Aug 28, 2010

Tanda Kedatangan Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik  daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1- 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali  anda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara. 

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk  memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh."

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-


Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;

Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;

Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;

Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);

Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;

Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;

Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan 

Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:

Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;

Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;

Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan

Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Aug 23, 2010

Siapa Yahudi? dan Siapa Orang Islam?

UTUSAN MALAYSIA, BERITA UTAMA
14/01/2009


Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?
SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Tsunami 26 Dis 04: Iktibar besar dari kisah yang kerdil

Kisah ini saya dapat dari kawan saya yang masih disimpan dan rasanaya perlu ditayang untuk pengetahuan umum.

Namun sumber tidak dapat dinyatakan kerana file ini berpindah dari tangan ke tangan lain.

Ikutilah kisah berikut:

.............................................................................................................

Kisah 1: 
Seorang murid perempuan berumur 10 tahun pada semester lalu telah diajar mengenai gempa-gempa bumi dan bagaimana gempa bumi boleh menyebabkan tsunami atau ombak pasang surut. Dan ketika dia sedang berdiri di atas pantai, menyaksikan sesuatu yang luar biasa berlaku kepada air laut di mana air surut secara tiba-tiba, dia dapat merasakan bahawa tsunami akan melanda tidak lama lagi. Maka dia dengan segera memberitahu ibunya. 

Gadis kecil Inggeris itu tidak pernah terfikir bahawa pelajaran yang diperolehinya di dalam bilik darjah telah menyelamatkan nyawanya, dan juga ahli keluarganya serta beratus-ratus orang lain yang menginap di sebuah hotel di satu pantai di Phuket. 

Kejadian itu telah dilaporkan di dalam The Sun di Britain, dan gadis kecil tersebut seterusnya telah digelar "malaikat kecil dari pantai". 


Kisah 2: 
"Jika air laut surut dengan cepat, jumlah air yang sama akan tampil kembali dengan mengejut"

Ini merupakan satu ajaran turun-temurun di kalangan â€oegipsi laut” yang menghuni sebuah pulau di selatan Thailand. Dan disebabkan beliau telah diingatkan dengan ajaran beratus-ratus tahun ini, ketua kampung berusia 65 tahun telah membawa 181 orang penduduk pulau melarikan diri ke sebuah bukit yang lebih jauh ke daratan, dan terselamat dari bencana tersebut.

Kejadian ini dilaporkan di dalam akhbar The Nation. Laporan itu juga menyebut, bagi para penduduk kampung, laut adalah pemaaf dan tidak akan membahayakan seseorang dengan sengaja. Namun begitu, para penduduk kampung tersebut juga perlu memahami amarah laut, dan mengetahui bila mereka boleh bekerja di laut dan bila mereka perlu menjauhkan diri. 


Kisah 3:
"Saya terkejut, kerana gajah-gajah tersebut tidak pernah menangis sebegitu sebelum ini"

Menjelang subuh pada 26 Disember, sekawanan gajah yang bertujuan untuk tunggangan para pelancong di Khao Lak di selatan Thailand secara tiba-tiba mengeluarkan bunyi yang kuat dalam keadaan gelisah seolah-olah sedang mengeluh kesakitan. Tidak lama selepas itu, satu gempa bumi kuat melanda Indonesia. Selepas satu jam, gajah-gajah mula meratap kembali dan enggan mematuhi arahan-arahan para penjinak mereka. Mereka meluru dengan sepenuh tenaga ke arah bukit-bukit. Tidak lama kemudian, tsunami menyerang. Pada saat genting itu, sesetengah pelancong berjaya melompat ke atas gajah-gajah dan membiarkan makhluk tersebut membawa mereka ke bukit-bukit berhampiran dengan selamat.

Laporan yang di bawa oleh Reuters menyebut, disebabkan kepekaan naluri haiwan-haiwan kepada persekitaran, gajah-gajah ini telah menyelamatkan nyawa-nyawa sejumlah besar para pelancong. 


Kisah 4: 
"Anehnya, kami tidak menemui satu pun bangkai haiwan. Tiada seekor pun gajah yang mati. Bahkan kami tidak melihat walau seekor pun bangkai arnab.''

