Oct 31, 2010

Kemalangan ke-8 termahal di dunia.

Metrolink- Los Angeles

Kemalangan yang membabitkan kereta api Los Angeles ini mendapat tempat sebagai kemalangan ke-8 termahal di dunia. Kemalangan ini juga turut mengakibatkan 20 nyawa melayang dan 130 lagi cedera. Dilaporkan bahawa kereta api ini telah melanggar isyarat merah kerana kelalaian operator sendiri yang asyik berSMS. 

Badan penyiasat mengambil masa selama 16 bulan untuk menyiasat kemalangan ini dan menelan belanja sebanyak  $500juta.

Jangan SMS ketika memandu!!!

Oct 29, 2010

Imam Muda: perhatian media antarabangsa.


Berikut adalah beberapa sedutan dari Youtube memaparkan perhatian media antarabangsa ke atas realiti tv Malaysia yang dikatakan lain dari yang lain.

The first ‘Imam Muda’ programme, which ended last week, had received wide coverage by the international media including The Straits Times, Singapore; The Wall Street Journal; Associated Press (AP); British Broadcasting Corporation (BBC); Agence France-Presse (AFP); Reuters and ARD Germany TC. (Jamil Khir, 2010)

TANnetwork-Thailand

CNN

BBC News

Al-Jazeera

Tak pasti

Mosaic News: Dubai TV di minit 24:10

Sukom 98: detik gemilang Malaysia

Mekar dalam kenangan ketika Malaysia jadi tuan rumah sukan ke-2 terbesar iaitu sukan Komanwel 98. Waktu inilah dapat disaksikan suasana sebenar warga Malaysia berbilang kaum. Semua kaum bersatu melahirkan yang terbaik untuk Malaysia. Hasilnya sesuatu kegemilangan membuat negara lain cemburu dengan kita.

Sukom 98 membuat nama Malaysia terpahat di mata dunia. Sebelum ini Malaysia yang sangat sinonim di mata asing adalah sebuah negara hutan walhal gertakan kuat pada pemikiran mereka bahawa Malaysia bukan seperti itu selepas penganjuran terhebat ini.


Seramai 5,040 ahli Persatuan Buddhist Soka Gakkai membuat persembahan kad flip. Ini website mereka



Lagu tema Sukom 98. Rindu lagu yang ke-2 ni.


Langkawi masa hadapan

Hari ini lepak di laman skyscrapercity Malaysia. Laman forum yang menarik untuk sesiapa yang minat akan bangunan dari seluruh dunia dan juga laman perancangan masa depan pembangunan negara.

Sekali sekala nak tengok juga apa perancangan masa depan kampung halaman sendiri, Langkawi. Sedikit sebanyak dapat juga kita tahu suasana masa hadapan kampung halaman kita.

Tengah syok dan layan dengan skyscrapercity, ada satu post beserta imej pembangunan bandar kuah di masa hadapan. Perancangan pembangunan seperti gambar di bawah.
Katanya di pekan Kuah, tapi dimana? Bila diselidik baru perasan ada bentuk bintang di situ, Dah tak ada benda lain dah yang bentuk bintang macam tu di Langkawi melainkan itu adalah Dataran Lang. Jadi, pemandangan waktu senja di Dataran Lang akan berubah selepas pembangunan resort di hadapan burung helang ini. Bila projek akan bermula? Tak tahu!

Teringat zaman dahulu kala. Jalan dari jeti kuah menuju pusat bandar, sepanjang jalan tersebut adalah pantai. Di situlah kami bermandi manda. 

Putrajaya Sebelum dan Selepas (satelite view)

1992

2008
sumber:skyscrapercity

Oct 28, 2010

Oct 27, 2010

Bagaimana menangkap ular sawa: ngerinya!!!









Kemalangan ke-9 termahal di dunia.

Selepas giliran kemalangan ke-10, kini kemalangan ke-9 termahal pula.

Kemalangan antara trak, kereta dan jambatan.
Jika dilihat pada gambar di atas, apalah sangat kemalangan yang membabitkan sebuah trak, kereta dan jambatan. Bukankah sama seperti kemalangan jalan raya yang lain. Tapi kos kerugian daripada kemalangan tersebut diiktiraf sebagai kemalangan ke-9 termahal di dunia iaitu membabitkan kos sejumlah $358juta. Apa yang dibawa oleh trak tersebut hingga membabitkan kerugian beratus juta? Trak tersebut hanya sekadar sebuah lori tangki yang membawa muatan bahan api sahaja.

