Dec 31, 2010

Singapura pada tahun 1960


Lipatan sejarah tahun 1960 masa ini Singapura masih belum bergabung dengan Malaysia dimana Singapura mula bergabung pada tahun 1963 dan kemudian keluar dari Malaysia dan membentuk sebuah republik pada tahun 1965. 


Ikuti gambar-gambar lama wajah Singapura sebelum negara Malaysia diperkenalkan.

Dec 29, 2010

Final AFF Bukit Jalil. Kita mangsa tahi media.

Setelah anda melihat gambar-gambar di bawah, anda akan tahu apa itu provokasi. Selalunya dimainkan oleh media. Yang diperbodohkan adalah kita. Siapa melantik mereka untuk memperbodohkan kita. 

Media kedua negara membuat berita mempertahankan diri masing-masing. Memanaskan isu-isu remeh. Tak masuk dek akalnya berita. Pemberita pun melaporkan mengikut nafsu. Cubalah laporkan sesuatu yang memberi impak positif kepada masyarakat. Siapa anda memperbodohkan kami! Masih belum ada satu pun wartawan yang mampu menutup mulut para provokator.

Fenomena Hujan Batu.

Hujan batu, bagaimana ia terjadi?

Dec 26, 2010

Keputusan Banci penduduk 2010

Hasil bancian yang buat pada tahun 2010,  penduduk Malaysia telah mencapai 27.6 juta orang.

Dec 21, 2010

Siapakah penghuni bumi sebelum manusia?


Persoalan logik untuk dipertanyakan oleh manusia sejagat. Siapakah penghuni bumi sebelum turunnya Nabi Adam dan Hawa ke bumi?

Persoalan ini dikupas hasil ulasan dari sebuah buku berjudul Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia, tulisan Muhammad Isa Dawud.

Anda pasti akan tersentak seketika setelah membaca post ini sepenuhnya yang diambil dari ibnuyaacob.com. Sebuah blog yang lebih berkisah tentang teori konspirasi dan agenda Yahudi serta Dajjal untuk menakluk dunia. Pasti anda tidak akan rugi melawat blog berkenaan kerana segala kupasan dan isu datang darisumber yang kukuh, ilmiah serta mampu menggorak pemikiran berfikir siapakah kita. 

Dec 17, 2010

10 rumah termahal

Memiliki sebuah rumah sudah tentu menjadi idaman setiap orang. Sebuah harta yang tidak akan jatuh nilai seperti  emas dan tanah. Bezanya setiap rumah dan tidak sama. Bagaimana pula jika dinilai dari sudut mewah dengan harganya?

Dec 15, 2010

Hubungan antara planet biru (bumi) dgn facebook!!!

Hubungan Planet Biru (Bumi) dgn Facebook

Inilah hubungan sebenar rangkaian jaringan sosial popular iaitu Facebook secara visual. Rangkaian yang berhubung antara kawan atas kawan, member atas member atau mutual friend. Visual ini direkod pada Disember 2010 dan mungkin akan menjadi lebih cerah dengan jaringan biru di masa hadapan. Mungkin secara kebetulan bumi ini dipanggil planet biru.


Dec 14, 2010

Bukan ratus, ribu atau ratus ribu tapi puluhan juta.


Kita diajar untuk melihat kepada alam bukan hanya sekali malah berkali-kali untuk manusia tahu dan sedar bahawa kita tidaklah sekuat mana pun.

Ikan dalam bongkah ais

Seekor ikan membekukan dirinya di dalam lapisan ais iaitu di permukaan tasik yang beku semasa musim sejuk. Bayangkan bagaimana ikan ini mampu bertahan hidup sepanjang musim sejuk yang melanda di negara-negara beriklim sejuk. Ikan ini bertindak membekukan dirinya tanpa makan atau minum dan lebih mengajaibkan lagi bahawa ikan ini mati sementara. Ini adalah fenomena semulajadi yang patut diambil pengajaran dan iktibar untuk manusia sepaya lebih mengingati Maha Pencipta. 

