Oct 13, 2010

Tak baik aibkan si mati


Pesanan masyarakat:

Mungkin kita tidak perasan yang sesuatu kita lakukan itu adalah satu kesilapan. Tragedi kemalangan ngeri 10-10-10 telah membawa satu kejutan dan berita sedih apabila berlaku kemalangan ngeri yang meragut ramai nyawa. Ramai dikalangan pembaca sudah melihat video dan gambar yang diambil secara amatur oleh beberapa individu untuk tujuan dikongsi kepada orang ramai. Ramai yang tidak sedar bahawa itu adalah satu kesilapan yang besar dan telah menyibuk urusan pihak berkuasa. Tidak lupa juga kepada yang post atau memaparkan kisah tragik ini. Tidak salah, tetapi menjadi satu kesilapan apabila menayangkan gambar-gambar atau video si mati yang mati dalam keadaan ngeri.

Ini secara tidak langsung telah mengaibkan jasad si mati tersebut. Walau jasad si mati tersebut dalam keadaan sempurna, sebolehnya elaklah dari mengaibkan jasad tersebut. Biarlah pihak berkuasa yang mengambil gambar tersebut untuk tujuan dan urusan mereka sendiri. Bagi yang amatur tidak ada alasan yang kukuh membolehkan kita memaparkan keadaan ngeri itu.

Cukuplah sekadar mengambil gambar keadaan kenderaan yang remuk tersebut dan jika hendak tayang sekali pun jasad yang mati itu, hendaklah kaburkan gambar tersebut. Sebolehnya elakkan daripada mengaib si mati secara langsung walau untuk tujuan sebagai iktibar kepada yang lain.

Hari ini kita mengaibkan orang lain, mungkin suatu hari nanti orang akan aibkan kita berkali-kali.

Sekian, maaf jika ada terkasar bahasa.

4 comments:

Irnie said...

minta dijauhkan dr keaiban.. aminn..

Kuman Chaos said...

betul juge tuh...
kuman "Darfur.." Entry

toyolkiut said...

tuhan maha adil..
hari ni kita wat kt org..
esok2 giliran kita pula..

Irnie said...

so tunggu je la ek..? buat baik pasti dibalas baik kn..

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...