Sep 29, 2010

Nuffnang Marah Lagi!!!


Ha ni saper punya kerja ni. Tadi nuffnang datang mengadu kepada saya, katanya dia ada masalah pasal ramai pengikut dia salah guna peluang. Sekarang saya nak tanya kamu semua. Apa yang kamu sudah lakukan. Dia mengadu pasal ramai ahlinya suka kelik mengelik. Kelik mengelik macam mana saya tanya. Dia jawab kalangan ahlinya suka klik iklan orang lain dengan sengaja untuk tambah pendapatan orang tersebut, dan sebagai balasan orang tersebut menyuruh orang yang di klik itu mengelik kembali iklan pada blognya. Oh begitu... Tambah nuffnang lagi, ada juga yang daftar beberapa blog dan dia klik setiap satu iklan tersebut. Ada lagi ke? Tanya saya. Dia pun jawab ada. Ramai yang selalu buat dengan dengan iklan sendiri dengan cara tukar IP komputer dia dengan beberapa kali.

Oh, sebab itu la nuffnang marah. Sekarang macam ni En. Nuffnang. En Nuffnang lepaskan sahaja kemarahan encik kepada semua yang ada kumpulan encik. Supaya mereka lebih tahu dan saling tegur menegur kepada yang belum tahu. Saya rasa dengan cara tersebut, Masalah encik dapat diselesaikan dan yang paling penting, encik jangan pendam perasaan tersebut, lepaskan sahaja. Siapa yang berani marah. 

Oh, betul juga BKSempoi. Awak memang bijak. Balas Nuffnang


note: perbualan tersebut adalah rekaan semata-mata.

No comments:

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...