua jenis bekas sama dengan penutup kita panggil tupperware. Selalu kita buat isi makanan. Di panggil balang pun sedap gak apa!


Dan lagi...

Kereta terhumban ke dalam perigi sedalam 60m di Arab Saudi








Peluru meriam ditelan pokok

Tak tau lah apa benda sebenarnya. Tapi anggap sajalah peluru meriam.



hahaha, admin pernah buat kat satu pokok kat sekolah dulu guna batu sebab tengok ranting pokok tu tumbuh sambil lilit ranting yang lain. Saja nak buat ekperimen nak tunjuk kat anak cucu dan generasi seterusnya. Tapi sayang, batu tu da pecah. Walau apa pun serpihan batu yang agak besar masih tertinggal dalam pokok dan terbenam dalam lilitan ranting (sekarang dah jadi balak). 

Jun 13, 2012

Mangsa keadaan

Seorang wanita mengalami kecederaan parah di kepala dan mati sejurus dihantar ke hospital apabila satu objek terbang dari lori yang datang dari arah bertentangan dan terkena cermin depan kereta beliau.

Minta simpang jauh dari menjadi mangsa keadaan macam ni.


Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...