Feb 23, 2011

Bikin telur bentuk hati


Tarikan perhatian rakan, tetamu dan pelanggan anda dengan hidangan telur yang menarik dan lain dari yang lain. Teknik pembuatannya mudah dan senang. Hanya perlu sediakan telur yang sudah direbus, kemudian dua gelang getah, sebatang kayu kecil atau penyepit pun boleh, dan satu benda nak cakap apa yek, takkanlah kertas pula kot. Urm... apa-apa sahaja benda yang keras dan boleh dilentur. Tutorialnya senang sahaja, lihat gambar. 






Hasilnya sudah pasti pelanggan dan tetamu anda tertanya bagaimana telur rebus boleh dibentuk sedemikian. Apa yang pasti dan termaktub selepas daripada makan telur, awasi jangan melepas dimerata tempat. Walau cantik dipandang, sedap dimakan, bila kentut mau tau la.

Feb 17, 2011

Restoran KFC di China.


Agak-agaknya bagaimana kalau perkara sebegini berlaku di sini? Apakah tindakan anda, adakah memboikot, saman, atau main redah sahaja? Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri...






Feb 11, 2011

Tambang bas naik, tambang teksi turun.



Suatu perkara yang tidak dapat dielak adalah tambang bas dan teksi.


Tambang bas naik, manakala tambang teksi turun.


Ini adalah hakikat, sentiasa dan setiap masa berlaku. Cuma antara sedar atau tidak, nampak atau tidak ia memang sentiasa berlaku. Kerana dengan hal tersebut sudah terpahat sejak azali lagi. 

Terima kasih kepada salah seorang pakcik yang memberitahu tentang perkara ini. Lantas terus sedar bahawa perkara ini memang sentiasa berlaku cumanya apa yang perlu kita lakukan adalah buat tidak endah sahaja, akan tetapi perlu terlibat dalam hal sebegini.

Sudah tentu tambang teksi dibayar semasa turun manakala sebaliknya pada tambang bas. Jadi apa yang perlu dinafikan lagi. Ini adalah hakikat yang hakiki, fakta bukan mitos, kebenaran dan bukan kepalsuan. Cuma sedar atau tidak.





Feb 5, 2011

Pejabat yang sempoi




CheBanca Office – Milan, Italy
Bekerja dalam kotak
Etsy Office – Brooklyn, US
 
GOOGLEPLEX  - Mountain View, Santa Clara County, California 
Limousines World Office – Mobile Office 
Mindlab at the Ministry of Economic and Business Affairs – Copenhagen, Denmark 
Nike Office – London, UK

Ogilvy & Mather  Guangzhou, China

Red Bull Office – London, UK

Vitra Office – Birsfelden, Switzerland
Dah macam lobi hotel

Volkswagen Phaeton Plant –  Dresden, Germany



Jan 25, 2011

Orang pertama di kedutaan tersibuk di dunia.

Apa yang hendak dikatakan menjadi orang yang pertama tiba di kedutaan yang dikatakan antara tersibuk di dunia iaitu Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia (orang pertama pada hari tersebut sahaja). Bangga dan tidak percaya. Belum pernah dengar pengiktirafan rasmi dari mana-mana rekod tetapi pandangan awam mengakui bahawa Kedubes (Kedutaan Besar) ini adalah yang tersibuk di dunia dimana perlu mengurus seramai 2 juta jiwa rakyat Indonesia yang berada di Malaysia.

Logik juga la, malam tu dari Kuala Terengganu menaiki bas dan tiba di Hentian Putra pada pagi keesokan harinya. Sebaik tiba, terus saja pergi ke Kedutaan Indonesia dengan tidak mandi. Ops...

Lagipun kami diberi laluan khas kerana kes kami adalah kes terpencil, bukan untuk hidupkan passport, bukan juga untuk mendapatkan visa (nak dapat visa kena g ofis lain). Kenapa kami diberi laluan khas sedangkan orang lain terpaksa beratur panjang?