Dec 13, 2010

Fakta ringkas matahari


  • Jika dinisbahkan saiz matahari bersamaan dengan saiz bola keranjang, nisbah dengan saiz bumi adalah bersamaan tidak lebih dari satu titik berdiameter 2.2 milimeter.
  • Jika anda memandu dengan kadar 80km/jam, anda mengambil masa selama 176 tahun untuk sampai ke matahari dari bumi. Manakala;
  • Cahaya matahari memerlukan masa hanya 8 minit untuk sampai ke bumi.
Walaupun memberi banyak kepentingan kepada kehidupan seharian kita. Akan tetapi;

Dec 12, 2010

HMY-09: Geng-geng DSLR



Telah menjadi kegilaan ramai untuk memiliki hobi bergambar. Dengan harga yang berpatutan tidak mustahil lagi bagi mereka yang gila berfotografi untuk memilikinya. DSLR bukan lagi asing dalam sebutan remaja sekarang. Jika ditanya DSLR? majoriti memberi respon yang baik dan tahu mengenainya.


Bagi yang betul-betul minat, wang bukan alasan, harga belakang kira. Hobi ini mampu menjana pendapatan sampingan malah ada juga menjadi pendapatan utama.

Dari harga serendah 2000 hingga mencecah lima angka/mampu menandingi harga sebuah kereta pasti menjanjikan kepuasan kepada pemiliknya. Berbaloi-baloi!!!

Gambar: gambar di bawah diambil menggunakan kamera Satio secara curi-curi. (minta maaf kepada orang yang lekat dalam gambar ini). Jika orang lain sedang mengaplikasi sepenuhnya DSLR dalam pembikinan video, Bksempoi cuba untuk mengetengahkan kamera bertelefon Satio ini. Apapun, gambar ini tidaklah sekualiti tahap DSLR, tapi ia juga adalah gambar.


Dec 11, 2010

'livery' bas Malaysia


Entry kali ini adalah mengenai 'livery' bas yang ada di atas jalan raya. Livery diMelayukan adalah seragam. Macam tidak sesuai pula. Jadi eloklah digunapakai perkataan inggerisan untuk maksudkan dengan corak pada badan bas. 

Koleksi gambar berikut diambil dari saudara Zarul iaitu salah seorang pereka 'livery' bas-bas yang ada di Malaysia.

Kepada sesiapa yang gila-gila design tu, cubalah laburkan bakat anda mana la tau ada orang nak beli.







Dec 6, 2010

HMY-09: Monsoon Cup 2010


  • The yacht race or popular by the name Monsoon Cup is a annual event held in Terengganu, Malaysia from 30 November to 5 December 2010.

Dec 5, 2010

Nyaris diserang serigala.



Polis menahan kereta kerana lampu tidak bernyala sebelah (barangkali). Nasib baik dia tahan kereta tersebut. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi.

Terperangkap dalam peti keselamatan



Bahaya dengan api yang tidak nampak!


Sebalik tabir kesan bunyi filem.

Rumah Mr. Bean dan keluarganya


Tanyalah generasi mana pun di Malaysia ini, siapa tak kenal Mr. Bean. Tidak kurang juga ada yang membenci. Dalam majoriti bencinya dikalangan orang ramai, Mr. Bean atau Rowan Atkinson tetap popular di kalangan kanak-kanak. Walau bencinya penonton kepada Mr. Bean, ia tetap ditayang dan ditonton. 

Dec 2, 2010

Evo X: bermain dan berlumba dengan polis



Tak tahulah apa nak cakap. Bukan senang nak berlumba dengan polis. Ini bukan aksi kejar mengejar, tapi aksi berlumba betul-betul dengan polis. Kadang-kadang memang kita nak tunjuk kekuatan yang ada. Tapi adab dan protokol harus dijaga. Kita bukan boleh tutup mulut dan mata semua orang. Yang lihat dari sudut positif ok lagi, tapi kena jaga juga bahawa lebih ramai yang lihat negatif dari positif.

HMY-09: Batam, Indonesia

Nov 28, 2010

Matahari kini milik manusia!

Bunyi agak janggal, tapi hakikatnya matahari sekarang telah didaftar atas nama seorang pemilik.

Casio AQ-190W: ku punya akhirnya

Akhirnya jam tersebut tidak lagi dipamerkan dalam almari kaca kedai jam tersebut kerana sudah dimiliki oleh seseorang. Dialah BKSempoi. Sudah lama lengan ini tidak dihiasi aksesori jam. Dengan nuffnang dapat juga merasai AQ-190W

Sindrom 'hamba komputer'

Apabila internet dan juga komputer sudah menguasai diri. Manusia yang bijak bestari terkulai dan menjadi hamba kepada teknologi komputer. Asyik dengan game, blog, facebook, chating hingga tersungkur produktiviti. Hubungan sosial di luar semakin berkurang. Setiap lima minit merefresh facebook walau kita sudah tahu tidak ada sebarang perubahan. 

