Nov 29, 2010
Nov 28, 2010
Casio AQ-190W: ku punya akhirnya
Akhirnya jam tersebut tidak lagi dipamerkan dalam almari kaca kedai jam tersebut kerana sudah dimiliki oleh seseorang. Dialah BKSempoi. Sudah lama lengan ini tidak dihiasi aksesori jam. Dengan nuffnang dapat juga merasai AQ-190W.
Sindrom 'hamba komputer'
Apabila internet dan juga komputer sudah menguasai diri. Manusia yang bijak bestari terkulai dan menjadi hamba kepada teknologi komputer. Asyik dengan game, blog, facebook, chating hingga tersungkur produktiviti. Hubungan sosial di luar semakin berkurang. Setiap lima minit merefresh facebook walau kita sudah tahu tidak ada sebarang perubahan.
Nov 27, 2010
Satu dalam bilion kali: peluru yang bertembung di udara!
Kelihatan seolah-olah satu tumbuhan, barangkali cendawan atau kayu. Tapi ianya bukan tumbuhan, bukan juga kayu malah ianya besi. Besi tersebut adalah peluru.
Nov 26, 2010
Nuffnang buat kesilapan terbesar.
Hairan tiba-tiba hari ini bila tengok earning minggu ni kurang separuh dari apa yang dilihat semalam. Kemana perginya lagi separuh. Banyak juga tu. Andai kata semalam earning memang tidak dinafikan lagi berjumlah RM100, tiba-tiba petang ni lihat kurang separuh. Ingat nak serang nuffnang dah. Pastu ada emel dari nuffnang.
Berbunyi begini:
Due to a system error, your global CPC earnings for the week of 14th-20th November were duplicated when the earnings were credited yesterday (25th November). You are receiving this email because your account was affected.
We have made the necessary adjustments to our system and you may find that your displayed earnings will be slightly different from the 25th of November due to this.
We apologize for this error and any inconvenience caused to you. Thank you for bearing with us
Nasib baik awal-awal dah minta maaf. Kalau tak, memang akan jadi isu dikalangan blogger la gamaknya. Harap perkara sama tidak terjadi lagi. Kala jadi pun, anggaplah tidak ada apa-apa kesilapan yang berlaku. Harap-harap lepas ni triple pula. Hehehe.
Nov 25, 2010
Buku yang Sempoi
Hari ini BK Sempoi terjumpa satu buku paling interaktif dalam perpustakaan UMT. Sangat menarik, bukan sahaja untuk membaca, tetapi juga bermain sambil belajar. Buku tersebut sangat terhad, hanya satu sahaja dalam puluhan ribu buah buku di perpustakaan UMT. Buku tersebut sudah lama berada di perpustakaan. Dan juga sudah beberapa kali BK Sempoi selak dan membelek, tapi hari ini ada kesempatan untuk merakam video tentang buku tersebut. Kepada penuntut UMT cari la buku ini, senang sahaja, kedudukan tidak jauh tersorok. Jalan sahaja sudah jumpa (buku yang tidak boleh dipinjam). Tajuk buku tersebut adalah Voyage Through Space. Harganya tidak dimaklumkan dalam buku tersebut. Rasanya tidak mahal sangat. Baik untuk pembelajaran anak-anak.
note* kenapa susah nak upload video dalam blogspot ni hah! Sesiapa ada tips?
Nov 22, 2010
HMY-09: Picture from Satio (2)
Lokasi: Masjid Al-Bukhary, Kedah
Model: my best friend
Masa: lepas Zohor
Orang seludup.
Akibat desakan hidup, pelbagai cara digunakan oleh mereka untuk melepaskan diri dari belenggu masalah sosial. Mereka sanggup menggadai nyawa demi untuk meneruskan perjuangan hidup. Berikut adalah beberapa gambar dari negara asing menggunakan beberapa teknik yang mungkin tidak masuk akal untuk dilakukan. Namun demi perjuangan hidup, tidak ada mustahil lagi bagi mereka.
Nov 21, 2010
Info: dipatuk ular: ketahui tindakan yang patut dilakukan.
Jenis-jenis ular yang ada di Malaysia
Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia, tetapi hanya 17 spesis sahaja yang beracun.
Beberapa jenis ular beracun dan berbahaya ialah seperti ular tedung (cobra dan King cobra), ular kapak (Russell's Viper, Malaysian pit viper dan Green tree pit viper) dan ular 'kraits'.
Ular tedung biasanya dijumpai di kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juga di kawasan perumahan di mana mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. Manakala "king Cobra" pula biasanya di jumpai di hutan tebal.
