Feb 16, 2016

Percutian bajet ke Singapore

Separuh hari 
SINGAPORE
kos keseluruhan kurang SGD15


Ini kisah perjalanan ringkas melawat Singapura untuk separuh hari. Kos keseluruhan hanya melibatkan makan, tambang bas dan MRT sahaja kurang SGD15. Berjalan-jalan melihat dan bergambar di negara orang. 

Berjalan di Marina Bay Sand sudah cukup berpuas hati. Tapi boleh sengal kaki sebab nak berjalan kawasan sekitar.

Sesiapa yang dah alang-alang sampai JB, kebetutan passport pun masih aktif. Elok sangat la luangkan masa sehari di Singapura.

1- Khidmat bas Causeway Link dari Gelang Patah Central ke Jurang East = RM5 pergi, balik Jurong East ke Gelang Patah Central SGD4. Jangan lupa isi kad putih.

2- Dari hentian Jurong East banyak pilihan pengangkutan. MRT lebih senang. Boleh terus menuju ke station di sekitar Marina Bay. Peta laluan senang dirujuk. Tak jauh beza dengan LRT, monorail Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di auto mesin dan yang penting sediakan duit kecil.

3- Kemudahan solat di Marina Bay sand bagi yang muslim, sebuah masjid bawah tanah terdapat di sekitar bangunan UOB berdekatan dengan Mc Donald. Signboard kecil saja. 

4- Bab makan tak berapa arif di Marina Bay, kami transit hantar assigment dan makan sekali di Polyteknik Singapore. Harga-harga student walau kami bukan student situ.


Apa yang menarik di sekitar Marina Bay Sand.

gambar setelah selesai solat di masjid bawah tanah aka bawah bangunan belakang tu. Sekitar UOB Plaza.
Juga station MRT pertama kami berhenti UOB Plaza.






Dari sini terus saja untuk ke kawasan Merlion. Jalan kaki lalu bawah jambatan jumpa lah Merlion.


 Gambar di Merlion x ambil sebab rasa macam dah biasa sangat. Kami berjalan sampai ke sini. Nasib la kalau di bawah panas terik dan lagi sadis kalau hujan.



first time sampai ke sini Singapore Flyer. Selalunya tengok dari jauh saja. Sampai tinjau-tinjau dalam kompleks Singapore Flyer



Seberang dari Singapore Flyer terletaknya taman fantasi ni. Kawasan dia memang luas dan cantik. Kami cuma pergi ke sini saja sebab tempat lain xda pokok mcm ni.




dari taman fantasi ni ada jenjantas menyeberang jalan besar dan terus masuk ke bangunan Marina Bay ni. 

Kita akan lintas bangunan  hotel dan keluar semula kemudia masuk ke mall. 
Masuk saja dalam mall kita akan disajikan dengan pemandangan di bawah.


Dalam mall memang boleh cuci mata bagi yang kaya. Di luar tempat orang melepak. Kerusi rehat disediakan FOC. Duduk la sampai nak tidur pun boleh.



Dalam mall pun ada station MRT. 



No comments:

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...