Juga dilaporkan oleh Reuters, berita itu menceritakan sementara hampir 22,000 orang telah terbunuh di Sri Lanka setakat 30 Disember, pakar-pakar hidupan liar tempatan terkejut kerana tiada satu pun bangkai haiwan ditemui di kawasan simpanan hidupan liar yang telah dirosakkan oleh tsunami di tenggara Sri Lanka.

Andaian-andaian oleh pakar-pakar hidupan liar: Mungkin haiwan memiliki deria keenam dan mampu meramalkan kedatangan bencana dan lari untuk menyelamatkan diri.

Dibandingkan dengan kisah-kisah lain yang terselamat, barangkali empat kisah di atas sukar untuk menggegarkan perasaan anda. Bagaimanapun, mereka membawa beberapa pengajaran yang luar biasa. 

..........................................
iktibar

Kisah 1 mengajar kita bahawa kita mampu memperolehi pengetahuan dari bilik darjah selagi kita tahu bagaimana untuk menggunakannya secara praktikal, pengetahuan juga dapat menyelamatkan nyawa. 

Kisah 2 memberitahu kita bahawa ajaran yang berusia ratusan tahun pun mampu membantu. Ia merupakan satu pengetahuan yang penting, dan pengetahuan sedemikian mampu melepaskan satu kuasa menakjubkan yang dapat menyelamatkan nyawa. 

Pengetahuan adalah penentu hidup-atau-mati pada saat-saat genting. Pada 26 Disember, ketika tsunami mula melanda di sekitar rantau ini, orang ramai di pantai berkumpul untuk memerhatikan panorama indah tanpa mengetahui bahaya-bahaya yang berkemungkinan. Hanya kerana mereka kekurangan pengetahuan asas mengenai Alam Semulajadi, ramai yang telah terlepas peluang-peluang berharga untuk menyelamatkan diri. 

Kisah 3 dan 4 malahan menawarkan pengajaran-pengajaran yang lebih bernilai untuk kita: wujud faktor-faktor manusia yang tersembunyi di sebalik banyak bencana-bencana yang berlaku. Kita secara cuai memusnahkan persekitaran kita, tetapi apabila alam menyerang kembali; kita telah kehilangan keseluruhan keupayaan naluri mengesan perubahan yang berlaku kepada alam, sehinggakan ratusan juta nyawa-nyawa yang berharga telah dikorbankan. 

Sudah tiba masanya untuk kita mempelajari sedikit iktibar daripada bencana terkini ini, pelajari bagaimana untuk menjadi insan yang lebih merendah diri, bagaimana untuk hidup seiringan dengan Alam Semulajadi, dan menjadi rakan sejati kepada Alam Semulajadi!

How is your IQ?

Below are 4 questions.
You have to answer them instantly. You can't take your time and DON'T LOOK AT THE ANSWERS BEFORE TRYING.

FIRST QUESTION:
Very tricky maths! 

Note: This must be done in your head only.
Do NOT use paper and pencil or a calculator.

Take 1000 and add 40 to it. Now add another 1000. Now
add 30. Add another 1000. Now add 20. Now add another
1000. Now add 10. What is the total? 







Answer : Did you get 5000? The correct answer is actually 4100.
Don't believe it? Check with your calculator!
Today is definitely not your day.



SECOND QUESTION
You are participating in a race. You overtake thesecond person. What position are you in?








Answer: If you answered that you are first, then you
are absolutely wrong! If you overtake the second
person and you take his place, you are  second!

Left your brains at home? 


THIRD QUESTIONIf you overtake the last person, then you are...?







Answer: If you answered that you are second to last,
then you are wrong.
Again. Tell me, how can you overtake the LAST person?!


Intellectual Vomit!



Maybe you will get the last question right?


Mary's father has five daughters: 1. Nana, 2. Nene,
3.Nini, 4. Nono.
What is the name of the fifth?












Answer: Nunu?

NO! Of course not.
Her name is Mary. Read the question again.

 What's wrong with you, my friend??!! 

Cahaya Aneh di Terengganu!!!


Jangan panik!!!

Cahaya ini hanya sinaran spotlight yang dirakam di perkarangan pesta konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu pada 2010.

Saje nak test kamera bertelefon aku...

Aug 22, 2010

Fake is pelesu!!!








































































Dan banyak lagi...


persoalan: adakah orang yang mendapat hasil daripada rekaan dan jualan produk-produk di atas dikira halal?!!!



Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...