Jun 28, 2011

Penjimatan yang akhirnya membawa kepada 'membunuh'

Tidak semestinya sesuatu yang dibelanjakan itu besar adalah pembaziran. Ya, jimat cermat amalan mulia. Akan tetapi jangan terlalu berjimat atau dalam erti kata kedekut.

Masyarakat kita lebih menjerumus pemikiran ke arah menampakan segala hal itu adalah negatif. Segala yang dibelanjakan itu pembaziran. Walhal pelaburan hari ini akan menjamin masa depan.

Barang mahal mesti berkualiti. Yang murah itu akan menjadi mahal secara tidak langsung dari segi kos penyelenggaraan dan sebagainya. Mudah rosak tidak tahan lama. Perlu diganti walhal perkara tersebut hanya pelu dilaksana hanya sekali.

Berbalik pada video di bawah. Kejadian ini berlaku di Mesir di mana sebuah bangunan tinggal terpaksa dirobohkan. Untuk menjimatkan kos, sudah tentu menggunakan jentera pemecah konkrit amat menjimatkan berlibat kali ganda daripada menggunakan teknik letupan. Teknik letupan walaupun pantas, cepat dan selamat. Namun kos perkhidmatannya terlalu mahal menyebabkan pihak yang terbabit mengambil langkah yang paling jimat. Akibatnya, tidak semena nyawa seorang pekerja melayang. Ia bertambah menjadi mahal. Terpaksa menanggung insuran nyawa dan pampasan kepada keluarga mangsa.

Jun 27, 2011

Menyelamat budak yang terperangkap dalam lubang jamban.

Seringkali kita dengar kebanyakan kes mangsa terperangkap dalam lubang jamban akibat tergelicir. Kebanyakan mangsa gagal mengeluarkan kaki mereka yang tersangkut dan memaksa anggota penyelamat memecah keseluruhan struktur  jamban tersebut bagi mengeluarkan kaki mangsa. 

Bagi kisah di bawah, kejadian ini berlaku di Iran dimana seorang budak kecil tergelincir ke dalam jamban mengakibatkan kakinya tersangkut dalam saluran berkenaan. Tidak ada cara lain selain memecah keseluruhan jamban tersebut untuk mengeluarkan kaki mangsa. Anggota penyelamat terpaksa mengeluar bersama saluran tersebut yang masih terlekat pada kaki mangsa dan terpaksa memotong saluran paip tersebut bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

Bagi anda di luar sana, sentiasa berhati-hati. Sentiasa pastikan lantai tandas tidak licin. Parkit memolek semasa lepas hajat. Apa yang pasti semua tempat adalah bahaya, cuma kita perlu berhati-hati.

Jun 17, 2011

Pesawat lebih muatan yang dipandu oleh pilot yang tidak berpengalaman.

Berikut adalah rakaman amatur memaparkan bagaimana sebuah pesawat ringan yang lebih muatan berlepas. Diberitakan bahawa hanya seorang juruterbang sahaja yang selamat dalam kecelakaan ini manakala yang lain mati ketika sejurus menerima rawatan dihospital. Juruterbang tersebut dikatakan tidak berpengalaman mengendali pesawat ringan jenis demikian dengan hanya berbekalkan 68 jam penerbangan.


Arnah ajaib

Saper yang perasan, apa yang tak kena dengan arnab ni.






Perasan tak..


tengok sekali lagi...


jumpa tak...






ya betul, arnab tanpa telinga.

Jun 12, 2011

Besi buruk pesawat MAS

gambar ini diambil dari forum skypercity.com. Tidak dimaklumkan di mana pesawat ini dilonggokan, tahun bila pesawat ini dibina. Hanya memaparkan gambar sahaja. 




itu pasal pesawat yang dibakul sampahkan, tapi yang bawah ni agak istimewa...


apalah sangat hanya ekor pesawat!
seiteGEUC1.jpg

tapi sebenarnya ia adalah ekor pesawat baru MAS Airbus A380. yang sekarang dalam proses pencantuman. Nantikan kemunculan pesawat baru A380 Malaysia Airlines tidak lama lagi.

Jun 11, 2011

Wanita paling seronok di dunia

Barangkali beliau adalah seorang wanita paling seronok di dunia setakat ini, pada pandangan sosial.


Bksempoi cuba untuk mendapatkan fakta tentang majlis ini, tetapi masih belum ditemui. Kepada sesiapa yang mempunyai fakta tentang majlis ini. Bolehlah dikongsi bersama.



Jun 8, 2011

Euw, apa tu!!!

Buka mata, pasang telinga, tutup mulut, simpan dihati.

Tengoklah sendiri...

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...