Aug 23, 2010

Tsunami 26 Dis 04: Iktibar besar dari kisah yang kerdil

Kisah ini saya dapat dari kawan saya yang masih disimpan dan rasanaya perlu ditayang untuk pengetahuan umum.

Namun sumber tidak dapat dinyatakan kerana file ini berpindah dari tangan ke tangan lain.

Ikutilah kisah berikut:

.............................................................................................................

Kisah 1: 
Seorang murid perempuan berumur 10 tahun pada semester lalu telah diajar mengenai gempa-gempa bumi dan bagaimana gempa bumi boleh menyebabkan tsunami atau ombak pasang surut. Dan ketika dia sedang berdiri di atas pantai, menyaksikan sesuatu yang luar biasa berlaku kepada air laut di mana air surut secara tiba-tiba, dia dapat merasakan bahawa tsunami akan melanda tidak lama lagi. Maka dia dengan segera memberitahu ibunya. 

Gadis kecil Inggeris itu tidak pernah terfikir bahawa pelajaran yang diperolehinya di dalam bilik darjah telah menyelamatkan nyawanya, dan juga ahli keluarganya serta beratus-ratus orang lain yang menginap di sebuah hotel di satu pantai di Phuket. 

Kejadian itu telah dilaporkan di dalam The Sun di Britain, dan gadis kecil tersebut seterusnya telah digelar "malaikat kecil dari pantai". 


Kisah 2: 
"Jika air laut surut dengan cepat, jumlah air yang sama akan tampil kembali dengan mengejut"

Ini merupakan satu ajaran turun-temurun di kalangan â€oegipsi laut” yang menghuni sebuah pulau di selatan Thailand. Dan disebabkan beliau telah diingatkan dengan ajaran beratus-ratus tahun ini, ketua kampung berusia 65 tahun telah membawa 181 orang penduduk pulau melarikan diri ke sebuah bukit yang lebih jauh ke daratan, dan terselamat dari bencana tersebut.

Kejadian ini dilaporkan di dalam akhbar The Nation. Laporan itu juga menyebut, bagi para penduduk kampung, laut adalah pemaaf dan tidak akan membahayakan seseorang dengan sengaja. Namun begitu, para penduduk kampung tersebut juga perlu memahami amarah laut, dan mengetahui bila mereka boleh bekerja di laut dan bila mereka perlu menjauhkan diri. 


Kisah 3:
"Saya terkejut, kerana gajah-gajah tersebut tidak pernah menangis sebegitu sebelum ini"

Menjelang subuh pada 26 Disember, sekawanan gajah yang bertujuan untuk tunggangan para pelancong di Khao Lak di selatan Thailand secara tiba-tiba mengeluarkan bunyi yang kuat dalam keadaan gelisah seolah-olah sedang mengeluh kesakitan. Tidak lama selepas itu, satu gempa bumi kuat melanda Indonesia. Selepas satu jam, gajah-gajah mula meratap kembali dan enggan mematuhi arahan-arahan para penjinak mereka. Mereka meluru dengan sepenuh tenaga ke arah bukit-bukit. Tidak lama kemudian, tsunami menyerang. Pada saat genting itu, sesetengah pelancong berjaya melompat ke atas gajah-gajah dan membiarkan makhluk tersebut membawa mereka ke bukit-bukit berhampiran dengan selamat.

Laporan yang di bawa oleh Reuters menyebut, disebabkan kepekaan naluri haiwan-haiwan kepada persekitaran, gajah-gajah ini telah menyelamatkan nyawa-nyawa sejumlah besar para pelancong. 


Kisah 4: 
"Anehnya, kami tidak menemui satu pun bangkai haiwan. Tiada seekor pun gajah yang mati. Bahkan kami tidak melihat walau seekor pun bangkai arnab.''

Juga dilaporkan oleh Reuters, berita itu menceritakan sementara hampir 22,000 orang telah terbunuh di Sri Lanka setakat 30 Disember, pakar-pakar hidupan liar tempatan terkejut kerana tiada satu pun bangkai haiwan ditemui di kawasan simpanan hidupan liar yang telah dirosakkan oleh tsunami di tenggara Sri Lanka.

Andaian-andaian oleh pakar-pakar hidupan liar: Mungkin haiwan memiliki deria keenam dan mampu meramalkan kedatangan bencana dan lari untuk menyelamatkan diri.

Dibandingkan dengan kisah-kisah lain yang terselamat, barangkali empat kisah di atas sukar untuk menggegarkan perasaan anda. Bagaimanapun, mereka membawa beberapa pengajaran yang luar biasa. 

..........................................
iktibar

Kisah 1 mengajar kita bahawa kita mampu memperolehi pengetahuan dari bilik darjah selagi kita tahu bagaimana untuk menggunakannya secara praktikal, pengetahuan juga dapat menyelamatkan nyawa. 

Kisah 2 memberitahu kita bahawa ajaran yang berusia ratusan tahun pun mampu membantu. Ia merupakan satu pengetahuan yang penting, dan pengetahuan sedemikian mampu melepaskan satu kuasa menakjubkan yang dapat menyelamatkan nyawa. 

Pengetahuan adalah penentu hidup-atau-mati pada saat-saat genting. Pada 26 Disember, ketika tsunami mula melanda di sekitar rantau ini, orang ramai di pantai berkumpul untuk memerhatikan panorama indah tanpa mengetahui bahaya-bahaya yang berkemungkinan. Hanya kerana mereka kekurangan pengetahuan asas mengenai Alam Semulajadi, ramai yang telah terlepas peluang-peluang berharga untuk menyelamatkan diri. 

Kisah 3 dan 4 malahan menawarkan pengajaran-pengajaran yang lebih bernilai untuk kita: wujud faktor-faktor manusia yang tersembunyi di sebalik banyak bencana-bencana yang berlaku. Kita secara cuai memusnahkan persekitaran kita, tetapi apabila alam menyerang kembali; kita telah kehilangan keseluruhan keupayaan naluri mengesan perubahan yang berlaku kepada alam, sehinggakan ratusan juta nyawa-nyawa yang berharga telah dikorbankan. 

Sudah tiba masanya untuk kita mempelajari sedikit iktibar daripada bencana terkini ini, pelajari bagaimana untuk menjadi insan yang lebih merendah diri, bagaimana untuk hidup seiringan dengan Alam Semulajadi, dan menjadi rakan sejati kepada Alam Semulajadi!

No comments:

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...