Mar 31, 2013

Pudu Sentral, indah khabar dari rupa!

Rawat sebelum parah.

Masyarakat pernah dihebahkan akan keindahan dan kecanggihan terminal bas Pudu yang dikenali sebagai Pudu Sentral tatkala proses pengubahsuai besar besaran pernah dilakukan baru-baru ini untuk menjadinya setanding dengan terminal lapangan terbang.

Namun hakikatnya indah khabar dari rupa. Memang benar Pudu Sentral ini hampir setaraf dengan terminal lapangan terbang. Tetapi sayangnya kurang pengisian untuk mengekalkan dan menambahbaik  keindahan Pudu Sentral.

Hasil tinjauan mendapati terminal bas ini tidak diselenggara dengan rapi, karpet yang kotor, dinding yang dicat dengan cat yang murah, papan tanda yang sudah pecah tidak diperbaiki, kerusi yang patah diletakkan di tempat awam, bumbung yang bocor dan banyak lagi kecacatan jika hendak dibandingkan dengan seperti apa yang dihebahkan kepada masyarakat.

Pihak berkenaan harus bertindak, ini adalah imej. Sebuah terminal yang menjadi nadi untuk perjalanan ke Utara tidak patut dipandang remeh sebegini.

Rawat Pudu Sentral sebelum parah.

karpet yang kotor


ini yang paling tak patut dibiarkan

semua orang nampak kan

cat murah

sinki yang berdaki

1 comment:

Anonymous said...

disebabkan tidak prihatin sikap masyarakat yg mengunakan pudu itu sendiri. maksud saya pekerja2 bas pudu, orang asing (nepal, mymr, indon, dan lain),
.. kebanyakkan mereka tak kisah kencing merata2 .. putung rokok buang merata2..dinding penuh kotor dengan lumpur dan mcm2 lagi.. contoh terbaik.. pergilah tgk tandas .. x kisah la tandas lelaki atau perempuan ,..tgk cara mereka2 menggunakan tandas..

kadang2 rasa tak selamat berada di PUDU.. lambakkan mereka melebihi masyarat malaysia..

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...