Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Dec 15, 2010

Hubungan antara planet biru (bumi) dgn facebook!!!

Hubungan Planet Biru (Bumi) dgn Facebook

Inilah hubungan sebenar rangkaian jaringan sosial popular iaitu Facebook secara visual. Rangkaian yang berhubung antara kawan atas kawan, member atas member atau mutual friend. Visual ini direkod pada Disember 2010 dan mungkin akan menjadi lebih cerah dengan jaringan biru di masa hadapan. Mungkin secara kebetulan bumi ini dipanggil planet biru.


Nov 26, 2010

Nuffnang buat kesilapan terbesar.

Hairan tiba-tiba hari ini bila tengok earning minggu ni kurang separuh dari apa yang dilihat semalam. Kemana perginya lagi separuh. Banyak juga tu. Andai kata semalam earning memang tidak dinafikan lagi berjumlah RM100, tiba-tiba petang ni lihat kurang separuh. Ingat nak serang nuffnang dah. Pastu ada emel dari nuffnang.
Berbunyi begini:

Dear Nuffnanger,

Due to a system error, your global CPC earnings for the week of 14th-20th November were duplicated when the earnings were credited yesterday (25th November). You are receiving this email because your account was affected.

We have made the necessary adjustments to our system and you may find that your displayed earnings will be slightly different from the 25th of November due to this.

We apologize for this error and any inconvenience caused to you. Thank you for bearing with us


Nasib baik awal-awal dah minta maaf. Kalau tak, memang akan jadi isu dikalangan blogger la gamaknya. Harap perkara sama tidak terjadi lagi. Kala jadi pun, anggaplah tidak ada apa-apa kesilapan yang berlaku. Harap-harap lepas ni triple pula. Hehehe.

Oct 19, 2010

Trafik menjunam...


Kesibukan sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kepada trafik Bksempoi. Merajuk la kot agaknya. Tuannya tak menjengok. Apa kan dayanya, terpaksa la terima hakikat semakin hari hari trafik semakin berkurang. Tidak ada blog walking, tidak ada blog komen, tidak ada kemaskini. Nampak macam teruk sangat, terpaksa la tinggal sekejap hal lain, kesian kat Bksempoi ni. Nak update apa yek? Update yang ini jelah. Sabar ye Bksempoi, ayah kena kerja luar, seminggu ni ayah sibuk sikit. Jangan nakal-nakal tau. Nanti ayah bawa hadiah BE kat Bksempoi ye. Sayang Bksempoi...hehehe..mengada...

Sep 29, 2010

Nuffnang Marah Lagi!!!


Ha ni saper punya kerja ni. Tadi nuffnang datang mengadu kepada saya, katanya dia ada masalah pasal ramai pengikut dia salah guna peluang. Sekarang saya nak tanya kamu semua. Apa yang kamu sudah lakukan. Dia mengadu pasal ramai ahlinya suka kelik mengelik. Kelik mengelik macam mana saya tanya. Dia jawab kalangan ahlinya suka klik iklan orang lain dengan sengaja untuk tambah pendapatan orang tersebut, dan sebagai balasan orang tersebut menyuruh orang yang di klik itu mengelik kembali iklan pada blognya. Oh begitu... Tambah nuffnang lagi, ada juga yang daftar beberapa blog dan dia klik setiap satu iklan tersebut. Ada lagi ke? Tanya saya. Dia pun jawab ada. Ramai yang selalu buat dengan dengan iklan sendiri dengan cara tukar IP komputer dia dengan beberapa kali.

Oh, sebab itu la nuffnang marah. Sekarang macam ni En. Nuffnang. En Nuffnang lepaskan sahaja kemarahan encik kepada semua yang ada kumpulan encik. Supaya mereka lebih tahu dan saling tegur menegur kepada yang belum tahu. Saya rasa dengan cara tersebut, Masalah encik dapat diselesaikan dan yang paling penting, encik jangan pendam perasaan tersebut, lepaskan sahaja. Siapa yang berani marah. 

Oh, betul juga BKSempoi. Awak memang bijak. Balas Nuffnang


note: perbualan tersebut adalah rekaan semata-mata.

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...