Nov 27, 2010

Satu dalam bilion kali: peluru yang bertembung di udara!


Kelihatan seolah-olah satu tumbuhan, barangkali cendawan atau kayu. Tapi ianya bukan tumbuhan, bukan juga kayu malah ianya besi. Besi tersebut adalah peluru.

Nov 26, 2010

Nuffnang buat kesilapan terbesar.

Hairan tiba-tiba hari ini bila tengok earning minggu ni kurang separuh dari apa yang dilihat semalam. Kemana perginya lagi separuh. Banyak juga tu. Andai kata semalam earning memang tidak dinafikan lagi berjumlah RM100, tiba-tiba petang ni lihat kurang separuh. Ingat nak serang nuffnang dah. Pastu ada emel dari nuffnang.
Berbunyi begini:

Dear Nuffnanger,

Due to a system error, your global CPC earnings for the week of 14th-20th November were duplicated when the earnings were credited yesterday (25th November). You are receiving this email because your account was affected.

We have made the necessary adjustments to our system and you may find that your displayed earnings will be slightly different from the 25th of November due to this.

We apologize for this error and any inconvenience caused to you. Thank you for bearing with us


Nasib baik awal-awal dah minta maaf. Kalau tak, memang akan jadi isu dikalangan blogger la gamaknya. Harap perkara sama tidak terjadi lagi. Kala jadi pun, anggaplah tidak ada apa-apa kesilapan yang berlaku. Harap-harap lepas ni triple pula. Hehehe.

Nov 25, 2010

Buku yang Sempoi



Hari ini BK Sempoi terjumpa satu buku paling interaktif dalam perpustakaan UMT. Sangat menarik, bukan sahaja untuk membaca, tetapi juga bermain sambil belajar. Buku tersebut sangat terhad, hanya satu sahaja dalam puluhan ribu buah buku di perpustakaan UMT. Buku tersebut sudah lama berada di perpustakaan. Dan juga sudah beberapa kali BK Sempoi selak dan membelek, tapi hari ini ada kesempatan untuk merakam video tentang buku tersebut. Kepada penuntut UMT cari la buku ini, senang sahaja, kedudukan tidak jauh tersorok. Jalan sahaja sudah jumpa (buku yang tidak boleh dipinjam). Tajuk buku tersebut adalah Voyage Through Space. Harganya tidak dimaklumkan dalam buku tersebut. Rasanya tidak mahal sangat. Baik untuk pembelajaran anak-anak. 



note* kenapa susah nak upload video dalam blogspot ni hah! Sesiapa ada tips?



Sarapan dari pelbagai negara

survey yang dibuat oleh Oliver Schwarzwald seorang jurufoto dari German.


Amerika

Nov 22, 2010

HMY-09: Picture from Satio (2)


Diambil dengan kamera bertelefon Satio. Diedit menggunakan teknik shining effect (baru belajar).
Lokasi: Masjid Al-Bukhary, Kedah
Model: my best friend
Masa: lepas Zohor

Orang seludup.

Akibat desakan hidup, pelbagai cara digunakan oleh mereka untuk melepaskan diri dari belenggu masalah sosial. Mereka sanggup menggadai nyawa demi untuk meneruskan perjuangan hidup. Berikut adalah beberapa gambar dari negara asing menggunakan beberapa teknik yang mungkin tidak masuk akal untuk dilakukan. Namun demi perjuangan hidup, tidak ada mustahil lagi bagi mereka.

Pendaratan cemas yang mencemaskan





Nov 21, 2010

Info: dipatuk ular: ketahui tindakan yang patut dilakukan.


Jenis-jenis ular yang ada di Malaysia
Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia, tetapi hanya 17 spesis sahaja yang beracun.

Beberapa jenis ular beracun dan berbahaya ialah seperti ular tedung (cobra dan King cobra), ular kapak (Russell's Viper, Malaysian pit viper dan Green tree pit viper) dan ular 'kraits'.

Ular tedung biasanya dijumpai di kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juga di kawasan perumahan di mana mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. Manakala "king Cobra" pula biasanya di jumpai di hutan tebal.