Ular kapak (pit viper) pula mudah dijumpai di kebun getah, ladang, kampung dan hutan. Tempat yang biasa bagi 'Green tree pit viper' pula ialah di atas pokok.
Ular 'Kraits' biasanya didapati di padang, hutan atau di pinggir kawasan perumahan.
Ular laut selalunya berada di pesisiran pantai dan kawasan muara sungai.
Oleh yang demikian, kes-kes patukan ular sering terjadi kepada mereka yang tinggal atau bekerja dekat dengan kawasan-kawasan tersebut dan semasa aktiviti-aktiviti perkhemahan, berkelah dan riadah di kawasan-kawasan tersebut.
Kecedaraan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jenis dan saiz ular, jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan (kesan patukan menjadi teruk jika dipatuk di kepala, leher dan badan) dan saiz mangsa.
Racun ular bertindak melalui 3 cara yang berlainan :
- Toksin darah (Haemotoxins)
- Toksin saraf (Neurotoxins)
- Toksin jantung (Cardiotoxins)
Sesetengah gejala patukan akan dirasai dalam masa yang singkat selepas dipatuk berbanding dengan sesetengah gejala patukan yang lain. Gejala awal:
- Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan (patukan ular laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit).
- Gejala am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas dipatuk ialah rasa cemas, lemah, muntah, sakit kepala, pening, berpeluh, sesak nafas, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh dan seterusnya mati.
Gejala yang berlaku agak lambat:
- Gejala setempat (di tempat patukan): bengkak, bisul, pendarahan dalam kulit dan otot, dan gejala kurang aliran darah ke anggota serta kulit.
- Gejala am seperti: pening, muntah, sesak nafas, demam, kejutan (shock), gusi berdarah, darah dalam najis, air kencing atau muntah dan lumpuh.
- Gangguan deria sentuhan, rasa dan bau; rasa mengantuk, rasa lumpuh pada otot muka dan mata; susah untuk menelan dan pendarahan dalam otak.
Walaupun kebanyakan orang yang dipatuk ular beracun akan sembuh, namun patukan ular boleh menjadi serius dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat. Kesan atau komplikasi yang boleh terjadi ialah :
- Parut dan kesan kosmetik.
- Luka, jangkitan kulit dan jangkitan tulang di tempat yang dipatuk.
- Penyakit Tetanus (kancing gigi).
- Kerosakan buah pinggang.
- Kerosakan otak akibat perdarahan dalam otak
- Luka atau parut kekal dalam mata, jika ular menyembur racun ke mata.
JANGAN PANIK!
Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk
- Elakkan dari bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke bahagian badan yang lain.
- Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati.
- Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata.
- Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlalu ketat supaya aliran darah tidak terganggu. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, buat balutan tambahan bagi keseluruhan tangan atau kaki, mulai dari jari tangan atau jari kaki.
- Elakkan anggota yang dipatuk dari bergerak dengan menggunakan anduh (splint atau sling).
- Elakkan mangsa dari bergerak sehingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk pertolongan kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa bergerak atau berjalan.
- Hantar mangsa ke hospital yang berdekatan.
Rawatan di hospital :
- Mangsa akan diletak di bawah perhatian yang rapi
- Rawatan termasuk rawatan luka, jagaan anggota dan rawatan sokongan
- Rawatan sokongan termasuk melegakan kesakitan, rawatan jangkitan , pemindahan faktor pembekuan darah, bantuan pernafasan dan sebagainya mengikut keperluan.
- Doktor juga akan memberi ubat khas antivenom yang spesifik bergantung kepada tahap keseriusan patukan
- Jika perlu, suntikan imunisasi atau imunisasi tambahan untuk penyakit tetanus mungkin akan diberi.
- Pakai kasut yang menutup kaki atau seluar panjang semasa berjalan di kawasan semak
- Hentak kaki atau lakukan gegaran dengan kaki semasa berjalan di tempat gelap atau semak
- Jangan masukkan tangan ke dalam lubang, rekahan batu atau tanah
- Jauhi dari ular yang mati kerana ramai orang telah dipatuk 2 atau 3 kali oleh ular yang disangka telah mati.
- Elakkan pergi ke kawasan ular semasa suasana gelap.
ihsan: infosihat.gov.my
Nov 20, 2010
Madah: Kemenangan
KEMENANGAN
menang atas kelemahan orang lain
ATAU
menang atas kekuatan diri sendiri
Hilmy(2010)
Info: Khasiat buah-buahan
Oren
- untuk menjaga kesihatan jantung
- baik untuk penglihatan
- bertindak sebagai pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser
- baik untuk antioksida
- bagus untuk perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah
Pir
- antioksida
- menjaga kesihatan kardiovaskular dan jantung
- antiradang, menyembuh luka, lebam dan membaiki tisu
- menjaga kesihatan penglihatan
- menentang jangkitan
- menyokong transmisi saraf
- melawaskan perut
Pisang kaki
- menjaga kesihatan penglihatan
- melegakan sembelit, cirit birit dan buasir
- bertindak sebagai antioksida
Kiwi
- membantu mengatasi isomnia
- mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestrol dan trigliserida)
- membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk alam)
- mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit
- menjaga kesihatan penglihatan
- menjaga kesihatan kolon
- menjaga kesihatan prostat.