Wiehltal Bridge di German berlaku satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori dimana tercetus satu kebakaran besar dari bahan api yang dibawa oleh lori tangki tersebut. Letupan besar juga tercetus dari  32,000liter bahan api setelah lori tangki itu jatuh dari jambatan setinggi 30 kaki. Kebakaran itu telah mengakibatkan kerosakan besar pada struktur dalaman jambatan tersebut dan melemahkan kekuatan jambatan untuk menampung beban. 

Kos pembaikan sementara telah membabitkan sebanyak $40juta dan kos membina semula jambatan tersebut menelan belanja sebanyak $318juta.

Api, apabila kecil kawan. Namun bila besar dia adalah lawan.

Ini adalah kamera bertelefon.

Sony Ericsson Satio

Selalu kita dengar telefon berkamera, tapi bagi Bksempoi, ini adalah kamera bertelefon. Memiliki ciri-ciri tidak kurang dengan kamera digital yang lain cuma tidak mempunyai zoom optikal. Dilengkapi dengan xenon flash, memang tepat lah ianya dikatakan kamera bertelefon. 

(komen dari Bksempoi atas pengalaman sendiri dan tidak merujuk dari mana-mana sumber)

Kekuatan:
  • pixel kamera yang besar. Contoh disini...mengaplikasi pixel kamera yang besar.
  • ada GPS
  • ada WiFi
  • ada xenon flash
  • kualiti screen yang tajam dan menarik
  • speaker yang mantap
  • auto fokus kamera. The best
Kelemahan
  • bateri hari-hari ke charge...rasanya majoriti kamera fully touch screen ada masalah yang sama termasuk iphone (iphone4 tak pasti)
  • tidak dilengkapi keypad. bergantung sepenuhnya pada skrin. sms sentiasa kena tgk skrin (hilang deria rasa)
  • video recording tak dilengkapi dengan teknologi HD.
  • dimanakah trade mark Sony: Cybershot...Satio tak ade Cybershot. Penting tu.
  • katanya tak support flash player. Btul juga, kalau layan website guna Satio, flash player x dapat dimainkan. Mungkin RAM rendah.
  • saiz gedabak besar. Xdapat nak sumbat dicelah helmet dan telinga bila org call masa tengah bawa motor.
  • design tak cantik
Bksempoi pernah guna SE K810i, segalanya prefect! Tidak ada sebarang komen dari Bksempoi sendiri. Dari segi kualiti gambar 3.2mp memang terbaik, design yang cantik, dan saiz juga yang berpatutan.

Sedang mengusha N8 dan iPhone4. 

Entry popular


Hari ini Bksempoi dapati ramai yang sedang mencari sesuatu yang mesti kita ketahui. Ramai cuba google "kenapa iklan jam menunjuk pukul 10:10?"


Tujuan Bksempoi membuat blog adalah untuk menyebarkan pengetahuan kepada pembaca disamping berkongsi pengalaman, hujah dan sesuatu yang menarik. 

Dalam link "kenapa imej jam yang diiklankan menunjuk pukul 10:10?" sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada pembaca sekalian. 
Hari ini Bksempoi akan merefresh kembali entry tersebut dan Bksempoi izinkan pembaca mengepost dan sebarkan kepada orang ramai. Kerana itu sebahagian daripada ilmu.

HMY-09: Picture from Satio.

Gambar yang ditampilkan di sini adalah gambar yang paling menarik diambil dengan menggunakan kamera bertelefon Satio. Setelah diedit maka terhasillah sebuah gambar bermutu DSLR. Pixel yang tinggi bagi kamera adalah penting kerana apabila proses memotong (crop) gambar tidak akan terjejas dari segi kualiti kerana memilik saiz yang besar. Objek yang jauh dapat didekatkan seolah-olah menggunakan zoom optikal walau hakikatnya gambar diambil tidak menggunakan sebarang zoom. Maka peluang 12.1mp Satio digunakan sepenuhnya untuk melahirkan kualiti gambar seakan sama dengan DSLR.

