Sep 7, 2010

Tangkap Gambar Pun Kena Saman!!!

Memang patut pun dianggap bersalah walaupun ianya dapat membantu penguatkuasa, namun secara tidak langsung juga boleh mengundang bahaya, sebab tu dianggap bersalah. Petikan dari akhbar Kosmo edisi Selasa, 7 Sept 2010, muka 6 menyatakan seperti lampiran berikut:-

Jangan rakam kesalahan sambil memandu

Gerik - "Jangan sesekali memandu sambil merakam gambar pesalah trafik yang lain kerana perbuatan demikian akan mengakibatkan anda dikenakan saman."

Demikian amaran Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan kepada pengguna jalan raya khususnya pemandu yang masih keliru kononnya mereka boleh membantu JPJ merakam kesalahan trafik pemandu lain sambil mengemudi kenderaan mereka.

Tegas beliau, pemandu yang cuba merakam kesalahan orang lain sebenarnya sedang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang selain membahaya pemanduam.

"Ramai di kalangan pengguna jalan raya salah faham mengenai kaedah itu dengan mengandaikan pemandu kenderaan boleh merakam kesalahan trafik terutama menggunakan telefon bimbit"

"Pengguna telefon bimbit ketika memandu urut tersenarai dakam kesalahan trafik dan dengan jelas pemandu tidak boleh merakamkan kesalahan pengguna lain," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Stesen Penguat Kuasa JPJ Gerik, Jalan Raya Grik-Jeli di sini sempena Ops Sikap Ke-22 semalam.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklum balas positif hasil penggunaan kaedah itu kerana sepanjang tahun lalu sebanyak 26, 880 aduan bergambar diterima daripada pengguna jalan raya.

No comments:

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...