Dec 23, 2012

Kaki pau kena buli

detik-detik kaki pau yang cuba memeras ugut pemandu lori untuk menyerahkan segala wang akhirnya membawa padah. Tindakan pemandu lori menghubungi lori-lori berdekatan yang lain menerusi panggilan radio membuatkan kaki pau tersebut berada dalam perangkap sendiri.

Kaki pau tersebut dikepung oleh sekumpulan lori dan lebih malang apabila kereta pemilik kaki pau tersebut diterbalikan oleh sekumpulan pemandu lori.

Sepakat membawa berkat.

Dec 2, 2012

Penawar mujarab kanser ditemui, malangnya tidak mendapat sambutan kerana...

Penawar kanser yang paling mujarab ditemui sekumpulan saintis di Kanada, tetapi malangnya penawar tersebut tidak mendapat sambutan kerana tidak membawa sebarang keuntungan kerana rawatannya terlalu amat murah.

Dari mana ahli farmasi, pakar perubatan dan pusat kesihatan mahu mendapat keuntungan jika penawar tersebut menjadi akan menjadi nadi utama untuk menyembuh penyakit kanser.

Jika sebelum ini mereka perlu membayar dan mendapat rawatan dari pakar dengan menggunakan pelbagai peralatan perubatan yang canggih dan moden, pelbagai jenis ubat, rawatan yang rumit. Sudah tentu kaedah ini secara langsung menawarkan rezeki kepada alhi farmasi, jururawat dan doktor.

Dengan penawar terbaru ini, pesakit tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapat rawatan, malah hanya sedikit prosedur rawatan dan terus sembuh dari kanser tersebut. Jika pesakit hanya dirawat semudah itu, mana mau cari makan ma...

Hmmm mencari keuntungan di atas penderitaan orang lain. Aduh!


Nov 25, 2012

Rakaman diperlahankan 1 trillion kali, boleh nampak partikel cahaya bergerak.

Menakjubkan.

Biasanya kita pernah lihat video sebuah peluru yang dirakam dan diperlahankan sebanyak 2000 kali. Amat jelas kelihatan sebutir peluru yang menembusi objek yang dituju.

Cuba bayangkan sesuatu rakaman diperlahankan sebanyak 1 trillion kali. Nah, susah nak percaya bahawa kita sedang melihat cahaya yang bergerak versi super duper slow.


sumber: http://web.media.mit.edu/~raskar//trillionfps/

Nov 8, 2012

Apple bakal keluarkan gadjet kameranya sendiri


  1. Nampaknya ada sebuah muslihat di sebalik beberapa pelancaran produk terbaru Apple sejak kebelakangan ini.
  2. Terbaru (Nov 2012) pelancaran iPad mini, iPhone 5, iMac, Macbook pro dengan skrin beresolusi tinggi, iPod dan juga rekabentuk terbaru earPods.
  3. Sedarkah sejak kebelakangan ini ada sedikit penekanan pada satu hardware disetiap produk terbaru yang dilancarkan.
  4. Sudah tentu mengenai kamera.
  5. Kamera yang direka khusus dan menjadi kebanggaan oleh jurutera Apple dan dinamakan sebagai iSight.
  6. Memiliki ciri-ciri yang hampir menyamai kualiti sebuah kamera profesional.
  7. Atas pengalaman sendiri menggunakan iSight, ternyata tidak akan menghampakan dan mencetuskan perasaan iri kepada pemilik kamera sebenar. Contoh gambar dari iSight iPad terbaru:-
(gambar ada di bawah sekali)