Oct 26, 2010

Kemalangan ke-10 termahal di dunia.

Tragedi karamnya kapal mewah Titanic pada 1912 selepas melanggar bongkah ais di perairan Lautan Atlantik dikelaskan sebagai kemalangan ke-10 termahal di dunia. Kemalangan telah mengakibatkan kerugian sebanyak US$ 7 juta (dan nilai kerugian terkini iaitu US$ 150 juta)

Tradegi tersebut telah memberi impak yang besar kepada industri maritim sekarang jika tidak kerana tragedi karamnya RMS Titanic ini, banyak lah kelemahan terdapat sistem pengangkutan air sekarang yang tidak dapat dikesan. Contohnya: bilangan dan keadaan bot penyelamat di kapal, keadaan jaket keselamatan, jaket keselamatan wajib ada lampu dan wisel, dalam kapal harus memiliki kapak untuk kegunaan kecemasan dan sebagainya.


saksikan kemalangan ke-9 termahal di dunia di sini

World's largest roundabout: Putrajaya, Malaysia.

Tanpa disedari bahawa Malaysia juga memiliki roundabout terbesar di dunia. Ramai yang tidak perasan akan kewujudan ini kerana belum didengari dari mana-mana pengiktirafan dan gembar gembur orang ramai. 

Hakikat sebenar dari sumber yang Bksempoi perolehi dari pemandu pelancong Putrajaya sendiri telah mengatakan bahawa ini adalah roundabout terbesar dan mungkin terbesar di dunia kerana belum di iktiraf secara rasmi (2003). Pengunjung juga tidak perasan bahawa laluan yang selalu digunakan itu adalah roundabout terbesar kerana ianya mengelilingi sebuah bukit. 

Memiliki diameter maksimum yang diukur menggunakan google earth iaitu 1.27km dan diameter minimum 0.8km terletak di Presint 1, Putrajaya.
Anda kenal ini?Inilah tempatnya raoundabout itu. Belok kiri ye, jgn ke kanan!


 
 
 
 

Perkara yang buat org marin marah kpd org maritim.

Faktor kecuaian manusia yang sentiasa ingin buat shortcut telah membangkitkan kemarahan dikalangan orang marin, samudera dan pencinta alam dek kerana perbuatan orang maritim.



Gambar di atas adalah sebuah kapal MV Shen Neng 1 yang dilaporkan terkandas di perairan berbatu karang di Great Keppel Island, Australia. Difahamkan faktor kecuaian manusia adalah punca utama kemalangan ini kerana ingin mengambil jalan singkat dan mungkin terlepas pandang akan keadaan dasar lalauan yang ingin dilalui. Difahamkan juga kawasan tersebut adalah kawasan Taman Marin Great Barrier Reef.

Kuning, laluan yang patut dilalui; merah, laluan shortcut

Kejadian tersebut telah memusnahkan salah satu gugusan batu karang terbesar di dunia. Dilaporkan juga pemilik kapal tersebut dikenakan denda sebanyak US$ 1,000,000.00 dan kapten kapal tersebut dikenakan penalti sebanyak US$220,000.00 dan terkini pemilik kapal dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak US$5M dan lebih manakala kapten dipenjara selama tiga tahun.

 

Tumpahan minyak juga berlaku dan dapat dilihat sepanjang tiga kilometer dari kawasan kejadian. 


Apakah yang dapat anda bayangkan dengan keadaan seperti ini.
Kapal tersebut akhirnya dapat ditarik keluar setelah memindah kargonya ke kapal lain. Namun apa yang dapat anda saksikan dengan gambar di atas?

Sebelum (gambar hiasan)

Selepas (gambar sebenar)
sumber: CargoLaw.com

Oct 25, 2010

Sekolah Penerbangan Sempoi

Hari ini kita belajar pasal kapal terbang, harap semua ambil perhatian apa yang Bksempoi hendak ajarkan. Memang kena la dengan tagline Bksempoi, 'picture tells a thousand words'. Maka dengan itu, tengok saja lah gambar ini. Sedikit sebanyak ada juga ilmu yang dapat. Harap terhibur.




Urm... ada sesiapa yang belum faham? Kecil? Tak nampak?... kelik la gambar tersebut...

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...