Jul 11, 2013

Coca Cola Malaysia hilangkan 5ml setiap tin.

Ada beberapa koleksi tin minuman Coca Cola dari pelbagai negara. Setelah dibuat perbandingan, isipadu tin minuman dari Malaysia nampaknya kurang 5ml iatu 325ml per 330ml daripada versi-versi dari negara lain. 

Berapa sangatlah kan 5ml tu, tapi jika dipukalkan, berapa banyak untung yang diorg dapat.



Algeria

Vietnam


South Africa


Mar 31, 2013

Pudu Sentral, indah khabar dari rupa!

Rawat sebelum parah.

Masyarakat pernah dihebahkan akan keindahan dan kecanggihan terminal bas Pudu yang dikenali sebagai Pudu Sentral tatkala proses pengubahsuai besar besaran pernah dilakukan baru-baru ini untuk menjadinya setanding dengan terminal lapangan terbang.

Namun hakikatnya indah khabar dari rupa. Memang benar Pudu Sentral ini hampir setaraf dengan terminal lapangan terbang. Tetapi sayangnya kurang pengisian untuk mengekalkan dan menambahbaik  keindahan Pudu Sentral.

Hasil tinjauan mendapati terminal bas ini tidak diselenggara dengan rapi, karpet yang kotor, dinding yang dicat dengan cat yang murah, papan tanda yang sudah pecah tidak diperbaiki, kerusi yang patah diletakkan di tempat awam, bumbung yang bocor dan banyak lagi kecacatan jika hendak dibandingkan dengan seperti apa yang dihebahkan kepada masyarakat.

Pihak berkenaan harus bertindak, ini adalah imej. Sebuah terminal yang menjadi nadi untuk perjalanan ke Utara tidak patut dipandang remeh sebegini.

Rawat Pudu Sentral sebelum parah.

karpet yang kotor


ini yang paling tak patut dibiarkan

semua orang nampak kan

cat murah

sinki yang berdaki

Feb 23, 2013

Koleksi video prihatin jalanan

Rasanya dah cantik kot kalau letak ayat prihatin jalanan.

Sini ada terjumpa satu video yang agak unik dari kebiasaan yang ditonton daripada video rakaman jalan raya. yang selalunya berkisahkan kemalangan jalan raya. Tapi kali ini agak berlainan kerana ia berkisar tentang keprihatinan jalanan yang di rakam sekitar Russia.

China take notes about this!

Gambar terkini Jambatan Kedua Pulau Pinang (6/2/2013)

gambar diambil dalam mood panorama iphone 5.

gambar yang pernah dipaparkan dalam laman sosial ohmedia.


status pada 6/2/2013

jauh nun disana, hinggakan tidak nampak daratan di sebelah Batu Kawan

Majlis sempena sambungan terakhir jambatan sekali gus bergelar jambatan terpanjang di Asia Tenggara

Dapat liputan media antarabangsa. tak dapat pasti samada Discovery Channel atau National Geographic


antasa sebahagian barisan Engineer yang terlibat dalam pembinaan jambatan ini. Lebih dibanggakan majoriti mereka adalah jurutera muda. Bukti bahawa jurutera kita mampu bersaing dengan jurutera luar.

Dibina berbengkok atas faktor aerodinamik. Terdapat empat lengkungan sepanjang jambatan.

Tiba-tiba kena jadi supervisor belon untuk majlis ni. 


qoute of today

"To tackle the problem, you must understand the problem"
lecture from Dr. Mahathir

Dec 23, 2012

Kaki pau kena buli

detik-detik kaki pau yang cuba memeras ugut pemandu lori untuk menyerahkan segala wang akhirnya membawa padah. Tindakan pemandu lori menghubungi lori-lori berdekatan yang lain menerusi panggilan radio membuatkan kaki pau tersebut berada dalam perangkap sendiri.

Kaki pau tersebut dikepung oleh sekumpulan lori dan lebih malang apabila kereta pemilik kaki pau tersebut diterbalikan oleh sekumpulan pemandu lori.

Sepakat membawa berkat.

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...