May 27, 2011

Masa itu money!!!

"Time is money", suatu peribahasa yang begitu praktikal untuk apa yang digambarkan di bawah. Jika kita mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masa, maka ia akan lebih berharga dari wang. Jika tidak akibatnya seperti ini. 



 Urm... mana nak dapt yek jam ni. nak cari satu!!!

May 14, 2011

Internet laju gila, teknologi fiber-optik.

Pengalaman melayari internet berkelajuan tinggi iaitu melebihi 20Mb/s sangat mengujakan. Proses download dan upload berlipat ganda. Tiada lagi istilah menunggu apabila melayari video-video dalam youtube berdefinisi tinggi 720p. Apatah lagi mendownload file, software, filem dsb.



Ini adalah jaringan internet berkelajuan tinggi aplikasi daripada teknologi gentian optik yang terdapat di kampus kami dan juga di kampus-kampus universiti lain. Dikatakan UTM mempunyai rangkaian jaringan internet terpantas di Malaysia setakat ini iaitu 40Mb/s (maaf kalau silap). Perkara yang sama seperti yang diiklankan oleh Streamyx iaitu Unifi. Tetapi rangkaian Unifi masih belum meluas seperti rangkaian kabel biasa. Nantikan kedatangan Unifi di tempat-tempat anda. Bila? tak tahu...



May 5, 2011

Mereka terpantas di dunia.

Mereka hebat dengan gaya mereka sendiri, 
Mereka hebat dengan diri mereka sendiri,
Mencipta kelainan dari rutin kebiasaan manusia,


Water for Elephants

Apr 28, 2011

Bas setaraf pesawat kelas satu.

Kali ini entry mengenai interior sebuah bas yang setaraf kelas satu sebuah pesawat.

Jika lihat gambar bawah, sudah tentu tergambar betapa mewahnya bas ini dengan seat 1+1, yang boleh recline secara menggelongsor seperti kerusi pesawat Malaysia Airline business class. Tapi tidaklah boleh recline sehingga 180' seperti pesawat kelas bisnes. Interior mewah bas di bawah dapat ditemui dibeberapa pengusaha bas Malaysia dan Singapura terutamanya Transtar (Malaysia-Singapura), My Platinum Star Coach, dan lain-lain.


Itu belum cukup mewah lagi kerana ada operator lain menyajikan keselesaan yang optimum kepada penumpangnya. Akan tetapi setakat sekarang (April 2011) belum ada lagi mana-mana operator yang menyajikan interior mewah seperti gambar di bawah dalam kelas perkhidmatan ekspres di negara ini. Namun tidak mustahil. Gambar-gambar di bawah adalah beberapa koleksi dari sebuah syarikat bas yang beroperasi di Jepun iaitu Willer Express.





Apa yang boleh digambarkan dengan layout di atas?




Tak dapat dibayangkan bas dengan livery yang ringkas menyajikan sebuah pengalaman berbeza.



 Interiornya.



Jadi, adakah rasa sangat berpuas hati dengan tambang yang sangat mahal itu?


Bukan itu sahaja...
Terdapat beberapa kelas mengikut citarasa penumpang nak pilih yang mana. Yang atas adalah kelas Cocoon.

kelas Executive. 

Relax dan sebagainya... Maaf , tak dapat nak upload gambar. Untuk lebih lanjut sila layari http://travel.willer.co.jp/seat/index.html


note: yang kelas Cocoon, seorang sahabat Bksempoi ada cakap, kalau eksiden dan mati, seat tu boleh buat jadi keranda...siapa nak naik bas ni?


Apr 22, 2011

Ayat sempoi

A
Boleh tak jangan jaga tepi kain orang lain boleh.
Diri sendiri tak betul, nak ajar orang,
cermin diri ko tu dulu,
Dosa sendiri-sendiri,
Kubur masing-masing,
Kenapa ko nak sibuk,
Suka hati aku la,
Bla bla bla... 

B
Yela,
 Dosa sendiri-sendiri,
Kubur masing-masing, 
Tapi ingat,
Kubur bukannya ko boleh masuk sendiri,
Jasad ko orang lain tolong mandikan,
Kain kapan orang lain tolong pakaikan,
Ko dah tak boleh sembahyang sendiri-sendiri, 
Orang lain juga yang sembahyangkan, tapi itu pun takde rukuk dan sujud.
Ada kau kisah semua tu?

Bayi disambar helang!!!

Berikut adalah babak dimana seorang kanak-kanak yang masih merangkak yang disambar seekor burung helang. Gambar tersebut menjadi sebuah isu hangat di salah satu forum negara China. 

Namun belum dapat ditentukan kesahihan gambar ini samada ianya benar atau palsu. 

Diharapkan agar gambar ini adalah rekaan semata-mata.



Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...