Sep 7, 2010

Iklan Raya TV3 2010: kritik dan komen berlandaskan ilmu...

Maaf, di sini saya tidak boleh mengupload video iklan tersebut kerana ia melanggar akta hak cipta ditambah pula tiada keizinan untuk memaparkan iklan tersebut.

Rata-rata ramai sudah tengok iklan tersebut. Jadi tidak perlulah diulang tayang lagi disini.

Terus terang saya katakan bahawa sebelum perkara ini berbangkit, saya suka iklan ini, tetapi masalahnya saya tidak pernah menonton iklan ini sepenuhnya walaupun sedang ditayang di depan mata. 

Setelah perkara ini berbangkit, barulah saya berpeluang menonton sepenuhnya. Tetapi apabila difikirkan kembali, kenapa saya suka? apa yang menyebabkan saya suka? tapi kalau dah suka, kenapa tidak tonton sepenuhnya?

Persoalan utama, sebelum perkara ini berbangkit, kenapa saya suka iklan ini? Mungkin komen yang dilampirkan adalah jawapan dimana pendekatan psikologi digunakan dalam iklan ini.

Terima kasih kepada Syamil Bunyamin (2010), Founder of Success Mind Programming(SMP) kerana dengan tidak langsung telah menjawab persoalan saya berlandaskan ilmu. 

Komen tersebut berbunyi:


Iklan Aidilfitri TV3 dari Perspektif Mind Programming




Assalamualaikum.

Alhamdulillah. TV3 dah pun tarik balik dan mohon maaf. Tahniah kepada TV3 atas tindakan berani menarik balik dan memohon maaf. Mungkin mereka terlepas pandang perkara-perkara sebegini kerana prinsip-prinsip ini amat sukar untuk dikenal pasti kecuali bagi mereka yang berada di dalam bidang ini psychology dan Mind Programming. Dan apabila mendapat teguran mereka terus menarik balik iklan tersebut.Ini sesuatu yang harus dipuji. Mereka tidak berdegil untuk mempertahankan diri mereka. Tahniah.

Saya hanya membincangkan dari sudut Mind Programming bukan perumpamaan cerita.

Sebagai seorang yang berkecimpung di dalam bidang psychology dan Mind Programming, saya melihat iklan ni seolah-olah ada kemungkinan wujudnya Mind Programming 'yang boleh memprogram minda' penonton untuk bergerak daripada Islam dan bergerak kepada Christinity & Buddhism or other beliefs.

Saya berkata begitu kerana, iklan ini mempunyai persamaan dengan beberapa prinsip psychology dengan mengunakan subliminal messages, Teori Propaganda(To tell what to think) dan hypnosis(saranan) terhadap penonton untuk mencipta perilaku baru(New Behaviour). Prinsip-prinsip ini banyak diguna di dalam iklan-iklan produk untuk mempengaruhi minda pengguna untuk membuat KEPUTUSAN MEMBELI produk mereka.

Ia kelihatan sangat banyak persamaan. Untuk memahami bagaimana prinsip psychology ini berfungsi, kita perlu mengetahui perkara2 asas tentang bagaimana minda berfungsi. Saya mudahkan seperti berikut:

1. Semasa menonton TV, minda manusia berada pada subconcious.

2. Apa2 saranan yang diberikan pada keadaan ini akan diserap terus ke simpanan data subconcious.

3. Simpanan data subconcious ini akan mencipta satu program di dalam minda yang akan mempengaruhi seseorang itu sama ada berkata
YA atau TIDAK pada sesuatu perkara.

4. Keputusan YA atau TIDAK ini dipengaruhi oleh 'association' yang tercipta dari ransangan terhadap VAKOG sama ada secara sengaja ataupun tidak.

V-Visualization-penglihatan
A-Auditory-pendengaran
K-Kinesthetic-sentuhan@perasaan
O-Olfactory-deria bau
G-Gustatory-deria rasa(taste)

5. Jika kita ‘associate’ kan sesuatu perkara dengan LIKE, kita dengan mudah akan melakukannya. Contohnya, jika kita associate kan bermain games dengan LIKE(best), kita akan mudah dan dapat melakukannya dengan dengan gembira.