Kosmo!
Nov 19, 2010
HMY-09: light of faith
Selesai solat Zohor pada pukul 3 petang di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah. |
Lebih-lebih saja tajuk entry tu. Sebenarnya nak test power, sedang berjinak-jinak nak dengan shining effect. Tak lah pandai sangat. Masih mencari kelemahan dari gambar ini dan sedia menerima sebarang komen dan kritik. Bagi sesiapa yang pandai photoshop tu. Nak minta tunjuk ajar macam mana nak buat shining effect lagi gempak.
Sebarang komen dan tutorial amat diperlukan.
Siapakah yang mendidik kanak-kanak jika tidak dari perangai orang tua?!!
Apakah akan lahir satu generasi yang bijak pandai tatkala ianya datang dari kelompok yang cerdik?
Adakah akan lahir hubungan sosial yang teruk jika tidak kerana orang tua sekelilingan turut bermasalah dalam sosial?
Mungkinkah akan terpadam sesuatu tamadun jika orang tuanya tidak endah akan hal tersebut?
Semulia inikah agama jika orang tua tidak lagi mengamalkan ajaran agama?
Adakah generasi hari ini akan bertambah teruk?!!!
Orang tua (dewasa) penentu acuan masa hadapan
Moral: Jangan pandang sekali sahaja!
Awek yang berjalan seorang disatu jalan yang sunyi. Berikut adalah beberapa gambar merakamkan gelagat awek tersebut ketika belaiu tidak sedar bahawa ada orang lain sedang mengekorinya sehingga awek tersebut kantoi.
Nov 18, 2010
Tiru-tiru tak mau!!!
Musim peperiksaan sekarang ni. tiru dan jawab begitu sinonim sekali dalam peperiksaan. Statement bagi mereka yang tak jujur saje. Tak perlu keluarkan belanja yang besar untuk membeli alat canggih untuk mengesan pergerakkan mereka yang meniru. Gunakan cara yang mudah tapi berkesan. Kejujuran dan keluhuran menjawab peperiksaan amat dihargai.
Selamat berjuang kepada calon SPM 2010
Nov 17, 2010
Madah: generasi berwawasan.
'Lari dari musuh', kenapa tidak ,'kejar musuh?'
'Lari dari kawan', kenapa tidak, 'dekati kawan?'
'Lari dari kenyataan', kenapa tidak, 'kejar kenyataan?'
'Lari dari kemiskinan', kenapa tidak, 'nyahkan kemiskinan?'
'Lari dari kekayaan', kenapa tidak, 'kejar kekayaan?'
'Lari dari kepalsuan', kenapa tidak, 'hapuskan kepalsuan?'
Mansor, M. (1994). Kaedah Mokhdar dan Penemuan Selanjutnya: Penerangan Komprehensif. Chapter 1 Berkenalan dengan nombor Mokhdar dan Konsepnya, p 19. Win Publication House.
dahulu kita berkata; "jika kita tidak mahu dijajah, kita mesti hapuskan penjajah!". Tapi hari ini, "jika kita tidak mahu dijajah, kita mesti menjajah penjajah!" -Hilmy (2009)
Nov 12, 2010
The making of Coke (Fake)!!!
Tidak dapat dipastikan apakah produk yang mereka sedang hasilkan. Adakah ianya air minuman atau cecair lain yang diisi ke dalam botol Coke
Bagaimana cara pembuatannya, lihat gamabr dibawah. Betul atau tidak, tak pasti- sumber
Bagaimana cara pembuatannya, lihat gamabr dibawah. Betul atau tidak, tak pasti- sumber
Kapal bengkok ketika merempuh ombak
Lihatlah video di bawah adalah keadaan sebenar sebuah kapal yang diperbuat daripada besi itu bengkok ketika merempuh ombak. Seolah-olah berada dalam gerabak kereta api melihat struktur kapal tersebut yang membengkok. Sifat besi yang teguh itu juga mampu dibengkokkan. Maka tidak hairanlah kapal boleh patah seperti Titanic. Tapi ini kes terpencil, kapal patah mungkin disebabkan pengaruh kestabilan kapal tersebut melawan daya graviti dan daya apungan secara tidak sekata.