Sebenarnya kami (2 orang) ingin mendapatkan kebenaran oleh wakil Indonesia untuk bekerja di Indonesia (Latihan Industri di Indonesia). Jadi sebelum mendapatkan Visa, kami dikehendaki mendapatkan hitam putih dari pegawai berkenaan untuk mendapat kebenaran. Bertambah istimewanya kami, Latihan Industri ini bukannya di darat, tetapi  di kapal seperti yang pernah diceritakan sebelum ini. (CLICK THIS LINK)

Pada mulanya rasa macam tak kisah sangat nombor giliran tempat pertama. Tapi setelah mengetahui bahawa kedutaan ini antara yang tersibuk di dunia. Amat bermaknalah menjadi orang pertama di kalangan tersibuk di dunia. Bukan semua boleh dapat kesempatan macam ni.

Amat malang sekali menjadi orang pertama, tetapi menjadi kumpulan terakhir pulang dari perkarang kedutaan tersebut. Ini kerana proses mendapatkan VISA menunggu masa yang sangat lama hingga tamat waktu pejabat. 

Jan 16, 2011

Siapa nak bunuh diri?


Tajuk macam c#$%&a jer..

  • Dah la hutang dengan Ah Long, bunga naik tak reti nak turun-turun. hari-hari kena kejar, kena ganggu, kena call dengan Ah Long. Anak bini dalam ancaman, mak bapak kena ugut bunuh. Hidup tak tenteram. Tension beb. Masa tu tak dapat nak fikir lain lah. Bunuh diri adalah jalan terbaik. Hanya iman sahaja dapat menyokong diri. Adakah bunuh diri dapat selesai masalah?

  • Sehidup semati aku cinta padanya, hati ini tidak ada orang lain melainkan dia. Hingga setiap malam bermimpinya. Satu hari tidak bersemuka semacam cacing kepanasan. Hari itu telefon dia tidak angkat, berkali-kali. Dalam hati seperti ada sesuatu yang tidak kena. Rupanya dia sudah sudah tinggalkan aku. Hidup ini sudah kosong sekosong kosongnya. Rasa ingin sangat nak ikut bersama. Bilakah aku akan mati, sebolehnya aku mahu disemadikan bersamanya. Kalau aku mati hari ini juga, dapat aku bersama dengannya. Adakah aku akan berjumpa dengannya di alam kubur?

  • Aku sudah berusaha semaksimum keringat ku. Aku sudah melakukan segala apa yang patut. Aku sudah menanam azam yang cukup kuat untuk mencapai matlamat ini. Akan tetapi aku gagal, aku sudah mnyusahkan ramai orang, aku malu, kemana hendak letak muka ni. Hidup jadi serba salah, segalanya menjadi salah. Aku dipandang hina. Tiada lagi penghormatan, hilangnya segala keistimewaan ku bersama kegagalan. Apalah aku ni. Biarlah aku mati. Supaya aku tidak dipandang hina sebegini. Aku kecewa. Tapi, kenapa aku perlu mencabut nyawa aku sendiri?

  • Adakah bunuh diri selesai segalanya?
    • Masalah tidak akan selesai selagi kita tidak meyelesaikannya
    • Bila dah mati, jalan penyelesaian tu terpampang depan mata. "Menyesal aku bunuh diri, rupanya ini jalan penyelesaiannya. Kenapa bodohnya aku tidak terfikir macam ni. Tolonglah, hidupkan aku semula. Aku menyesal..."
    • Mangsa tidak fikir langsung akan seksanya orang bunuh diri. Kalaulah suara kubur itu dapat didengar.
    • Lari dari gigitan nyamuk masuk dalam mulut harimau.

  • Detik-detik membunuh diri:

Jan 13, 2011

Bird Strike


  1. Kemalangan perlanggaran antara pesawat dan burung adalah perkara biasa dan tidak selalunya terjadi. Impak daripada pelanggaran ini tidaklah mendatangkan kecelakaan yang besar.
  2. Lebih kurang satu daripada sebillion jam penerbangan awam melibatkan kehilangan nyawa manusia. Majoriti 65% perlanggaran melibatkan kerosakkan kecil struktur pada pesawat. 
  3. Namun masalah paling utama adalah kecelakaan yang melibatkan kerosakan cermin kokpit dan enjin kerana hal tersebut mempengaruhi keselamatan penerbangan.
  4. Selalu terjadi di kawasan bertinggian rendah dan jarang sekali terjadi pada altitud yang tinggi.
  5. Sebagai langkah pencegahan dan persediaan, reka bentuk enjin perlu melepasi ujian impak pelanggar seberak 1.8kg, juga impak 1.8kg ke atas cermin kokpit dan 3.6 kg pada ekor pesawat.


Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...