6. Jika kita associate kan sesuatu perkara dengan DISLIKE kita susah untuk melakukannya. Contohnya, jika kita associate kan dengan makan ubat dengan DISLIKE(pahit), kita sangat susah untuk melakukannya. Maka ubat yang kecil pun tak dapat kita telan.

7. Manusia melakukan sesuatu kerana DUA sebab. Sama ada Moving From(Bergerak Dari) atau Moving To(Bergerak Kepada). Kita sentiasa Bergerak Dari DISLIKE dan Bergerak Kepada LIKE. Association of LIKE @ DISLIKE ini terbentuk melalui VAKOG.

8. Association ini boleh terbentuk dengan sangat mudah. Contohnya, jika kita pernah digigit kucing atau melihat orang digigit kucing, kita ada menjadi takut dengan kucing. Ini dipanggil Trauma. Trauma ini akan terbentuk apabila Reticular Activating System (RAS) yang berfungsi sebagai penghadang antara Conscious Mind(CM) & Subconscious Mind(SCM) terbuka. RAS boleh terbuka apabila berlaku sesuatu dengan extreme. Sama ada extreme gembira atau extreme sedih@sakit. Bermakna, apabila sesuatu maklumat baru mencecah SCM, Traumatic Experience(TE) akan terbentuk. TE akan menyebabkan individu mengalami trauma.

9. Pada ketika menonton TV, minda manusia telahpun berada pada subconscious. Maka tidak perlu untuk sesuatu berlaku untuk membuka RAS. Ini kerana minda manusia berada pada alpha state ketika menonton TV. Maka, apa2 saranan yang diberikan melalui salah satu daripada VAKOG, akan mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk diserap dan disimpan di SCM. Seterusnya, menghasilkan perilaku baru. Iaitu New Intended Behavior.

Saya mengambil iklan Aidifitri ini sebagai contoh kepada bagaimana prinsip2 psychology ini digunakan untuk menghasilkan perilaku baru yang diinginkan.

Namun, sebelum itu, kelihatan terlalu banyak caci-maki dan perbalahan secara emosi. Saya tidak bercadang untuk terlibat dalam perbalahan ini. Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk sama2 kita berfikir secara konstruktif. Tujuan penulisan ini juga bukanlah untuk menegangkan lagi suasana yang telah tegang ini. Tujuannya hanyalah untuk kita lebih peka terhadap sekeliling. Ibu bapa lebih peka terhadap anak2. Guru lebih peka terhadap anak murid. Begitu juga pemimpin pada rakyat. Semoga kita mendapat kehidupan yang lebih sejahtera dan kejayaan hakiki yang abadi.

Saya akan cuba menghuraikan satu persatu bagaimana adanya kemungkinan berlakunya Mind Programming di dalam iklan ini. Sama ada ia berlaku secara sengaja atau tidak, saya tak mampu membincangkan di sini. Kerana ia diluar pengetahuan saya.

Begini…

SCENE SATU
Meletakkan gambar seorang budak dan sangkar burung pada scene yang sama mampu memberi association yang budak itu sedang terkurung dan tidak bebas. Tindakan ini disebut subliminal messages.

SCENE DUA
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).  