  1. Sudah tentu perasaan tidak percaya ianya diambil dari kamera sebuah gadget mudahalih.
  2. iSight kamera tersedia dalam dua gadget Apple iaitu iPhone dan iPad (terkini). Muslihat menonjol di sini.
  3. iSight dipasang pada gadget mudahalih.
  4. Hampir pasti iSight akan menjadi sebuah gadgetnya tersendiri iaitu sebuah kamera digital yang memiliki ciri-ciri yang bakal mencetuskan perubahan inovasi setiap kamera seluruh dunia.
  5. Semestinya rekabentuknya dipadankan dengan aluminium dan lebih mobiliti.
  6. Dilengkapi dengan skrin sesentuh beresolusi tinggi (retina display).
  7. Bateri terbina di dalam dan jangka hayat lebih lama. Aplikasi dari inovasi Macbook, iPad, iPod, dan iPhone.
  8. Mempunyai prosessor sendiri yang lebih pantas dan menyokong beberapa fungsi digital yang tidak pernah digunakan pada mana-mana produk kamera sebelum ini.
  9. Aplikasi daripada binaan butang iPod, iPhone, Apple remote control dan iPhone yang ringkas tetapi mampu melakukan pelbagai fungsi akan digunakan pada iSight ini.
  10. Sama seperti Apple TV, iPod, iPad dan iPhone, iSight juga disokong dengan sistem iOS.
  11. Sistem iOS akan membawa produk iSight ini memuat turun beberapa aplikasi foto dari Apple Store, menyokong wifi, iCloud, GPS, gyroscope, dan sebagainya.
  12. Cuba untuk bersaing dengan produk DSLR kerana mempunyai masalah darisegi mudah alih. Namun berkemungkinan tidak akan mampu untuk bersaing darisegi profesional.
  13. Meletakkan target untuk berada di antara kamera kompak biasa dan DSLR. Namun akan mencetuskan fenomena terbaru pada gadget kamera dunia.
  14. Ada banyak lagi kebarangkalian yang hampir pasti Apple akan mengeluarkan sebuah gadget terbaru khusus untuk kamera.
  15. Perkara yang tersangat hampir pasti adalah:-
  • binaan keseluruhan daripada unibody aluminium.
  • skrin sesentuh dan retina display
  • bateri binaan dalam
  • butang yang ringkas tetapi memiliki pelbagai fungsi.
  • berfungsi dengan sistem iOS untuk mengakses wifi, Apple Store, iCloud, GPS dan sebagainya.
  • automatic sleep/wake-up sama seperti pada iPad.
  • memori terbina dalam. 
Jadi, apa mustahil lagi untuk Apple mengeluarkan produk kameranya.
  1. Cuma persoalan sekarang mengenai zoom. Adakah Apple akan mencipta satu lagi anjakan paradigma pada zoom.
  2. Berapa megapixel, paling tinggi setakat sekarang adalah 8MP, sedangkan produk kamera kali hampir melangkau 20MP ke atas. 
  3. Memori terbina dalam sahaja atau akan ditambah dengan slot memori tambahan.
Segalanya hanyalah ramalan. Namun adakah ramalan ini mustahil?

update: nampaknya Samsung terlebih dahulu mengeluarkan gadget kamera pintar. Apple masih dengan sikapnya "lewat tetapi hebat"

Oct 19, 2012

Sejauh mana keberanian kita berbanding dengan lelaki ini?


Gila lah laki ni. Sikit tak gerun, sikit tak takut, sikit tak terkejut.
Kita yang tengok pun terkencing.
Macam mana nak jadi macam dia. Kering hati perut. 
Ini kena menyalak ngan anjing pun da panik.

Oct 12, 2012

Tanpa rasa bersalah, seorang nenek penyebab puluhan lain dalam bahaya.

Selamber rock je nenek ni, tanpa rasa bersalah langsung hingga nyawa orang lain dalam bahaya. Melintas di jalan yang sibuk. Walau bahaya tetapi nenek ni masih dapat melintas dengan selamat. Nak maki orang ada tempatnya. Jadi inilah tempatnya untuk memaki hamun orang tua. Hahaha. Minta maaf.

 

Oct 8, 2012

tragisnya kepala ahli parkour menghempap lantai

Di sini ada dua video kemalangan parkour. Satunya berdasarkan topik post dan satu lagi seorang ahli parkour yang terjerumus (sesuai ka ayat ni) kedalam bangunan ketika melompat ke arah siling yang lembut.

Bagi yang sanggup menyaksikan aksi ini, silakan klik play.




Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...