Nov 28, 2010

Matahari kini milik manusia!

Bunyi agak janggal, tapi hakikatnya matahari sekarang telah didaftar atas nama seorang pemilik.
...............................

Wanita tuntut matahari
Madrid: Selepas berbillion tahun menyinari bumi, matahari akhirnya akan mempunyai pemilik, apabila seorang wanita dari wilayah Galicia berkata beliau sudah mendaftar kepada pejabat notari awam tempatan, untuk menjadikan matahari sebagai kepunyaannya.

Angeles Duran, 49, memberitahu edisi online akhbar El Mundo, dia mengambil keputusan berbuat demikian September lalu selepas membaca mengenai seorang lelaki Amerika yang mendaftarkan diri sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet dalam sisem suria.

"Perjanjian antarabangsa menyatakan bahawa tidak ada negara yang boleh menuntut hak milik ke atas planet atau bintang, tetapi tiada peraturan membabitkan pemilikan individu".

Tiada masalah berlaku, saya membuat tuntutan mengikut undang-undang. Saya bukan bodoh. Saya tahu undang-undang. Sesiapa saja boleh berbuat demikian, tetapi sayalah orang pertama," katanya-AFP

Berita Harian 28 Nov 2010.
............................................
Adoi dunia, macam-macam. Hakikatnya itu adalah hak Allah SWT. Kalau kita punya pun apa yang boleh kita buat. Kalau tanah itu kita punya, logik juga kita boleh lestarikan tanah tersebut dengan bercucuk tanam, membuat rumah dan sebagainya. Ini matahari! Jadi sesiapa yang nak dapat cahaya matahari, kenalah bayar kepada wanita tersebut. 

Lepas ni mesti ada orang akan tuntut oksigen pula. Jadi sesiapa yang nak hidup, mesti bayar bil oksigen kepada pemiliknya. 

Dunia ni boleh buat main-main!!!

No comments:

Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...