Ramai yang melihat foto ini dari tahun 1985 dimana dianggap sebagai permulaan dengan apa yang dipanggil sekarang "media globalization", kerana tersiarnya di kaca televisyen seluruh dunia tentang penderitaan Omayra Sanchez's. Terlepas dari semua rakaman yang dirakam di kaca tv mereka, foto ini membangkitkan sebuah kejutan kenyataan dan kemanusiaan dimana tercatat dalam sejarah sebagai siaran pertama dari rasa sakit dan kematian manusia.
Omayra Sanchez, 13, menjadi korban letupan gunung berapi di Novedo del Ruiz pada 1985 yang melanda perkampungan Armero, Colombia. Omayra terperangkap selama tiga hari di bawah lumpur, tanah liat dan air yang tersisa di rumahnya sendiri. Ketika para penyelamat sedaya upaya cuba membantunya, dengan pilunya mereka menyedari tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan kerana untuk mengeluarkan dia dari terperangkap, mereka harus memotong kakinya namun terhalang dengan kurangnya kakitangan penyelamat di tempat kejadian dan menyebabkan dia meninggal.
Menurut para penyelamat dan wartawan yang mengerumuninya, Omayra seorang yang tabah dan kuat hingga ke minit-minit kematiannya. Selama tiga hari penderitaan itu, dia memikirkan kembali ke sekolah, kajian dan rakan-rakannya. Juru foto Frank Fournier telah merantau ke seluruh dunia bersama foto ini dan menimbulkan kontroversi dari seluruh dunia tentang ketidakpedulian kerajaan Colombia sebelum mangsa menjadi korban bencana seperti ini.
Foto ini dikeluarkan beberapa bulan selepas gadis tersebut meninggal dan Frank Fournier telah dianugerahkan "The 1986 World Press Photo Premier Award" untuk foto ini.
No comments:
Post a Comment