Tulisan jawi yang menggunakan huruf2 arab memang adalah simbol kepada Islam.  Gambar beca bewarna merah(kenderaan santa claus), pokok krismas adalah symbol kepada Christianity.
Perlakuan menutup lembaran bertulisan jawi ini(bermuka sedih)(DISLIKE) dengan lembaran yang ada unsur2 Christianity, akan memberi saranan kepada minda untuk bergerak dari islam dan bergerak kepada Christianity. Kenapa? Kerana, apabila dibuka lembaran baru, budak itu terus kelihatan gembira kerana berlaku sesuatu yang menarik(LIKE). Kita dapat lihat, setelah menutup lembaran jawi itu, kehidupan budak tersebut terus-menerus gembira(LIKE). Seperti yang saya terangkan di no (5,6,7&8).
Maka, penonton akan meng-associate-kan sesuatu yang ada unsur Christianity dengan keseronokan(LIKE).
Dan penonton juga  akan meng-associate-kan sesuatu yang ada unsur Islam dengan kesedihan(DISLIKE).
Apabila kita meng-associate-kan sesuatu dengan LIKE, minda akan mengarah perlakuan baru yang cenderung kepada LIKE tersebut. Ini diterangkan dalam teori behaviorism. Secara fitrahnya, manusia sentiasa ingin bergerak dari sedih dan bergerak kepada gembira. Jadi, iklan ini, memberi saranan baru kepada minda penonton untuk bergerak dari Islam(DISLIKE) dan bergerak kepada Christianity(LIKE). Perlu diingati bahawa saranan diberikan ketika minda berada pada tahap subconscious. Di mana, semua maklumat diserap dan disimpan secara rapi di data simpanan SCM.Walaupun perlakuan menutup lembaran itu terlaku cepat, tetapi SCM dapat menyerapnya dengan tepat. Dan SCM ini akan mempengaruhi tindakan manusia tanpa disedari.  Sama ada dorongan pergerakan itu bersifat tukar agama secara total ataupun sekurang-kurangnya  dorongan pergerakan mengubah cara hidup yang cenderung kepada Christianity. Dorongan pergerakan ini tetap berlaku.

MOOD GEMBIRA SELEPAS MENUTUP LEMBARAN JAWI
Kita dapat lihat mood gembira berterusan selepas scene menutup lembaran jawi.
Semasa mood sedang gembira, beberapa bentuk seakan2 salib kelihatan. Perlu diketahui, untuk SCM menyerap dan menyimpan, tidak perlu sesuatu yang jelas. Cukup seakan2 sesuatu benda. Maka, perlakuan baru yang terhasil  adalah. Kita akan gembira apabila melihat bentuk yang seakan2 sesuatu itu. Jika bentuk itu seakan2 salib, maka kita akan gembira melihat salib. Di dalam hypnosis, ini dipanggil teknik anchoring. Formulanya begini. Jika A apabila B. Maka, B apabila A. Begini, Jika kita gembira lalu nampak salib. Maka, apabila kita Nampak salib, kita akan gembira. Dan apabila kita gembira, kita akan ingat salib. Ini kerana, Salib dan gembira telah di-anchor-kan. Dan maklumat anchoring ini telah disimpan secara kemas di SCM. BAHAYA. Perlakuan baru ini berlaku dengan tidak perlu diarah dan dirancang.
Kita mungkin pernah di situasi ini.
“Satu hari, kita bertemu seorang kawan dan melakukan sesuatu yang gembira. di sebuah taman. Beberapa tahun kemudian, kita pergi kembali ke taman itu, kita terus ingat dia dan rasa gembira dating tiba-tiba.Kita mungkin juga tersenyum seorang diri. Dan mungkin ketawa sendiri”
Ini kerana, perasaan gembira, kawan dan tempat itu telah di-anchor-kan menjadi satu rantaian yang satu. Jika salah satu suis di trigger, maka semua suis akan dihidupkan secara automatic.

Begitu juga dengan scene bunga teratai yang apabila ia terbuka, individu-individu tersebut terus riang gembira.
Sekali lagi LIKE di-associate-kan dengan teratai. Maka, apa bila ternampak bunga teratai yang begitu, maka minda akan menjana perasaan gembira. Bunga teratai begitu sinonim dengan agama Buddhism. Maka minda akan gembira dengan symbol bunga teratai iaitu Buddhism.
Terdapat juga scene bunga teratai menguluarkan biji-biji buat yang seakan2 membentuk lambang yahudi. Sekali lagi diingatkan, walaupun ia berlaku dengan pantas, SCM tetap dapat menyerap dan menyimpannya dengan sempurna. Ini juga akan menyebabkan minda manusia associate-kan lambang tersebut dengan kegembiraan.
Ini juga dapat dilihat pada lambang bumi pada homepage FACEBOOK. Jika kita perhatikan, symbol-simbol orang tersebut, jika dicantumkan akan membentuk perkataan SEX. Maka, sepertimana kita suka dan gembira dengan SEX, seperti itulah kita akan suka dan gembira dengan FACEBOOK.  Ini disebut sebagai subliminal messages. Teknik ini juga banyak digunakan dalam pengiklanan untuk tujuan melariskan jualan mereka. Mereka sengaja meletakkan bentuk seakan2 SEX ataupun sesuatu yang berunsur SEX. Maka, sepertimana kita sukakan SEX dan sesuatu berunsur SEX, kita akan menyukai produk mereka.