Ular kapak (pit viper) pula mudah dijumpai di kebun getah, ladang, kampung dan hutan. Tempat yang biasa bagi 'Green tree pit viper' pula ialah di atas pokok.

Ular 'Kraits' biasanya didapati di padang, hutan atau di pinggir kawasan perumahan.

Ular laut selalunya berada di pesisiran pantai dan kawasan muara sungai. 

Oleh yang demikian, kes-kes patukan ular sering terjadi kepada mereka yang tinggal atau bekerja dekat dengan kawasan-kawasan tersebut dan semasa aktiviti-aktiviti perkhemahan, berkelah dan riadah di kawasan-kawasan tersebut.


Gejala & tanda-tanda dipatuk ular
Kecedaraan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jenis dan saiz ular, jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan (kesan patukan menjadi teruk jika dipatuk di kepala, leher dan badan) dan saiz mangsa.
Racun ular bertindak melalui 3 cara yang berlainan :
  • Toksin darah (Haemotoxins)
  • Toksin saraf (Neurotoxins)
  • Toksin jantung (Cardiotoxins)

Sesetengah gejala patukan akan dirasai dalam masa yang singkat selepas dipatuk berbanding dengan sesetengah gejala patukan yang lain. Gejala awal:
  • Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan (patukan ular laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit).
  • Gejala am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas dipatuk ialah rasa cemas, lemah, muntah, sakit kepala, pening, berpeluh, sesak nafas, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh dan seterusnya mati.

Gejala yang berlaku agak lambat:
  • Gejala setempat (di tempat patukan): bengkak, bisul, pendarahan dalam kulit dan otot, dan gejala kurang aliran darah ke anggota serta kulit.
  • Gejala am seperti: pening, muntah, sesak nafas, demam, kejutan (shock), gusi berdarah, darah dalam najis, air kencing atau muntah dan lumpuh.
  • Gangguan deria sentuhan, rasa dan bau; rasa mengantuk, rasa lumpuh pada otot muka dan mata; susah untuk menelan dan pendarahan dalam otak.
Kesan atau Komplikasi patukan ular
Walaupun kebanyakan orang yang dipatuk ular beracun akan sembuh, namun patukan ular boleh menjadi serius dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat. Kesan atau komplikasi yang boleh terjadi ialah :
  • Parut dan kesan kosmetik.
  • Luka, jangkitan kulit dan jangkitan tulang di tempat yang dipatuk.
  • Penyakit Tetanus (kancing gigi).
  • Kerosakan buah pinggang.
  • Kerosakan otak akibat perdarahan dalam otak
  • Luka atau parut kekal dalam mata, jika ular menyembur racun ke mata.
Rawatan patukan ular
JANGAN PANIK!
Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk

  • Elakkan dari bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke bahagian badan yang lain.
  • Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati.
  • Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata.
  • Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlalu ketat supaya aliran darah tidak terganggu. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, buat balutan tambahan bagi keseluruhan tangan atau kaki, mulai dari jari tangan atau jari kaki.
  • Elakkan anggota yang dipatuk dari bergerak dengan menggunakan anduh (splint atau sling).
  • Elakkan mangsa dari bergerak sehingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk pertolongan kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa bergerak atau berjalan.
  • Hantar mangsa ke hospital yang berdekatan.

Rawatan di hospital :
  • Mangsa akan diletak di bawah perhatian yang rapi
  • Rawatan termasuk rawatan luka, jagaan anggota dan rawatan sokongan
  • Rawatan sokongan termasuk melegakan kesakitan, rawatan jangkitan , pemindahan faktor pembekuan darah, bantuan pernafasan dan sebagainya mengikut keperluan.
  • Doktor juga akan memberi ubat khas antivenom yang spesifik bergantung kepada tahap keseriusan patukan
  • Jika perlu, suntikan imunisasi atau imunisasi tambahan untuk penyakit tetanus mungkin akan diberi.
Bagaimana mengelak dari dipatuk ular
  • Pakai kasut yang menutup kaki atau seluar panjang semasa berjalan di kawasan semak
  • Hentak kaki atau lakukan gegaran dengan kaki semasa berjalan di tempat gelap atau semak
  • Jangan masukkan tangan ke dalam lubang, rekahan batu atau tanah
  • Jauhi dari ular yang mati kerana ramai orang telah dipatuk 2 atau 3 kali oleh ular yang disangka telah mati.
  • Elakkan pergi ke kawasan ular semasa suasana gelap.
ihsan: infosihat.gov.my

