Sep 8, 2010

Pakistan: Hujan 4 hari sama dengan 2 tahun.

Ramai dikalangan kita hanya bersyukur dengan kemakmuran dan keamanan negara tercinta dari sebarang malapetaka dan bencana alam. Bersyukur masih belum cukup untuk itu, ianya seolah-olah menutup sebelah mata melihat orang lain menderita dan kita hanya bersyukur kerana tidak ditimpa derita seperti dia tanpa berkongsi perasaan perit dan pedih disulamkan kesabaran menghadapi dugaan orang itu. Nikmat kemakmuran dan keamanan kita mungkin akan ditarik bila-bila masa jika kita hanya berpeluk tubuh dan bersyukur kerana tidak ditimpa nasib seperti mereka tanpa mengambil sebarang alternatif untuk mengurangkan beban mereka.

Patutkah melihat negara lain ditimpa bencana dan berperang, kita hanya bersyukur kerana negara kita tidak sedemikian? Mereka sedang berdukacita melihat kita sedang bersyukur. Apa perasaan mereka? 









Banjir di Pakistan membawa seribu satu kisah dan duka dimana dikatakan hujan lebat selama empat hari tanpa henti sama dengan jumlah timbunan hujan selama dua tahun di Pakistan (TV3, 2010).

Suasana menyambut lebaran disisih jauh ke tepi, Ramadan disambut penuh kesabaran. Makanan berbuka juga dicatu. Makan untuk bersahur tidak dapat disediakan kepada golongan dewasa. Hanya kanak-kanak di beri makan untuk bersahur dan makan disiang hari. Golongan dewasa hanya diberi makan ketika berbuka. Kita di Malaysia bersyukur dengan dapat berbuka dengan pelbagai juadah di meja, makan hingga mengantuk.   

Diharapkan masyarakat kita mulai sekarang jangan hanya bersyukur, semangat persaudaraan patut diamalkan. Kongsi bersama nikmat syukur kita dengan orang yang menderita kerana dengan itu kurniaan Tuhan akan berlibat kali ganda datang kepada kita.

No comments:

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...