Tambahan pula, iklan ini akan ditayangkan berulangkali. Maka pengulangan ini akan meyebabkan seseorang rasa biasa (familiar) dengan perkara atau symbol tersebut. Kebiasaan akan membentuk norm, culture and values. Values akan menjustifikasi sesuatu sebagai ya atau tak. Maka, kebiasaan dengan perkara-perkara dan symbol ini akan menyebabkan perkara dan symbol ini dijustifikasikan sebagai ok dan serasi dengan dengan diri. Dan association  of Christianity or Buddhism with LIKE, akan dijustifikasikan sebagai ok dan ya. Dan association of Islam with DISLIKE, akan dijustifikasikan sebagai OK dan ya.

MAKA, kemungkinan besar akan berlakulah Moving from Islam and Moving to Christianity, Buddhism and other beliefs.

Sekian sahaja lah penjelesan ringkas saya tentang kemungkinan wujudnya Mind Programming yang memberi saranan kepada minda untuk Moving from Islam and Moving to Christianity or other beliefs.
Untuk penerangan dan perbincangan lanjut, boleh terus hubungi saya di facebook saya. Topik ini terlalu banyak aspek yang perlu diambil kira dan difahami sebelum memahami nature sebenar bidang Mind Programming.

PENTING : Harus diingati tujuan penulisan artikel ini bukan untuk menuduh sesiapa sebagai salah. Tujuannya hanyalah, untuk masyarakat menjadi lebih peka dengan apa yang berada disekeliling kita.

Tentang, bermacam2 penghukuman yang dibuat oleh khalayak, saya hanya mampu mengatakan andaian.Ada kemungkinan betul. Ada kemungkinan salah. Bukan menghukum. Kerana saya hanya mampu melihat dengan mata zahir. Segala yang di dalam hati adalah urusan Allah. Kita tidak tahu. Jangan kerana hukuman kita yang berdasarkan andaian terjadinya fitnah. Cukuplah.

Ya.Mungkin luka masih berdarah. Tapi, selagi kita tak maafkan, selagi itulah luka tak akan sembuh. Apa yang perlu pada masa hadapan adalah semua pihak perlu lebih berhati2 dan selektif. Jika perkara ini berlaku kerana terlepas pandang, maka pihak TV3 sewajarnya mengambil langkah yang lebih baik dengan cara mendapatkan consultation dari pihak yang berada dalam bidang Mind Programming dan ilmuan Islam untuk mengenalpasti perkara2 yang tak diingini.

Dan, yang lebih penting kita perlu membaiki diri kita untuk menjadi hamba Allah yang beriman. Ummat islam harus bersatu. Salam Ramadhan. Semoga mendapat Lailatul Qadar.

Ini adalah pendapat saya berdasarkan sedikit pengalaman dan ilmu yang cetek dalam mengkendalikan training Mind Programming. Anda berhak untuk memilih sama ada untuk setuju atau tak.

Wallahua’lam. Lautan Ilmu Allah Maha Luas.

Maafkan saya andai ada kesilapan. Tahniah kepada yang mengutarakan isu ini. Ia bukti anda sayang pada Islam. Anda telah menyedarkan banyak pihak. Tahniah juga kepada TV3 kerana keberanian anda menarik balik dan memohon maaf.

Semoga Allah sentiasa bersama kita dan bersama juga dengan kita kekuatan iman dan ilmu.

1 comment:

AzizMostafa said...

Sesungguhnya dari dahulupun mereka telah mencari-cari kekacauan dan mereka mengatur pelbagai macam tipu daya untuk (merusakkan)mu, hingga datanglah kebenaran (pertolongan Allah) dan menanglah agama Allah, padahal mereka tidak menyukainya.


… Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...