Aug 3, 2010

BKSempoi is coming back...


Dah lama tak update blog. Seperti yang dimaklumkan pada post sebelum ini, bksempoi berehat seketika untuk memberi laluan untuk menjalani Latihan Industri. Umum  ketahui bahawa bksempoi menjalani latihan industri di kapal yang amat sukar sekali untuk mendapat talian telefon apatah lagi internet. Segalanya terhad.

Pengalaman di kapal cukup menyeronokkan, apatah lagi ianya pengalam yang pertama. Perkara yang paling menyeronokan sudah tentu dapat pergi ke tempat orang. tapi tak jauh sangat, hanya 3 bulan sekadar diperairan Indonesia sahaja. Walau apa pun dapat juga menjenguk negara orang. Di manakah itu? 

Batam, Indonesia.
Terletak bersebelahan Selat Singapura, jiran terdekat dengan Singapura. Sebuah pulau yang boleh dikatakan sibuk dengan pelancong keluar masuk terutama dari Singapura dengan tujuan utama mereka iaitu membeli belah. Tak tahu nak cakap barang-barang di sana dianggap murah atau mahal. Rasanya lebih kurang walau di dikatakan zon bebas cukai. 

Tapi bksempoi tak la melancong macam pelancong lain. Hanya turun ke darat untuk separuh hari sahaja. Masa selebihnya berada di atas kapal. Apa yang nak diceritakan sebenarnya sekarang pengalaman latihan industri. 



MV Bos Azrina
MV Bos Azrina adalah kapal pertama bksempoi sebagai dek kadet. Perjalanan tidak begitu jauh untuk mencapai pangkat kapten jika berpegang teguh dengan falsafah "Hanya bagi mereka yang cekal sahaja boleh menjadi pelaut"

MV Bos Azrina sebuah kapal "tug and supply" dan dikhususkan untuk kerja-kerja "anchor handling". Dimiliki oleh syarikat bumiputera Malaysia iaitu Bahtera Offshore (M) Sdn. Bhd.


"tak boring ker keje atas kapal?"
Sebuah soalan yang selalu kedengaran apabila bercerita pengalaman hidup atas kapal. Jawapannya : apabila seseorang masuk ke dunia baru, diri tersebut akan berasa selesa selepas hari yang ke-40.

Pada mulanya memang, memang, dan memang. Kapal diibarat sebuah mesin masa. 5 minit terasa bagaikan 15 minit. Masa akan menjadi lama apabila seseorang tidak melakukan apa-apa. Penyelesaian, buatlah apa-apa yang patut.

Sosial Hidup 
Sosial hidup di kapal sama seperti sosial hidup di darat.  Cuma pergi balik pergi balik jumpa orang yang sama. Apa yang penting, seseorang perlu bersedia berhadapan dengan komuniti berbeza warganegara. Apa yang bksempoi alami iaitu bekerja dengan warganegara Indonesia dan Filipina. Pada mulanya agak sukar untuk memahami komunikasi sesama sendiri. Maklumla kali pertama bekerja dengan orang luar. Bksempoi akan senaraikan beberapa perkataan yang membuatkan kita keliru dan tak tahu nak buat apa-apa apabila disuruh dengan perkataan tersebut. Speaking dengan warga Filipina juga agak sukar untuk difahami (slang). Tak kurang juga dengan slang Malaysia. Tak tahu la, kadang-kadang kita rasa speaking kita bagus, tapi ada juga yang tidak difahami. Walau apa pun, semuanya dihadapi dengan sempoi jer... "apabila seseorang masuk ke dunia baru, diri tersebut akan berasa selesa selepas hari yan ke-40"

Perkataan yang buat kita keliru:
  • kunci 26 = spanar 26
  • kunci inggeris = adjustable spanner/spanar boleh laras
  • senter = lampu suluh
  • tas = beg
  • palpen = pen
  • alphabet sudah tentu agak berbeza. bunyi A adalah E, Bunyi E adalah I, wea adalah W. etc...
  • perwira = pelaut
  • etc...
Koleksi gambar:


coming back to my beloved Malaysia

1 comment:

Khairul Naim Hashim said...

nice blog,
follow up la blog saye..^^ http://budakapal.blogspot.com/

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...