Nov 11, 2010
Malaysia Airlines new livery: apa pandangan anda?
Melihat pada corak badan pesawat MAS baru ini, apa yang dapat anda rasakan? Katanya kegunaan cat yang minima dapat mengurangkan penggunaan bahan api. Atau dalam erti kata yang lain, warna putih dapat menjimatkan minyak. Agak tidak masuk akal atau memang fakta saintifik! Kepada pembaca yang lebih mengetahui tentang hal ini, bolehlah memberi pandangan dan komen bagaimana warna cat mempengaruhi penggunaan bahan api. Disamping dapat berkongsi ilmu kepada yang lain.
Pemotongan belanjawan MAS kelihatan begitu drastik dan mungkin akan melemahkan prestasi lima bintang MAS itu sendiri. Jika dilihat dengan AirAsia, walaupun perkhidmatan tambang murah tetapi tetap berkembang maju dari semasa ke semasa dengan strategi bisnes yang gila dan berani. Jika MAS bersifat gila tetapi berani seperti AirAsia dalam aspek penajaan contohnya, imej korprat MAS akan terserlah walau pada langkah pertamanya begitu sukar dan besarnya bajet tersebut.
Nov 10, 2010
Kemalangan bangunan di Dubai
Di bawah adalah salah satu tapak projek terletak di Dubai Marina, Dubai. Projek bangunan 80 tingkat ini terletak di tepi laut/lagoon/tasik (tidak pasti). Bagi memulakan projek ini, tapak tersebut harus digali sedalam 20 meter untuk pembinaan asas bangunan. Satu tembok pemisah atau empangan dibina bagi memisahkan antara air dan tanah yang digali. Oleh kerana kegagalan struktur tembok menahan tekanan air, ia telah menunjukkan beberapa amaran seperti retakan dan aliran air bocor dari tembok sebelum tragedi besar berlaku dan dapat menyelamatkan hampir 100 pekerja di situ. Akhirnya tembok tersebut pecah dan membanjiri seluruh kawasan pembinaan dalam masa empat minit.
Nov 8, 2010
Dilibas kipas helikopter (sudah ditapis untuk tontonan umum)
Sebelum ini Bksempoi pernah mengeluarkan entry bertajuk jangan aibkan si mati. Dengan itu, Bksempoi cuba sedaya upaya untuk tidak mengaibkan sesiapa dalam hal ini. Gambar di bawah adalah sebahagian gambar yang terkumpul dari sumber lain. Jika anda seorang yang berani. Anda cari lah sendiri gambar lain selain dari ini.
Akibat memandu ketika mengantuk
Pesan la banyak kali pun. Jangan memandu ketika mengantuk. Tengok la video bawah ni.
Tapi nak buat macam mana. Waktu mengantuk, pemikiran kita dah tak menentu. Mengantuk gila ni...takkan nak berhenti tepi jalan untuk tidur. Dalam pemikiran akan kata, "sikit lagi tu, depan tu mungkin ada perhentian". Oleh kerana pemikiran bercelarulah sebab utama kemalangan memandu ketika mengantuk. Tapi logik juga, takkan dalam kesesakkan pun nak berhenti tepi jalan dan tidur. Mesti kena cari port yang sesuai.
Paling penting, pakai tali pinggang!!!
Macam-macam hal: koleksi kemalangan pesawat.
Dialog adalah hiburan semata mata. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Kemalangan bas yang tiada brek
Kemalangan ini berlaku di Taiwan yang telah meragut empat nyawa dan lima yang lain cedera. Hanya kerana sebuah bas sahaja yang mengalami kegagalan brek telah merempuh 13 kenderaan hadapannya.
Menurut berita, pemandu dikatakan tidak sempat membrek kerana tidak perasan akan trafik yang perlahan di hadapan. Tak sempat brek?!!!
Patut pasang kamera pada bas sekarang ni kan!
Nov 7, 2010
Burung kiwi dengan telurnya: mungkin kita tak tahu!!!
Pengorbanan ibu yang mengandung selama 9 bulan, sama juga dengan pengorbanan burung kiwi ini yang menghasilkan telur. Satu telur sahaja! Berapa la sangat...
Tapi bila dilihat dari aspek saiz badan dan saiz telur memang besar pengorbanan itu.
Weapons made by prisoners
Berikut adalah senjata-senjata yang boleh dicipta oleh penjenayah dalam penjara. Segala yang tidak difikir itu adalah senjata, sebenarnya boleh bertukar menjadi senjata. Contohnya sikat.
Subscribe to:
Posts (Atom)