Hari ini lepak di laman skyscrapercity Malaysia. Laman forum yang menarik untuk sesiapa yang minat akan bangunan dari seluruh dunia dan juga laman perancangan masa depan pembangunan negara.
Sekali sekala nak tengok juga apa perancangan masa depan kampung halaman sendiri, Langkawi. Sedikit sebanyak dapat juga kita tahu suasana masa hadapan kampung halaman kita.
Tengah syok dan layan dengan skyscrapercity, ada satu post beserta imej pembangunan bandar kuah di masa hadapan. Perancangan pembangunan seperti gambar di bawah.
Katanya di pekan Kuah, tapi dimana? Bila diselidik baru perasan ada bentuk bintang di situ, Dah tak ada benda lain dah yang bentuk bintang macam tu di Langkawi melainkan itu adalah Dataran Lang. Jadi, pemandangan waktu senja di Dataran Lang akan berubah selepas pembangunan resort di hadapan burung helang ini. Bila projek akan bermula? Tak tahu!
Teringat zaman dahulu kala. Jalan dari jeti kuah menuju pusat bandar, sepanjang jalan tersebut adalah pantai. Di situlah kami bermandi manda.