Apr 28, 2011

Bas setaraf pesawat kelas satu.

Kali ini entry mengenai interior sebuah bas yang setaraf kelas satu sebuah pesawat.

Jika lihat gambar bawah, sudah tentu tergambar betapa mewahnya bas ini dengan seat 1+1, yang boleh recline secara menggelongsor seperti kerusi pesawat Malaysia Airline business class. Tapi tidaklah boleh recline sehingga 180' seperti pesawat kelas bisnes. Interior mewah bas di bawah dapat ditemui dibeberapa pengusaha bas Malaysia dan Singapura terutamanya Transtar (Malaysia-Singapura), My Platinum Star Coach, dan lain-lain.


Itu belum cukup mewah lagi kerana ada operator lain menyajikan keselesaan yang optimum kepada penumpangnya. Akan tetapi setakat sekarang (April 2011) belum ada lagi mana-mana operator yang menyajikan interior mewah seperti gambar di bawah dalam kelas perkhidmatan ekspres di negara ini. Namun tidak mustahil. Gambar-gambar di bawah adalah beberapa koleksi dari sebuah syarikat bas yang beroperasi di Jepun iaitu Willer Express.





Apa yang boleh digambarkan dengan layout di atas?




Tak dapat dibayangkan bas dengan livery yang ringkas menyajikan sebuah pengalaman berbeza.



 Interiornya.



Jadi, adakah rasa sangat berpuas hati dengan tambang yang sangat mahal itu?


Bukan itu sahaja...
Terdapat beberapa kelas mengikut citarasa penumpang nak pilih yang mana. Yang atas adalah kelas Cocoon.

kelas Executive. 

Relax dan sebagainya... Maaf , tak dapat nak upload gambar. Untuk lebih lanjut sila layari http://travel.willer.co.jp/seat/index.html


note: yang kelas Cocoon, seorang sahabat Bksempoi ada cakap, kalau eksiden dan mati, seat tu boleh buat jadi keranda...siapa nak naik bas ni?


4 comments:

dindingkosong said...

yang bab keranda tu yg tak tahan...huhu

BillyNain said...

fuyoo..ini japan kan?

bksempoi said...

yup, jepun punya bas...

mayamasturahahmad said...

kalau macam ni punya stailo , tak payah susah susah sewa hotel . tido dalam bas pun boleh :P

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...