Rasai pengalaman seorang angkasawan dan terbang seperti superhero dalam keadaan berat sifar. Tanpa perlu ke angkasa lepas. Cukup sekadar berada di bumi dengan mengaplikasi teori pecutan graviti dimana berat tidak mempengaruhi sepantas mana sesuatu objek itu jatuh. Walau ringan dan berat sesuatu objek yang dilempar dari tempat tinggi, kedua-duanya akan mencecah bumi serentak.
Begitu juga dengan teknik zero-G. peserta akan dibawa menaiki pesawat, mendaki hingga ke suatu ketinggian dan pesawat dibiarkan jatuh bebas sehingga pesawat mencapat suatu tahap selamat untuk balik ke keadaan normal.
semasa inilah pesawat dibiarkan jatuh bebas mengikut pecutan graviti. Peserta di dalam pesawat juga jatuh bersama pecutan graviti. Oleh kerana berat pesawat dan peserta menjadi sifar. Maka peserta di dalam pesawat tersebut akan melayang dan terapung selama beberapa minit.
1 comment:
ini dinamakan antigraviti..keh keh.
selamat sobat..=)
Post a Comment