Ketahuilah jenis-jenis motor

Nov 20, 2010

Madah: Kemenangan



KEMENANGAN


menang atas kelemahan orang lain
ATAU
menang atas kekuatan diri sendiri
                                                                                                                Hilmy(2010)






Info: Khasiat buah-buahan



Oren

  • untuk menjaga kesihatan jantung
  • baik untuk penglihatan
  • bertindak sebagai pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser
  • baik untuk antioksida
  • bagus untuk perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah
Pir
  • antioksida
  • menjaga kesihatan kardiovaskular dan jantung
  • antiradang, menyembuh luka, lebam dan membaiki tisu
  • menjaga kesihatan penglihatan
  • menentang jangkitan
  • menyokong transmisi saraf
  • melawaskan perut
Pisang kaki
  • menjaga kesihatan penglihatan
  • melegakan sembelit, cirit birit dan buasir
  • bertindak sebagai antioksida
Kiwi
  • membantu mengatasi isomnia
  • mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestrol dan trigliserida)
  • membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk alam)
  • mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit
  • menjaga kesihatan penglihatan
  • menjaga kesihatan kolon
  • menjaga kesihatan prostat.

Kosmo!


Nov 19, 2010

HMY-09: light of faith

Selesai solat Zohor pada pukul 3 petang di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah.
Lebih-lebih saja tajuk entry tu. Sebenarnya nak test power, sedang berjinak-jinak nak dengan shining effect. Tak lah pandai sangat. Masih mencari kelemahan dari gambar ini dan sedia menerima sebarang komen dan kritik. Bagi sesiapa yang pandai photoshop tu. Nak minta tunjuk ajar macam mana nak buat shining effect lagi gempak. 


Sebarang komen dan tutorial amat diperlukan.

Siapakah yang mendidik kanak-kanak jika tidak dari perangai orang tua?!!

Apakah akan lahir satu generasi yang bijak pandai tatkala ianya datang dari kelompok yang cerdik? 
Adakah akan lahir hubungan sosial yang teruk jika tidak kerana orang tua sekelilingan turut bermasalah dalam sosial?
Mungkinkah akan terpadam sesuatu tamadun jika orang tuanya tidak endah akan hal tersebut?
Semulia inikah agama jika orang tua tidak lagi mengamalkan ajaran agama?
Adakah generasi hari ini akan bertambah teruk?!!!


Orang tua (dewasa) penentu acuan masa hadapan

Moral: Jangan pandang sekali sahaja!


Awek yang berjalan seorang disatu jalan yang sunyi. Berikut adalah beberapa gambar merakamkan gelagat awek tersebut ketika belaiu tidak sedar bahawa ada orang lain sedang mengekorinya sehingga awek tersebut kantoi. 

Nov 18, 2010

Tiru-tiru tak mau!!!


Musim peperiksaan sekarang ni. tiru dan jawab begitu sinonim sekali dalam peperiksaan. Statement bagi mereka yang tak jujur saje. Tak perlu keluarkan belanja yang besar untuk membeli alat canggih untuk mengesan pergerakkan mereka yang meniru. Gunakan cara yang mudah tapi berkesan. Kejujuran dan keluhuran menjawab peperiksaan amat dihargai. 

Selamat berjuang kepada calon SPM 2010

Nov 17, 2010

Madah: generasi berwawasan.




'Lari dari musuh', kenapa tidak ,'kejar musuh?'
'Lari dari kawan', kenapa tidak, 'dekati kawan?' 
'Lari dari kenyataan', kenapa tidak, 'kejar kenyataan?'
'Lari dari kemiskinan', kenapa tidak, 'nyahkan kemiskinan?'
'Lari dari kekayaan', kenapa tidak, 'kejar kekayaan?'
'Lari dari kepalsuan', kenapa tidak, 'hapuskan kepalsuan?'

Mansor, M. (1994). Kaedah Mokhdar dan Penemuan Selanjutnya: Penerangan Komprehensif. Chapter 1 Berkenalan dengan nombor Mokhdar dan Konsepnya, p 19. Win Publication House.



dahulu kita berkata; "jika kita tidak mahu dijajah, kita mesti hapuskan penjajah!". Tapi hari ini, "jika kita tidak mahu dijajah, kita mesti menjajah penjajah!" -Hilmy (2009)



Koleksi lagi sempoi

Koleksi lagi sempoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...