Oct 25, 2010

Kereta api berDARAH!!!

Lihatlah kejadian sebenar sebuah kereta api berdarah selepas tergelincir dari landasan di Wind River Canyon, USA pada 12 May 2010.





Dilaporkan kesemua krew kereta api ini selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat keluar dan berenang menyelamatkan diri sebaik tergelincir. Darah itu sebenarnya bahan api dan hitam itu adalah minyak pelincir kereta api tersebut. 

sumber: CargoLaw.com

Oct 21, 2010

Bangunan Warisan Merdeka: duit siapa?

Agak-agak bangunan ni berada dimana? 100 tingkat tu berapa meter? Rahsia kah?
Ramai yang heboh dan kecoh pasal perancangan pembinaan bangunan 100 tingkat ni. Tidak kurang juga pada yang menyokong. Bagi Bksempoi, selagi mana tidak membebankan rakyat, tidak menyusahkan rakyat, bajet universiti tidak di potong-potong, dll selagi itu Bksempoi berada ditengah-tengah. Mengambil pandangan positif dan negatif. Adakah kita seorang yang sangat berilmu untuk berada di sebelah pihak? waimma menyokong atau membangkang!

Ramai yang mengkritik, RM5 billion itu lebih baik bagi kepada rakyat. Bagi Bksempoi jangan bagi duit begitu sahaja kepada rakyat. Tetapi berilah mata kail untuk rakyat sendiri menangkap ikan.

Berita Harian 21 Oktober telah menjelaskan bahawa pembinaan bangunan Warisan Merdeka sebenarnya tidak menggunakan duit kerajaan. Sebenarnya menggunakan dana dari Permodalan Nasional Berhad sendiri dan bukan juga dari wang pelaburan orang ramai.

Kalau begitu, kenapa Perdana Menteri mengumumkan projek itu dalam Pembentangan Bajet 2011? Adakah PM hanya sekadar ingin memberi tahu akan pembangunan itu? Jika begitu, kenapa PM tidak menjelaskan lebih lanjut kerana rakyat? Ramai yang salah anggap. Ini telah menimbulkan pelbagai perspektif yang mengelirukan orang ramai. Orang hanya lebih nampak kesalahan daripada kebaikan. Itu adalah fitrah manusia sekarang. Walau apapun, Bksempoi kena membaca kembali perkara-perkara dalam bajet 2011. Dapatkanlah buku bajet belanjawan negara di mana-mana Pejabat Penerangan Malaysia yang terdekat.

Untuk pembangunan projek ini, diharapkan klien akan menggunakan tenaga tempatan semaksimum mungkin bagi melahirkan sifat patriotik dari dasar bangunan ini. Laburkanlah projek tersebut dalam negara semaksima yang mungkin. Penganggur dari desa dapat bekerja dalam projek ini, peniaga kecil kedai makan mendapat kontrak menyediakan makanan kepada pekerja. Kontraktor-kontraktor kecil mendapat hak dalam pembangunan ini. Dengan cara ini, 5 billion bukan pembaziran selagi mana ianya tidak keluar negara. Secara tidak langsung akan mengayakan rakyat yang lain.

  • ok juga la adanya bangunan ni. Sebab memang tidak dapat nak elak dan terimalah hakikat bahawa benarlah apa yang dikatakan oleh nabi Muhammad swt. 
  • lagipun ada juga backup, sebab rasa tak sedap hatilah lepas tengok Megastructure NG, pasal KLCC. Dia cakap KLCC dbina di sebelah curam batu kapur yang rapuh. Bangunannya ok, tapi asasnya itu. 

Oct 19, 2010

Promosi: Air F&N botol besar = RM0.89

Tengoklah iklan ni. Macam mana nak dinafikan lagi. Air F&N botol besar harganya tidak sampai seringgit. Memang murah. Murah masa sekarang la. Masa dulu sebelum inflasi kira munasabah la. Teringat masa kecil, 50 sen cukup bermakna.


mana nak dapat oi.. air botol besar dengan harga tu sekarang. Tisu yang kecil pun dah 20 sen. Hankyu Jaya pun dah tinggal kenangan. Bebudak sekarang pun dah tak kenal Hankyu Jaya.

Piano yang bercakap

Piano bukan sahaja berfungsi untuk mengalunkan muzik, malah aplikasi dari sifat piano itu sendiri membolehkan piano bercakap. Ya, bercakap dengan bunyinya. Ingat boleh alun muzik saja kah? Lihatlah video itu bagaimana piano bercakap.


Trafik menjunam...


Kesibukan sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kepada trafik Bksempoi. Merajuk la kot agaknya. Tuannya tak menjengok. Apa kan dayanya, terpaksa la terima hakikat semakin hari hari trafik semakin berkurang. Tidak ada blog walking, tidak ada blog komen, tidak ada kemaskini. Nampak macam teruk sangat, terpaksa la tinggal sekejap hal lain, kesian kat Bksempoi ni. Nak update apa yek? Update yang ini jelah. Sabar ye Bksempoi, ayah kena kerja luar, seminggu ni ayah sibuk sikit. Jangan nakal-nakal tau. Nanti ayah bawa hadiah BE kat Bksempoi ye. Sayang Bksempoi...hehehe..mengada...

Oct 16, 2010

Keluarga yang terancang

Jika dilihat dari fizikalnya, tidak ada sebarang perbezaan dengan pasangan berkeluarga yang lain. Mereka bukan golongan bangsawan, hartawan bahkan jutawan. Mereka bukan golongan artis popular. Hanya sekadar sepasang suami isteri yang mempunyai tiga anak.

Namun disebalik kebahagian keluarga ini. Tersirat satu keistimewaan terdapat pada ketiga-tiga anak pasangan ini. Tarikh lahir ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini cukup unik dan lain dari yang lain. 

Tarikh lahir ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini adalah pada 08/08/08, 09/09/09 dan 10/10/10. Memang unik. Begitu sukar untuk mendapat sesuatu yang diluar jangka serentak dan berturut-turut. Dan merancang untuk seorang lagi cahaya mata pada 11/11/11. 

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...